Mereka bertiga melangkah masuk ke sebuah cafe berdekatan dengan bangunan office Zeirs Empire. Punggung dilabuhkan di atas kerusi.
Sebaik sahaja makanan dipesan, mereka bertiga hanya diam dan membuat hal masing-masing. Zameera meletakkan komputer riba ke atas meja lalu button on ditekan. Zameer pula hanya leka dengan telefon pintarnya manakala Radzif cuma memerhati Zameera dan Zameer.
Radzif menyandarkan tubuhnya lalu berpeluk tubuh. Zameera dan Zameer dipandang silih ganti.
"Seriously?" ujar Radzif tiba-tiba. Zameera yang sedang leka menekan papan kekunci itu terus terhenti lalu pandangan dialihkan memandang Radzif dihadapannya. Zameer juga turut memandang Radzif tiada riak.
"Apa?" soal Zameer bingung. Radzif terus memandang ke arah Zameer.
"Korang memang tak nak beritahu pasal hal sebenar ke?" soal Radzif sarkastik. Pandangan dialih memandang Zameera dihadapannya.
"Bagitahu apa?" soal Zameera selamba lalu dia kembali fokus ke skrin komputer. Radzif mengeluh perlahan.
"I'm being serious right now Zameera," jelas Radzif. Zameera berkerut kecil tanpa menoleh memandang Radzif.
"I need an explanation." sambung Radzif lagi. Zameer hanya memandang Radzif dan Zameera silih ganti dengan mata yang seperti 'aku tak tahu aku cuma seekor kentang.'
"I don't have any explanation." jawab Zameera tanpa menoleh.
"Em..., aku nak pergi toilet." jelas Zameer lalu dia terus beredar dari situ. Niatnya ingin melarikan diri dari dipaksa oleh Radzif agar menjelaskan semua perkara yang telah berlaku.
Radzif hanya memandang Zameer dengan mata yang dipincing kecil. Dapat membaca fikiran Zameer.
"Fine, kalau kau tak nak bagitahu aku, aku sendiri akan siasat." jelas Radzif berputus asa. Zameera hanya diam tidak membalas. Radzif terus menoleh memandang ke arah berlainan.
Zameer melabuhkan punggungnya kembali ke atas kerusi. Zameera dan Radzif dipandang silih ganti. Selang beberapa saat, seorang pelayan restoran meletakkan makanan yang dipesan oleh mereka lalu mereka bertiga terus menjamu selera.
Suasana sepanjang mereka menjamu selera amatlah sunyi dan janggal. Zameer memandang ke arah Radzif yang hanya menguis makanannya dengan sudu.
Pandangan dialih memandang Zameera pula. Zameera hanya berlagak seperti biasa dan leka dengan dunianya sendiri.
Zameer terus mengalihkan pandangannya ke makanan lalu keluhan dilepas perlahan.
'Parah-parah,' getus Zameer lalu dia menyuapkan makanan ke dalam mulutnya.
Selesai mereka menjamu selera, mereka terus kembali semula ke bangunan Zeirs Empire.
"Aku gerak dulu, ada hal." ujar Radzif sebaik sahaja mereka bertiga keluar dari perut kereta. Tangan Zameer disambut lalu di angkat sekilas.
Zameera terus melangkah masuk ke dalam bangunan miliknya tanpa mengucapkan selamat tinggal kepada Radzif. Radzif hanya mampu memerhati.
"Kau jangan ambil hati dengan kakak aku tu, lepas dia balik Italy perangai dia lain sikit," jelas Zameer. Radzif tersenyum kecil lalu bahunya ditepuk dua kali oleh Zameer.
"Bawa kereta elok-elok." pesan Zameer. Radzif mengangguk perlahan lalu dia terus berjalan menuju ke keretanya.
Sebaik sahaja tubuh menerobos masuk ke dalam perut kereta, Radzif melepaskan keluhan berat. Enjin kereta dihidupkan lalu dia terus memandu meninggalkan perkarangan bangunan tersebut.
Zameer memandang kenderaan Radzif sehingga dari pandangan mata. Langkah terus diatur ke pejabat Zameera.
Pintu diketuk dua kali.
"Come in," laung Zameera dari dalam. Zameer terus menolak daun pintu. Kakinya melangkah masuk ke dalam bilik Zameera lalu daun pintu ditutup perlahan.
Zameera yang sedang leka menekan papan kekunci di komputer itu menghiasi retina mata Zameer.
Zameera menoleh sekilas ke arah gerangan yang melangkah masuk ke dalam pejabatnya.
"Nak apa Zam?" soal Zameera lalu pandangan dialih memandang skrin komputer kembali. File dibuka lalu halaman muka surat diselak satu-persatu.
"Busy ke?" soal Zameer seraya melabuhkan punggungnya di atas kerusi berhadapan dengan Zameera.
Zameera yang sedang menyelak halaman itu terhenti lalu memandang Zameer dengan pandangan kosong.
"Kalau kau busy, kat rumah je lah aku tanya." ujar Zameer lalu dia berura-ura mahu bangun dari duduknya.
Zameera terus menutup file itu lalu perhatian diberikan sepenuhnya kepada Zameer. Jari-jemari disatukan dan diletakkan di atas meja.
"Cakap je lah," arah Zameera.
Zameer melabuhkan punggungnya kembali lalu dia menggigit bawah bibirnya kecil.
"Kau," jeda Zameer. Zameera mengangkat kening kanannya kecil.
"Kau, memang tak nak bagitahu Zay ke?" soal Zameer. Zameera terus berkerut kening.
"Bagitahu apa?" soal Zameera kembali tidak mengerti.
"Bagitahu pasal, kes hari tu. Dia nak tahu kenapa kau hilangkan diri." jelas Zameer. Zameera terus mencebik kecil lalu dia mengalihkan pandangannya ke arah skrin komputer kembali.
"Bukannya penting pun, over je dia tu. Benda dah lepas buat apa nak ungkit." balas Zameera lalu dia terus menyambung kerjanya.
"Tapi dia-"
"It's a no." celah Zameera tegas. Zameer terus mengeluh perlahan.
"Fine, suka hati kau lah." ujar Zameer berputus asa. Dia terus bangkit dari duduknya lalu melangkah ke pintu keluar.
Zameera tidak memandang ke arah Zameer namun sebaik sahaja Zameer keluar, Zameera memandang ke arah pintu yang sudah ditutup rapat oleh Zameer.
Badan disandar ke kerusi lalu keluhan berat dilepaskan.
Pandangan dibuang keluar tingkap. Langit biru dipandang sepi.
'It was a nightmare, no one can understand how I feel.' getus Zameera.
Tiba-tiba pintu biliknya diketuk oleh seseorang dari luar, Zameera terus menoleh ke arah pintu tersebut. Muncul figura seorang wanita mara mendekatinya.
"Yes Zennie?" soal Zameera. Wanita itu hanya tersenyum nipis.
"Sorry Miss, just want to remind, esok Miss dan Sir ada appointment dengan CEO Razf Holdings jam 9 pagi." jelas Zennie. Zameera hanya mengangguk perlahan tanda mengerti.
"Alright, thank you." ujar Zameera seraya tersenyum kecil. Zennie mengangguk sebagai balasan lalu dia terus keluar dari pejabat Zameera.
Zameera mengeluh perlahan.
YOU ARE READING
Bodyguard's Girl : Reunited
Acţiune(Beautiful cover by @rinfrhnaaaa) Di sini, adalah kisah disebalik watak-watak yang ada. 'HUTANG DARAH, DIBAYAR DARAH.' Second version of Bodyguard's Girl. Start : 15/7/2021 End : ⚠️PLEASE, READ THE FIRST STORY THEN YOU WILL UND...