24

201 14 0
                                    

Radzif yang sedang sibuk melaksanakan tugas hakikinya itu sesekali dia mengeluh berat. Terlalu banyak kertas kerja di atas meja membuatkan dia memejam mata sesaat lalu tubuh disandar lemah. Dahi pelipis diurut kecil.

"Banyak betul kerja." ujarnya dalam nada lemah. Dia membuka matanya perlahan-lahan lalu jam digital di atas meja itu dipandang yang sedang menunjukkan 11:30 pagi. Lagi beberapa minit sahaja masa itu berganjak ke lunch hour. Radzif membetulkan posisi duduk lalu dia menyambung kerjanya kembali.

Dia tidak boleh terus hanyut dalam keluhan. Jika lambat kerjanya siap, maka berkuranglah masa dan peluangnya untuk bertemu cinta hatinya itu. *-_-'*

Ligat tangannya menekan dan menyorong tetikus itu kedepan kebelakang. Sesekali dia menyelak kertas kerjanya.

"Last one...,"

"And done!"

Radzif terus menyandar lega. Satu keluhan panjang dilepaskan. Matanya dihalakan ke arah jam digital. Terus berkerut seribu dahinya, tidak percaya dengan apa yang dia baru sahaja lihat.

"1:30?" jelasnya tidak percaya. Tanpa menunggu masa lagi, dia terus mengemas barang-barangnya. Telefon di atas meja dicapai dan dibuka seketika. Membaca segala mesej-mesej yang masuk. Berkerut kecil dahi Radzif.

Mafia Celop

Zayn

Morning semua!

Adrian

Group apa pula kau ni?

Zameer

??

*Zameer left the group*

Radzif menggeleng kecil lalu dia terus memasukkan telefon pintarnya ke dalam poket kanan. Kot yang tersidai di sandaran kerusi diambil lalu disarung ke tubuhnya, Tie dibetulkan seketika lalu dia mula melangkah keluar.

"Syasha,"

Syasha yang sedang menonton YouTube Going Seventeen itu terus memberhentikan rancangan. Wajah Radzif dipandang takut-takut.

Radzif berkerut kecil.

"Kau okey tak ni?" soal Radzif pelik. Dah macam nampak hantu dah gayanya.

"Err..., o-okey bos." jawab Syasha gugup.

"Aku balik awal hari ni." jelas Radzif lalu dia terus melanjutkan langkahnya tanpa menunggu balasan Syasha. Syasha hanya kaku tak berkutik.

"Ciss! Macam tu je?" soal Syasha tidak percaya. Syasha menggeleng, tidak faham dengan tingkah laku bosnya ini. Sekejap baik, sekejap dingin mengalahkan kutub selatan. Kasar bukan main.

Apa dia ni tidak diajar dengan adab ke sejak kecil?

Syasha mengurut dadanya perlahan.

"Tak baik mengutuk orang Syasha, dosa!" omelnya sendiri lalu dia meneruskan perbuatan yang tergendala seketika tadi.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Radzif melangkah masuk ke lobi syarikat Zeirs Empire. Tempoh hari, dia perlu mendapat kebenaran untuk masuk ke bangunan ini namun kini, dia ibarat telah menjadi orang kuat di dalam syarikat ini dek kerana hubungan rapatnya bersama Zameera. Hubungan rapat?

Langkah dilajukan ke pejabat Zameera. Zameer yang baru sahaja keluar dari pejabatnya terundur kebelakang apabila dia dapat merasakan kelibat laju lalu di hadapannya.

Bodyguard's Girl : Reunited Where stories live. Discover now