19

600 62 6
                                    

Kereta dipandu melepasi gerbang pintu. Lucifer memarkirkan kereta di garaj. Adrian juga turut memarkirkan kereta bersebelahan dengan kereta milik Radzif. Mereka bertiga berjalan menuju ke pintu.

Adrian menyeluk tangan kanannya ke dalam poket seluar manakala sebelah tangan lagi memusing-musingkan kunci kereta.

Lucifer menghulurkan kunci kereta itu kepada Radzif lalu dia membetulkan tie nya sekilas. Radzif menyambut huluran Lucifer kemudian tombol kecil di kunci tersebut ditekan bagi mengunci kereta.

Nicole membuka pintu dari dalam bagi memberi ruang kepada mereka bertiga melangkah masuk ke dalam.

"Nah," Adrian mencampak kunci kereta itu kepada Nicole dan Nicole menangkapnya dengan cekap.

"Miss mana?" soal Lucifer.

"In her room, dia kata tunggu je dekat dalam bilik meeting." jelas Nicole. Lucifer mengangguk faham lalu mereka berempat berjalan menuju ke bilik yang dinyatakan oleh Nicole sebentar tadi.

Di saat Adrian ingin mendaki anak tangga, telefon pintarnya bergetar kecil. Dia berhenti melangkah lalu memberi laluan untuk Lucifer, Nicole dan Radzif meneruskan langkah mereka.

Telefon pintar dikeluarkan dari poket seluar lalu mesej dibaca dari notifikasi.

Si menyusahkan
2 Notification

Mesej itu terus dibuka oleh Adrian. Kakinya perlahan-lahan mendaki kaki tangga.

Si menyusahkan

Weh mana?
Taknak ambil aku dekat rumah ke?😔

Adrian berkerut kecil. Pesanan ditaip lalu dihantar.

Mana apanya?
Duduklah dekat rumah jaga ibu
Kalau kau datang sini, siapa nak jaga ibu?

Si menyusahkan
Typing...

'Lembab betullah typing,' getus Adrian. Sambil dia menunggu Zayn membalas pesanannya, dia berjalan menuju ke ruang balkoni di tingkat 2.

Alah...
Nak ikut😔

Pesanan Zayn dibaca sekilas. Pandangan dibuang ke luar pemandangan.

Boleh ke tak?🥺

"Eh babi ni," gumam Adrian perlahan lalu dia mula menaipkan pesanan.

Siapa ajar kau guna emoji macam ni?
Geli bodoh

Cik Senah jiran sebelah lah
Boyeh ke tak🥺
Kalau boyeh aku siap eh🥺

Adrian berdecit perlahan.

Kalau kau ikut siapa nak jaga ibu?

Satu saat,

dua saat,

tiga saat,

Satu minit.

Kejap lagi Zam balik
Dia balik aku terus pecutlah naik motor

Pesanan Zayn dibaca setelah di seen untuk satu minit.

Suka hati kau
Make sure jangan tinggal ibu sorang-sorang

Tahulah😘

Adrian memandang jelek skrin telefon miliknya. Sumpah dia geli dengan emoji Zayn. Entah bila masa dia lepak dengan Cik Senah jiran sebelah tu pun dia tak tahu.

-----------------------------------------------------------------

Radzif melabuhkan punggungnya di atas sebuah kerusi yang disediakan diikuti Lucifer dan Nicole. Nicole mengambil tempat berhadapan Lucifer manakala Lucifer duduk bersebelahan dengan Radzif.

"Apa yang kau jumpa? Dapat apa-apa tak?" soal Nicole. Lucifer mengangguk perlahan sebagai jawapan.

"Adrian tak salah, memang betul ada yang pecah amanah dalam company Zay. And pelakunya pun dah lari." jelas Lucifer. Nicole tersenyum sinis.

"Baguslah, aku dah lama tak pegang pistol." ujar Nicole dengan senyuman lebar di bibir.

Radzif hanya diam memerhati. Telinganya mendengar manakala fikirannya jauh melayang.

Semuanya gara-gara pesanan misteri yang dia dapat sewaktu perjalanan ke sini. Tidak terlepas juga pesanan Iqram yang turut membuatkan dia tertanya-tanya.

Jasadnya tersentak apabila telefonnya berdering meminta untuk diangkat panggilan yang memanggil. Skrin telefon dipandang. Tertera nama Iqram di skrin telefon. Lucifer dan Nicole beralih memandang Radzif.

Radzif memandang mereka berdua sekilas lalu terus bangkit dari duduknya. Langkah diatur mendekati dinding kaca transparent.

Tombol hijau digeselkan ke tepi lalu telefon ditekapkan ke telinga kanan.

"Assalamualaikum hello,"

"Waalaikumussalam, kau dekat mana?" soal Iqram sebaik sahaja panggilan dijawab. Radzif menggigit bawah bibirnya kecil.

"Aku ada dekat-"

"Zameera ada sekali dengan kau tak?" belum sempat Radzif menghabiskan ucapannya, sudah dipotong terlebih dahulu oleh Iqram.

"Err... ada, kenapa?" soal Radzif kembali. Pelik benar dengan sahabatnya seorang ini. Nampak tergesa-gesa.

Radzif musykil...

"Oh..., aku nak jumpa kauorang berdua boleh?" soal Iqram penuh berhati-hati. Radzif berkerut kening.

"Aih? Tadi kata nak jumpa aku je?" soal Radzif pelik.

"Itu tadi, ni sekarang. Boleh ke tidak?" soal Iqram atau lebih tepat lagi, mendesak.

"Boleh, malam nanti aku bagi location." jelas Radzif.

"Okay, anggaran pukul berapa?" soal Iqram. Radzif mengerling jam Rolex di tangan kiri.

"8 malam, boleh?" soal Radzif meminta pendapat.

"Okay, jangan lupa pula." ujar Iqram memberi peringatan.

"Tak, kenapa dengan kau ni? Macam penting je." soal Radzif musykil.

"Nanti kau tahulah, aku gerak dulu bye."

Panggilan terus ditamatkan. Radzif memandang skrin telefon pintarnya lama. Keluhan berat dilepaskan perlahan.

Day by day story ni makin bosan hahahaha

Bodyguard's Girl : Reunited Where stories live. Discover now