Jam di dinding menunjukkan pukul 5:45 pagi.
Radzif yang sudah terjaga dari lenanya terlebih dahulu itu hanya memandang siling tidak berperasaan.
Sepi.
Sejak daripada dia pulang dari mansion milik Zameera, kepalanya tidak henti-henti memikirkan kejadian yang berlaku di café semalam.
Deringan alarm sekali lagi memecahkan keheningan sunyi paginya.
Radzif meraup wajahnya.
Belum dia memulakan hariannya, namun kepalanya sudah kusut dengan pelbagai perkara.
"Aku kena jumpa cinta hati aku ni, barulah hilang sikit semak dalam kepala otak aku ni." gumamnya sendiri. (Heh.., aku bagitahu mak kau kau gatal.)
Ingin menyedapkan fikiran yang serabut, berjumpa dengan Zameera adalah satu-satunya jalan penyelesaian.
Terus dia bangun dari baringnya lalu kaki dibawa turun dari katil melangkah ke kamar mandi bagi menyegarkan diri.
Wajah yang masih basah itu dia biarkan titisan air jatuh menyembah lantai.
Radzif mencapai sejadah yang elok tersidai lalu dibentangkan di atas lantai mengikut arah kiblat. Niat solat subuh dibaca lalu diangkat takbir pertama. Dia menunaikan solat dengan penuh khusyuk.
Sering saja dia menunjukkan sisi dosanya kepada orang luar namun apabila dia keseorangan, dia masih sedar akan kekhilafannya sebagai seorang hamba yang berpijak diatas muka bumi nyata.
Walau apapun yang dia lakukan, dia pasti dan harus kembali kepada sang Pencipta yang maha Esa.
Doa dipanjatkan kepada Ilahi, memohon segala maaf dan ampun serta bertaubat kepada-Nya.
Seusai berdoa, dia meraup wajahnya lembut dan terdiam sejenak.
Mindanya kembali memikirkan kepada si dia.
Siapa lagi kalau bukan Zameera.
Entahlah,
sejak kebelakangan ini, dia merasakan dirinya tidak mampu menjauhkan diri mahupun melupakan Zameera. Kemana sahaja dia pergi atapun berada, pasti akan terfikir dan teringatkan Zameera.
Radzif beristighfar.
Risau dan takut,
takut jika nafsu menguasai dirinya.
'Apa yang kau dah buat dekat aku ni Zameera.' getusnya di dalam hati. Radzif menggeleng kecil lalu sejadah yang sedang dia duduki itu ditarik dan dilipat kemas.
Baju kemeja dan seluar slack hitam yang tergantung elok di dalam wardrobe room miliknya itu dicapai lalu disarungkan ke tubuhnya. Tie yang bersusun elok di dalam laci itu dipilih dan diambil oleh Radzif lalu dipakai di keliling leher pemuda itu.
Kakinya mengorak langkah ke meja solek lalu dipandang dirinya dari dalam pantulan cermin. Sedang dia asyik memakai tie, dapat dia lihat ada pantulan cahaya merah berkelip dari dalam cermin itu.
Radzif terdiam sejenak.
Dia memerhati lama pantulan cermin tersebut yang menunjukkan ke arah jam digital yang dia dapat tempoh hari tanpa mengetahui siapa pemberinya. Sambil dia memerhati, tangannya ligat memakai tie.
'Perasaan aku je kot.' omel Radzif sendiri. Dia mencapai perfume sauvage Dior lalu disembur di leher dan pergelangan tangannya.
Beg bimbit yang elok terletak di atas permukaan meja itu dicapai dan diambil Radzif sebelum dia melangkah keluar dari wardrobe room itu.
YOU ARE READING
Bodyguard's Girl : Reunited
Action(Beautiful cover by @rinfrhnaaaa) Di sini, adalah kisah disebalik watak-watak yang ada. 'HUTANG DARAH, DIBAYAR DARAH.' Second version of Bodyguard's Girl. Start : 15/7/2021 End : ⚠️PLEASE, READ THE FIRST STORY THEN YOU WILL UND...