Zameera melabuhkan punggungnya di atas kerusi empuk beroda. Dia mendekatkan kerusi ke meja lalu button on di komputer ditekan. Sementara dia menunggu komputer itu diaktifkan, dia membuka fail yang dibawa pulang kelmarin.
Apabila komputer sudah aktif sepenuhnya, dia menoleh memandang ke arah skrin. Namun keningnya berkerut apabila dia menerima notifikasi menerusi komputer tersebut. Mesej itu ditekan lalu dibaca.
**** Bank.
Anda telah memindahkan wang sebanyak 5 juta ke dalam account bank yang tidak dikenali. Sila kemas kini pemindahan anda.
"What the..." Zameera kehilangan kata-kata. Dia terus memeriksa account bank syarikat miliknya. Nama syarikat Razf Holdings didaftarkan sewaktu pemindahan wang tersebut. Makin berkerut dahi Zameera.
Tangannya mengepal penumbuk lalu meja dihentak kuat. Gigi diketap kuat, rahangnya mula bergerak-gerak.
"Jadi ni lah punca kenapa kau kacau aku dekat office hari-hari?" gumam Zameera bengang. Serta-merta darahnya meruap menahan marah. Zameera terus bangun dari duduknya meluru ke pintu keluar.
Langkah laju menuruni anak tangga menuju ke bilik Radzif. Pintu dikuak tanpa diketuk. Bilik itu kelihatan kosong. Bahu Zameera mula naik turun.
"Cari Zay ke kak?" sapa Zameer yang baru sahaja keluar dari biliknya. Zameera terus menoleh memandang Zameer.
"Ya, mana dia?" dingin Zameera menyoal.
"Dia baru je balik tadi," jelas Zameer. Zameera terus meraup wajahnya kasar.
"Kenapa kak?" soal Zameer. Pelik pula dia melihat wajah kakaknya yang tampak serabut dan marah. Zameera terus menoleh memandang Zameer tajam.
"Kita kehilangan hampir 5 setengah juta disebabkan Zay." dingin Zameera berkata. Pintu bilik itu ditutup kasar. Terbuntang mata Zameer mendengar penjelasan kakaknya.
"What?! Kau biar betul kak? Takkan Zay nak buat macam tu?" soal Zameer tidak percaya. Zameera menarik nafasnya dalam, cuba menggali kesabaran yang kian tipis. Berderau darahnya mendengar nama Radzif.
"Kau fikir aku nak tipu ke! Kau tak percaya kau pergi check sanalah!" herdik Zameera geram. Zameer meraup rambutnya kebelakang. Tak, tak mungkin Radzif sanggup buat begini.
Zameera memejamkan matanya sesaat. Dia terus melangkah ke bilik pejabatnya kembali. Sebaik sahaja sampai dia masuk ke dalam bilik pejabatnya, dia terus mencapai telefon pintar lalu menaipkan pesanan kepada Radzif.
Dia harus berjumpa dengan Radzif, syarikatnya hampir muflis gara-gara pemindahan wang yang tidak sah!
Zameera mencampak telefon pintarnya ke atas meja sebaik sahaja pesanan itu dihantar. Kedua tangan menompang ke atas meja. Skrin telefon ditenung tajam.
-----------------------------------------------------------------
Radzif melangkah masuk ke dalam rumahnya. Baru sahaja kaki ingin mendaki anak tangga, kedengaran suara Dato' Razif melaung namanya dari ruang tamu. Radzif terus menoleh memandang Papanya yang sedang bersantai bersama majalah business di tangan.
"Kamu kemana semalam tak balik rumah?" soal Dato' Razif. Radzif tersengih seraya menggosok belakang tengkuk mendekati Papanya.
"Err... Zay tidur rumah Meera semalam." jelas Radzif. Dato' Razif berkerut kening.
"Zay tidur rumah Meera? Berdua-duaan?" soal Dato' Razif sedikit terkejut Terbuntang mata Radzif mendengar soalan Papanya.
"Eh! M-mana ada! Ada Cik Zahidah sekalilah! Gila ke Zay nak duduk dalam rumah tu dengan Meera berdua-duaan? Tak beranilah Zay!" jelas Radzif bersungguh-sungguh. Dato' Razif tersenyum kecil.
"Papa tahu Zay takkan berani buat macam tu. Tapi kalau betul Zay tidur rumah Meera, berdua-duaan, Papa takkan teragak-agak untuk halau Zay dari rumah ni." jelas Dato' Razif tegas dan serius.
Gulp! Tertelan air liur Radzif mendengar penjelasan Papanya. Radzif terus mengangguk laju.
"Zay masuk bilik dulu eh?" ujar Radzif lalu dia terus melangkah mendaki anak tangga satu persatu. Pintu dikuak lalu ditutup kembali.
Dia melepaskan keluhan lega.
"Fuh... kalau Papa tahu aku masuk bilik anak dara orang semalam, mati aku." gumamnya perlahan. Dia terus menghempaskan tubuhnya di atas katil. Telefon pintar ditarik keluar dari dalam poket lalu dihidupkan.
Terus terduduk dia apabila memandang skrin telefon. Perlahan-lahan bibirnya tersenyum lebar.
Zameera❤️🌹
*location*
9 malam, datang sini.Walaupun mesej yang dihantar oleh Zameera itu hanyalah sekerat, namun sudah membuatkan Radzif berguling di atas katil. Dia kembali ke posisi duduk.
"Elehh! Tadi aku ajak bukan main jual mahal! Tiba-tiba dia pula yang ajak aku dating malam ni. Suka tu cakaplah suka!" bebel Radzif seorang diri. Dia mula menaipkan pesanan membalas mesej Zameera.
Okayy😘
Telefon dicampak ke tepi lalu bantal disebelahnya diambil dan dipeluk kuat. Setelah puas dipeluk, ditumbuk pula.
Apalah salah bantal tu.
"Aduh...! Sampai bilalah kau nak sembunyikan perasaan kau Meera? Zameera, Zameera." Radzif menghempaskan tubuhnya ke atas katil kembali. Bantal itu dipeluk kuat lalu hujung bantal dipintal kecil. Bibirnya tidak henti dari terus melebarkan senyuman bahagia.
YOU ARE READING
Bodyguard's Girl : Reunited
Acción(Beautiful cover by @rinfrhnaaaa) Di sini, adalah kisah disebalik watak-watak yang ada. 'HUTANG DARAH, DIBAYAR DARAH.' Second version of Bodyguard's Girl. Start : 15/7/2021 End : ⚠️PLEASE, READ THE FIRST STORY THEN YOU WILL UND...