Saidatul berlari anak melangkah masuk ke dalam rumah.
Tersentak Puan Sarah apabila anak perempuannya, Saidatul menolak daun pintu dengan kasar lalu berlari anak menaiki anak tangga ke atas.
"Dah kenapa kakak kamu tu? Kalut semacam je Ibu tengok." ujar Puan Sarah kepada Saerah yang sedang duduk di atas sofa. Saerah memandang ibunya sekilas lalu dia mengangkat kedua bahunya tanda tidak tahu.
Saidatul melangkah masuk ke dalam biliknya. Ditarik briefcase di bawah katil lalu dibuka. Beberapa buah ikat duit dikeluarkan lalu dimasukkan ke dalam sampul coklat kemudian ditutup kembali. Kakinya diatur ke almari baju.
Luggage ditarik seraya beberapa helai baju disumbat ke dalam luggage dan dizip. Dengan tergopoh-gapah dia menarik luggage itu keluar dari bilik. Tidak lupa juga briefcase di atas lantai itu dibawa turun bersamanya ke tingkat bawah.
"Eh..., kamu nak kemana ni Sai?" soal Puan Sarah pelik apabila melihat anak perempuan sulungnya yang dalam kekalutan.
Saidatul hanya menghiraukan pertanyaan Ibunya itu lalu dia berjalan keluar dari rumah. Dengan tangkas dia membuka but belakang kereta lalu luggage dimasukkan kasar ke dalam. Manakala briefcase itu diletakkan disebelah tempat duduk penumpang. Dia kembali melangkah masuk ke dalam rumah bersama sampul coklat di tangan meluru ke arah Ibunya.
"Ibu, Sai kena pergi," jelas Saidatul pendek. Puan Sarah berkerut kening melihat wajah anaknya.
"Sai kena ikut bos pergi outstation." tempelak Saidatul. Sebak mula menghurung hatinya apabila memandang wajah sayu ibunya. Mungkin ini kali terakhir dia dapat melihat wajah syurganya ini. Sampul coklat ditangannya itu dihulur kepada Puan Sarah. Tanpa sedar, air matanya mengalir.
"Ni..., ada duit sikit Sai bekalkan untuk keluarga kita. Ibu maafkan Sai ya? Halalkan makan minum Sai." ditarik tubuh Puan Sarah ke dalam pelukan. Makin tumpah air matanya apabila Puan Sarah membalas pelukan Saidatul erat.
"Ya ibu selalu maafkan anak-anak ibu, tak pernah sekalipun ibu tak doakan untuk anak-anak ibu." jelas Puan Sarah lalu pelukan dilepaskan. Dikesat air mata anak sulungnya lembut lalu pipi Saidatul diusap.
"Kenapa ni Sai? Cuba cerita dekat Ibu." pujuk Puan Sarah cuba menenangkan anak perempuannya ini. Saidatul menggeleng laju.
"Tak ada apa Ibu, Sai kena cepat. Nanti terlepas pula flight." jelas Saidatul bohong. Tidak mahu Puan Sarah risaukannya. Puan Sarah hanya mengangguk perlahan.
"Ya lah, baik-baik ya? Apa-apa nanti bagitahu Ibu, tak pun call je terus." Puan Sarah berpesan. Saidatul hanya memalsukan senyuman nipis. Saerah yang berdiri disebelahnya itu ditarik ke dalam pelukan.
"Kau jaga Ibu untuk aku, belajar elok-elok. Jangan hampakan Ibu dengan Ayah, aku sayang kau." pesan Saidatul dalam pelukan. Saerah hanya diam tidak membalas, pelik dengan tindakan kakaknya ini.
Pelukan itu dilepaskan lalu dia terus keluar tidak menoleh. Puan Sarah mengikuti langkah anaknya, menghantar pemergian Saidatul.
"Ibu tolong jaga diri, jangan keluar rumah sangat. Nak keluar rumah tu jangan keluar seorang-seorang. Ajak Erah teman. Tolong kunci pintu." pesan Saidatul seraya menyarung kasut.
"Ya Sai, kenapa ni ada apa-apa jadi ke?" soal Puan Sarah tidak mengalah. Hati tuanya itu menjadi gusar melihat tingkah laku anaknya ini.
"Tak ada apa Ibu, Sai pesan je." jelas Saidatul lalu senyuman kecil palsu diukir dibibirnya. Dipandang wajah Puan Sarah dan Saerah sejenak buat kali terakhir sebelum dia melangkah masuk ke dalam perut kereta.
Digigit bawah bibir bagi menahan tangisan yang akan terlepas bila-bila sahaja saat ini. Dia tidak mahu melepaskan tangisan di hadapan Ibu dan Saerah.
Pedal minyak ditekan tanpa ragu lalu dia memecut laju meninggalkan perkarangan rumah. Baru beberapa buah rumah dilepasi, air mata yang dari tadi ditahan itu tumpah jua. Makin kuat esakannya lalu kereta diberhentikan di tepi jalan.
YOU ARE READING
Bodyguard's Girl : Reunited
Action(Beautiful cover by @rinfrhnaaaa) Di sini, adalah kisah disebalik watak-watak yang ada. 'HUTANG DARAH, DIBAYAR DARAH.' Second version of Bodyguard's Girl. Start : 15/7/2021 End : ⚠️PLEASE, READ THE FIRST STORY THEN YOU WILL UND...