8

911 92 2
                                    

Saidatul memarkirkan kenderaannya di garage rumah. Dengan tergopoh-gapah, dia mematikan enjin kereta lalu terus keluar dari perut kereta. Beg bimbit di kerusi penumpang dipandang sekilas.

'Malam nantilah aku ambil.' getusnya. Pintu kereta dihempas kuat. Dia berlari anak melangkah ke pintu rumah.

"Assalamualaikum!" laung Saidatul dari luar rumah. Tangannya laju memusingkan tombol pintu. Daun pintu ditolak kasar. Sosok tubuh ibu, ayah dan adik perempuannya yang sedang menonton televisyen menghiasi retina matanya. Mereka semua terus menoleh ke arah Saidatul yang kelihatan cemas.

Nafas Saidatul tercungap-cungap, dihembus perlahan. Lega hatinya memandang mereka yang jelas dalam keadaan selamat dan baik.

"Kamu kenapa ni Atul? Kena kejar dengan hantu ke?" soal Ayahnya, Encik Halim. Ibunya, Puan Sarah turut memandang ke arah Saidatul.

Saidatul terus mengorak langkah mendekati mereka.

"Ibu dengan Ayah okay sahaja kan?" soal Saidatul resah. Encik Halim dan Puan Sarah saling berpandangan. Saerah, adik perempuan Saidatul juga turut memandang kedua ibu bapanya.

"Okay sahaja, kamu kenapa?" soal Puan Sarah kembali. Saidatul menarik nafas lega. Punggung dihempas ke atas sofa seraya mengusap dada perlahan. Mata dikatup sekejap.

"O-okay..., tak ada apa pun. Atul naik atas dulu, nak mandi." jelas Saidatul lalu dia terus melangkah mendaki anak tangga satu persatu.

Bilik tidurnya dituju.

Sebaik sahaja dia melangkah masuk ke dalam bilik, daun pintu ditutup rapat dan dikunci. Beg tangan dicampak ke atas katil. Badan dihempas ke atas katil.

Nafas lega dihela sekali lagi.

"Nasib baiklah tak ada apa berlaku." ujarnya seorang diri. Dia terus bangkit dari baringnya. Kaki menuruni birai katil melangkah menuju ke bilik air bagi membersihkan diri.

Seusai membersihkan diri, dia mengenakan pakaian satin pyjamas berwarna hitam. Jam di dinding dipandang sekilas.

Sudah menunjukkan pukul 11 malam. Dia yakin, pasti ahli keluarganya sudah masuk tidur. Saidatul mencapai kunci kereta di atas meja solek lalu dia melangkah keluar dari bilik.

Kaki menuruni anak tangga satu persatu tanpa mengeluarkan sebarang bunyi. Matanya melilau memandang ruang tamu yang sudah gelap.

Tepat sangkaanya, ahli keluarganya sudah masuk tidur saat jam begini. Dia melajukan langkah.

Pintu keluar utama dibuka lalu dia menyarung selipar. Butang kecil di kunci keretanya ditekan. Pintu kereta di bahagian seat penumpang sebelah kiri dibuka lalu beg bimbit diambil.

Kereta dikunci kemudian dia terus melangkah masuk ke dalam rumah kembali. Daun pintu ditutup perlahan.

Saat dia berpaling, bahunya terhinjut. Wajah Saerah menghiasi retina matanya. Dia terus mengurut dadanya kecil.

"Ish kau ni! Buat terperanjat aku sahaja!" ujar Saidatul sedikit berbisik.

"Kau buat apa kat luar tengah-tengah malam ni?" soal Saerah. Beg bimbit di tangan Saidatul dipandang.

"A-aku... aku ambil beg kerja aku. Kau kenapa tak tidur lagi? Esok tak sekolah ke?" soal Saidatul kembali.

"Covid covid, sekolah tutup." jelas Saerah.

"Habis itu? Tak ada online class?" soal Saidatul lagi. Saerah terus mengguling anak matanya ke atas seraya berpaling meninggalkan kakaknya menuju ke dapur.

"Tahu lah aku nak masuk online class." balas Saerah tanpa menoleh. Saidatul menggeleng perlahan lalu dia terus berjalan menuju ke biliknya kembali.

Daun pintu ditutup lalu dikunci. Katil dipanjat lalu kaki disilang ke atas katil. Beg bimbit diletak di hadapannya.

Beg bimbit itu dibuka. Bibirnya terus tersenyum lebar. Seikat wang ringgit itu dibawa keluar dari beg bimbit tersebut lalu dihidu bersungguh-sungguh.

Terpejam matanya saat menghidu bauan duit. Siapa sahaja tidak suka bau duit?

Wang ringgit itu dipandang lama. Terlalu banyak benda yang terlintas dikepalanya ketika ini. Mahu membeli itu, membeli ini. Dia terus menyimpan wang ringgit itu kembali lalu beg bimbit itu ditutup.

Beg bimbit itu disimpan di bawah katil. Dia terus menghempaskan tubuhnya. Bantal panjang dipeluk erat seraya bibirnya tidak lekang dengan senyuman lebar.

Tidur lenalah dia malam ini.

-----------------------------------------------------------------

Pagi melabuhkan tirai. Zameera sudah siap mengenakan pakaian casual untuk ke pejabat. Langkah diatur menuruni anak tangga menuju ke ruang dapur.

Kelihatan Puan Zahidah dan dua orang badigol yang sering melakukan masalah di dalam rumah ini turut duduk bersama di meja tersebut.

Zameera melabuhkan punggung bersebelahan dengan Puan Zahidah.

"Morning Miss," sapa Zayn seraya tersengih. Zameera hanya mengangguk sekilas.

Seketika kemudian, muncul figura Zameer mendekati meja makan.

"Ewah ewah kauorang, senang lenang je duduk kat situ. Siapa bagi kau duduk situ?" soal Zameer memandang ke arah Zayn dan Adrian. Adrian hanya menghiraukan Zameer.

"Apa kau? Aku laparlah." jelas Zayn lalu dia menyuakan nasi goreng ke dalam mulutnya.

"Amboi kau, bukan main lagi dengan aku. Aku ni bos kau juga tahu?" ujar Zameer.

"Zam, apa kamu ni? Biarlah diaorang nak makan sekali. Ibu anggap diaorang ni macam anak ibu sendiri dah." celah Puan Zahidah pula. Zayn tersenyum kemenangan manakala Adrian hanya fokus menjamu selera.

Adrian tidaklah seperti Zayn. Dia seorang yang ada masa dia serius, ada masa dia bergurau.

Zameera terus bangun dari duduknya. Mata mereka terus teralih kepada Zameera.

"Meera pergi kerja dulu," jelas Zameera lalu dia terus mencapai tangan Puan Zahidah dan dikucup lembut.

"Hati-hati Miss." pesan Adrian setelah lama mendiamkan diri. Zameera terus memandang ke arah Adrian lama lalu dia mengangguk sekilas.

"Dah, Zameer makan dulu. Ad, Zayn," panggil Puan Zahidah. Mereka berdua terus menoleh memandang Puan Zahidah.

"Nanti teman ibu ke pasaraya ya? Nak beli barang dapur." jelas Puan Zahidah. Adrian dan Zayn mengangguk faham.

"Ibu?!" soal Zameer tidak percaya.

Puan Zahidah terus menoleh memandang Zameer.

"Apa?" soal Puan Zahidah kembali.

"Ibu bahasakan 'ibu' pada diaorang?" soal Zameer dengan perkataan 'ibu' ditekankan sedikit.

"Kenapa? Tak boleh ke?" ujar Puan Zahidah seraya teh panas ditiup kecil sebelum dicicip perlahan.

"Sejak bila pula ibu lahirkan diaorang ni?" soal Zameer. Seketika kemudian, dia rasakan cuping telinganya ditarik kuat oleh seseorang.

"Ah ah aduh...! Sakit!" teriak Zameer kesakitan.

"Kau ni bila nak gerak? Aku dah lambat." ujar Zameera yang dari tadi menunggu Zameer.

Tangan Zameera ditepis.

"Ya lah ya lah! Aku nak geraklah ni." jelas Zameer lalu dia menyuakan nasi goreng buat kali terakhir ke dalam mulutnya dan air teh panas dicicip kecil. Tangan Puan Zahidah dicapai lalu dikucup lembut.

Sempat dia menoleh memandang Zayn yang sedang mengemam bibir menahan tawa dari meletus. Zameer memincing mata memandang Zayn, memberi amaran melalui isyarat mata.

Bodyguard's Girl : Reunited Where stories live. Discover now