20

682 67 7
                                    

Zameera melangkah masuk ke dalam, pintu dibiarkan terbuka luas.

"Any improvement?" soal Zameera seraya melabuhkan punggungnya di atas kerusi.

"Yeah, kitaorang dapat something dekat office Zay." jelas Lucifer. Adrian yang baru sahaja melangkah masuk itu dipandang sekilas.

"Apa dia?" soal Zameera. Mata dikalih memandang Radzif yang ingin melabuh punggung bersebelahan dengan Lucifer. Mata mereka bertentang seketika lalu dengan pantas Zameera mengalihkan pandangannya ke arah Lucifer kembali.

"Apa yang kami jumpa, Saidatul, PA Zay telah mencuri maklumat company kita. And dia pun dah lari. Kami tak sempat nak tahan dia." jelas Lucifer panjang. Adrian hanya mengangguk.

Zameera mengeluh perlahan. Telefon pintarnya dikeluarkan dari dalam poket seluar lalu ruang mesej dibuka.

Telefon pintar itu diletakkan di atas meja lalu ditolak sedikit ke tengah meja. Mata mereka berempat beralih ke arah telefon pintar Zameera.

"Dalam bilik tadi, aku dapat mesej ni." ujar Zameera. Lucifer mencapai telefon pintar itu lalu mesej itu dibaca. Radzif disebelahnya juga turut memanjangkan lehernya membaca mesej tersebut.

Riak wajah Radzif berubah.

Telefon pintarnya terus dibuka lalu mesej yang dia dapat sewaktu perjalanan ke sini dibuka. Dibaca kembali mesej itu lalu dibandingkan dengan mesej di telefon Zameera.

Alamat yang sama.

Lucifer menghulurkan telefon pintar itu kepada Nicole dihadapannya.

"Aku,"

Mata Zameera, Lucifer, Adrian dan Nicole teralih ke arah Radzif.

Radzif mengangkat kepalanya memandang satu-satu wajah mereka.

"Aku dapat mesej yang sama." telefon pintar miliknya diletakkan di atas meja. Zameera terus mencapai telefon pintar Radzif lalu mesej itu dibaca.

Telefon itu diletakkan di atas meja kembali lalu telefon Radzif dan miliknya diletakkan bersebelahan.

"Belgium, German," Lucifer bersuara.

"Diaorang macam-"

"Ya, diaorang nak kita ke sana." belum sempat Lucifer menghabiskan ujarannya, sudah dipotong oleh Zameera. Kedua mesej itu dibaca berulang kali.

Sudah dapat mengenal pasti tactic mereka, menghantar mesej yang sama, tetapi berlainan nombor telefon.

"Nicole, inform this to Ice. Suruh Ice hack this location. Pastikan alamat ni betul, kenal pasti apa tempat tu." arah Zameera tegas. Nicole mengangguk sekilas. Zameera mencapai telefon pintarnya lalu dia terus bangkit dari duduknya keluar dari bilik tersebut.

Radzif yang memandang Zameera melangkah keluar itu terus mengikut jejak langkah Zameera. Sempat dia mencapai telefon pintarnya di atas meja.

"Meera!" nama Zameera dilaung oleh Radzif. Zameera terus berhenti melangkah. Perlahan-lahan dia menoleh ke belakang.

"Kau nak pergi mana?" soal Radzif sebaik sahaja dia berdiri di sebelah Zameera.

"Nowhere." balas Zameera acuh tidak acuh. Radzif mencebik bibir. Zameera terus menyambung langkahnya meninggalkan Radzif dan Radzif membuntuti langkah Zameera.

"Bagitahulah kau nak kemana." desak Radzif. Zameera mengeluh perlahan. Dia berhenti melangkah lalu pandangan bosan diberikan kepada Radzif.

"Bilik aku, kenapa? Nak ikut?" sedar akan keterlanjuran kata, Zameera bungkam. Sedaya upaya Zameera mengawal riak wajahnya, menutup malu.

Bodyguard's Girl : Reunited Where stories live. Discover now