Mata Radzif melilau memandang sekeliling jalan. Entah mengapa dia rasakan jalan raya yang sunyi ini familiar. Dia masih setia membuntuti kereta Zameera.
Kereta Zameera membelok ke satu lorong sunyi dan gelap lalu kereta itu berhenti dihadapan sebuah gerbang besar. Radzif memanjangkan lehernya memandang gerbang besar itu.
Seketika kemudian, gerbang itu terbuka dengan sendirinya. Radzif meneguk air liur.
Kereta dipandu melintasi gerbang itu. Sebaik sahaja mereka melintasi gerbang itu, dapat Radzif lihat sebuah rumah agam besar tersergam indah di depan matanya. Terdapat banyak kereta mewah terparkir di kiri dan kanannya. Semua warna kenderaan mewah tersebut adalah hitam. Timbul satu perasaan tidak enak di dalam hati Radzif.
Zameera memarkirkan kenderaannya diikuti dengan Radzif. Kereta mereka diambil alih oleh dua orang lelaki bertubuh kekar lalu dipandu meninggalkan mereka berdua.
Zameera mengorak langkah ke pintu utama diikuti dengan Radzif. Tidak sampai sesaat mereka berdiri di hadapan pintu itu, pintu itu terlebih dahulu dibuka dari dalam.
Zameera melangkah masuk bersahaja. Radzif tergamam sebaik sahaja pintu utama itu dibuka. Dengan teragak-agak, dia melangkah masuk ke dalam rumah agam itu.
Zameera yang sedang berdiri di hadapan lif kecil itu didekati. Di saat mereka menunggu pintu lif itu terbuka, retina mata Radzif menyapa sebuah gambar lelaki yang tergantung diantara kedua pintu lif tersebut.
Dia berkerut dahi. Dapat Radzif rasakan, dia pernah melihat wajah lelaki ini. Baru sahaja dia ingin membuka mulut, Zameera sudah memotong.
"Mike." pendek sahaja Zameera berkata.
"Lelaki yang-"
"Ya, rumah ni sebenarnya markas milik Mike. Aku renovate balik." jelas Zameera. Radzif mengangguk faham. Patutlah dia seakan-akan cam jalan ke rumah ini. Namun dia kagum, seteruk mana pun Mike, Zameera tidak pernah lupa akan Mike.
That's why, I love her.
And I want to make her mine.
Only mine.
Siapa yang tercrush dekat Zameera tu, padam je lah angan-angan kau. Make sure guna jenama Faber Castle, bersih sikit.
Pintu lif terbuka, mereka berdua melangkah masuk ke dalam perut lif lalu butang nombor 3 ditekan Zameera. Suasana lif sunyi.
"Ehem! Err... kau dapat mesej apa tadi?" Radzif mula bersuara. Zameera hanya menoleh sekilas. Baru sahaja Radzif ingin mengotakan kata-katanya, terbantut apabila pintu lif terbuka menandakan mereka sudah sampai di tingkat 3.
Wajah Nicole menyapa retina mata mereka berdua.
"Welcome Miss," sapa Nicole. Zameera hanya mengangguk sekilas menjawab sapaan Nicole lalu dia terus berjalan meninggalkan Radzif dan Nicole.
Nicole hanya memandang sosok tubuh Zameera yang sudah semakin jauh ke hadapan lalu pandangan dialihkan memandang Radzif yang masih statik berdiri di dalam perut lif.
"And you must be Zayden, right?" soal Nicole. Radzif hanya mengangguk mengiyakannya. Dia mula melangkah keluar dari perut lif.
"My name is Nicole." jelas Nicole lalu dia menghulurkan tangannya ke arah Radzif. Mata Radzif turun memandang tangan Nicole lalu disambut huluran Nicole.
"Nice to meet you, Nicole." ujar Radzif. Nicole tersenyum nipis
"Nice to meet you too Zayden." Nicole membawa Radzif ke bilik di mana Zameera tuju sebentar tadi. Mereka berdua melangkah masuk ke dalam bilik tersebut. Terdapat satu meja besar dengan kerusi tersusun di setiap ruang meja tersebut.
YOU ARE READING
Bodyguard's Girl : Reunited
Action(Beautiful cover by @rinfrhnaaaa) Di sini, adalah kisah disebalik watak-watak yang ada. 'HUTANG DARAH, DIBAYAR DARAH.' Second version of Bodyguard's Girl. Start : 15/7/2021 End : ⚠️PLEASE, READ THE FIRST STORY THEN YOU WILL UND...