25

237 19 0
                                    

Zameer dan Radzif melangkah masuk ke perkarangan ruang tamu. Dapat mereka hidu, bauan masakan dari arah dapur membuatkan mereka berdua terus mengorak langkah ke dapur. Sosok Zameera dan Lucifer yang sedang mesra masak bersama itu menghiasi retina mata mereka berdua atau lebih tepat lagi, Radzif.

Hanya di mata Radzif sahaja melihat Zameera dan Lucifer mesra masak bersama.

Zameera yang sedang sibuk mengacau sup ayam itu diperhati Lucifer disebelah. Sudu bersih dimasukkan ke dalam sup lalu mencedok sedikit dan diberikan kepada Lucifer, memberi Lucifer rasa akan masakannya.

Radzif yang menyaksikan adegan itu bungkam. Dipandang Zameera dan Lucifer yang masih tidak sedar akan kehadiran Radzif dan Zameer itu silih ganti.

"Ehem!" Zameer berdehem membuatkan Zameera dan Lucifer tersentak. Lantas mereka berdua menoleh ke arah suara itu.

Zameera yang sedar akan kehadiran Radzif itu hanya dihiraukan. Dia menyambung kembali mengacau sup ayam yang dimasak olehnya.

"Seronok memasak ya?" soal Zameer mengusik. Lucifer hanya tersenyum sinis lalu dia memandang ke arah Radzif. Disapa Radzif dengan dua kening diangkat. Radzif hanya tersenyum nipis.

Panas hatinya ketika ini apabila melihat sketsa Lucifer dan Zameera sebentar tadi.

Zameera menghidang sup ayam itu diatas kitchen island manakala Lucifer menyediakan pinggan buat dirinya dan Zameera. Radzif dan Zameer turut melabuhkan punggung mereka di kerusi.

"Kau taknak makan ke?" soal Lucifer kepada Zameer dan Radzif.

"Taklah, aku baru je lepas makan dengan Zay tadi." jelas Zameer.

Zameera hanya menjamu makanannya tanpa menghiraukan keadaan sekeliling. Bukan dia tidak sedar, ada mata yang sedang memerhatikan perbuatannya sejak dari tadi namun dia menghiraukannya.

Lucifer hanya mengangguk faham lalu dia mula menjamah masakan yang dia masak bersama Zameera. Suapan pertama dimasukkan ke dalam mulutnya. Terpejam sesaat mata Lucifer apabila dia dapat merasakan kesedapan masakan Zameera.

"It's taste so good Miss!" puji Lucifer jujur. Zameera hanya tersenyum kecil. Segan pula dia dipuji begitu. Sup ayam je pun.

Radzif yang dari tadi memerhati itu menggigit dalam pipi tanda geram atau lebih tepat lagi,

cemburu.

Air liur ditelan kelat lalu pandangan ditundukkan, cuba menahan perasaan. Tanpa sedar, dia mengenggam penumbuk. Sudahlah mood nya tidak begitu baik harini, ditambah pula dengan adegan Zameera dan Lucifer membuatkan dia makin tidak ada mood.

Sangkalnya, melihat wajah Zameera itu dapat melegakan hatinya yang gusar. Namun sebaliknya, makin panas pula hati ni.

"Mana Ad?" Zameer bersuara.

"He's at your home." balas Lucifer sebelum suapan terakhir disuakan ke dalam mulutnya. Zameera yang turut juga selesai makan itu menghirup air masak sejuk. Pinggan Zameera diambil Lucifer lalu dibawa ke singki. Dibasuh pinggan milik Zameera kemudian pinggannya.

Radzif yang sedang tertunduk itu dipandang Zameera sekilas lalu pandangan dialihkan ke arah adiknya.

"Ada apa kau datang sini?" soal Zameera membuatkan Radzif mengangkat kembali kepalanya.

"Saja." balas Zameer selamba. Dia mana ada kehidupan lain selain daripada bekerja. Hanya rumah dan pejabat sahajalah tempat dia selalu tuju. Orangnya ini sangat jarang bersosial. Sudah terbiasa dengan kehidupannya yang simple dan tidak mempunyai masalah jika tidak dicari.

Bodyguard's Girl : Reunited Where stories live. Discover now