28

216 22 0
                                    

Zameera meraup wajah sebaik sahaja kakinya melangkah masuk ke dalam bilik. Punggung dilabuh pada birai katil, tangan ditongkat di sisi. Dadanya berombak diikuti dengan nafas yang dihembus. Matanya jatuh ke atas lantai lalu dipejam rapat.

Zameera cuba mengatur nafas. Bawah bibir digigit perlahan.

Bahunya jatuh apabila teringat kembali bagaimana dia menyiksa Lina. Berkerut-kerut keningnya, cuba melupakan kejadian tadi. Tanpa sedar, air matanya mula jatuh membasahi pipi.

Entah sampai bilalah dia harus hidup seperti ini.

Mengambil alih kerja tuhan, menyiksa orang bagai tiada sifat kemanusiaan dalam dirinya.

Hidupnya penuh dengan trauma,

yang dia sendiri tidak mahu lagi untuk dia alami.

Zameera menarik nafas panjang, dihela berat. Air mata diseka kasar lalu dia bangun dari duduknya menuju ke kamar mandi bagi menyegarkan diri.

-----------------------------------------------------------------------------------------------

Radzif yang sedang duduk di pantry hanya meneguk air kosong sejuk. Pintu bilik Zameera yang tertutup rapat itu diperhati sekilas lalu nafas dihela perlahan.

Dia menompang dagu, cuba melawan rasa kantuk. Jam ditangan telah menunjukkan pukul 11 tengah malam. Sesekali Radzif menguap kecil. Digosok matanya yang hampir tertutup.

Air kosong itu diteguk habis lalu Radzif meletakkan kepalanya di atas kitchen island. Perlahan-lahan matanya tertutup apabila dia tidak mampu lagi menahan matanya dari terus terpejam.

Zameera yang baru sahaja usai mandi itu menggosok rambutnya menggunakan tuala kecil dengan kasar. Wajah ditilik sejenak di cermin lalu dia berjalan ke pintu keluar. Lapar pula perutnya saat mandi tadi. Tangan kanan memusing tombol pintu sambil tangan kiri mengelap rambutnya. Kaki diatur ke pantry.

Langkahnya terhenti apabila mata disapa oleh sosok tubuh seseorang. Zameera mendekati tubuh yang kaku tidak bergerak.

Dapat dia lihat, Radzif yang sedang tidur bersama cawan kaca kosong yang elok terpegang ditangan kanannya. Zameera berkerut kecil.

'Pahal tak balik lagi mamat ni?' getus Zameera dalam hati. Jam tangan Radzif itu dikerling Zameera sekilas.

'Dah nak pukul 12 dah, takkan tidur sini pula?' getusnya lagi.

Bukanlah dia mahu berkira, mansion ini jika mahu menyumbat 50 orang sekaligus pun dia tidak kisah. Tapi masalahnya,

ini Radzif.

Entah nanti apa sahaja perangai pelik yang dia buat. Bukan boleh percaya sangat mamat senget ni.

Dicucuk perlahan tubuh Radzif, membangunkan Radzif dari lenanya. Tidak manislah biarkan tetamu tidur dalam keadaan begini.

Walaupun Radzif ini tetamu yang tak diundang, tetamu masih lagi tetamu.

"Zay, bangun. Jangan tidur dekat sini. Rumah ni banyak bilik." jelas Zameera apabila tindakannya mengejut Radzif tidak berjaya.

Radzif mula berkerut kening, dibuka matanya perlahan-lahan. Wajah Zameera yang menyapa matanya itu membuatkan dia tersenyum kecil.

Zameera mengangkat kening sebelah. Apahal tersengih pula mamat ni?

Radzif mengangkat kepalanya. Dapat dia rasakan kepalanya berpinar. Mata dipejam sesaat bagi menghilangkan rasa pening di kepala.

Zameera yang perasan akan pipi Radzif yang sedikit memerah itu dipandang gusar. Peluh kecil di leher dan dahi Radzif itu menarik perhatian Zameera.

"Kau..., okey?" soal Zameera risau. Tangan Zameera secara tidak langsung menyentuh dahi Radzif. Dapat dia rasakan dahi Radzif sedikit panas. Tanpa menunggu masa, tubuh Radzif dipapah menuju ke ruangan bilik.

Radzif yang sedang melawan rasa pening itu hanya membiarkan perbuatan Zameera. Terbit rasa suka dalam hatinya namun disembunyikan buat dirinya sendiri.

Tubuh Radzif dihempas perlahan-lahan diatas katil. Mata Radzif yang masih tertutup itu dipandang sayu. Kasihan pula dia melihat Radzif dalam keadaan begini.

Zameera melabuh punggung disebelah Radzif lalu tuala lembap yang tergantung dilehernya itu ditarik dan dilap peluh kecil pada wajah jejaka itu.

"Kenapalah kau gatal sangat datang kalau diri tu lemah semangat." gumam Zameera perlahan seraya mengelap peluh Radzif.

Melihat Radzif yang sepertinya sesak untuk bernafas, Zameera bertindak menarik tie yang masih melingkar di leher Radzif lalu dicabut dan diletakkan dimeja sisi katil. Dua butang baju kemeja Radzif itu dibuka Zameera dari atas. Peluh Radzif dibahagian leher itu dilap perlahan.

Diteguk air liur dengan payah. Wajah Radzif yang sedang asyik dalam lena bersama dengan pipi yang sedikit merah itu membuatkan Zameera merenung wajah Radzif tanpa sedar. Mata Zameera jatuh ke bibir Radzif. Bibir Radzif yang cantik terbentuk dan sihat itu dipandang Zameera lama.

Zameera mengemam bibirnya sendiri. Hampir sahaja tangan Zameera mahu mengusap rambut Radzif yang sedikit tidak teratur, bagi melihat wajah Radzif dengan lebih jelas. Pantas dia membatalkan niatnya.

Kepala digeleng perlahan lalu Zameera menjarakkan sedikit ruang antara dirinya dan Radzif. Wajah Radzif dipandang sejenak lalu selimut ditarik menutupi separuh tubuh Radzif. Alat kawalan jauh penghawa dingin di meja sisi itu dicapai lalu dinaikkan suhu penghawa dingin itu bagi mengurangkan suhu sejuk.

Setelah memastikan semuanya sempurna, Zameera mula bangun dari duduknya, mahu beransur keluar. Namun perbuatannya terbantut apabila Radzif menarik jari telunjuk Zameera.

Zameera terus berpaling memandang Radzif.

"Zay minta maaf mama, jangan tinggalkan Zay." rintih Radzif separa sedar. Mata Zameera ligat memandang anak mata Radzif dalam keadaan malap. Bantuan cahaya dari luar tingkap yang dilapisi dengan langsir putih itu menyukarkan Zameera melihat dengan jelas.

'Mengigau ke apa dia ni?' getus Zameera lalu ditarik jarinya yang disentuh oleh Radzif perlahan-lahan. Ini bukanlah kali pertama dia melihat Radzif meracau dalam tidur apabila demam. Salah satu tabiat unik Radzif mungkin.

Zameera menyambung langkahnya kembali menuju ke pintu keluar. Ditarik daun pintu perlahan, sempat Zameera memandang ke arah Radzif yang kembali lena dalam tidurnya itu lalu pintu ditutup rapat.

Zameera menuju ke pantry kembali. Rasa laparnya tergendala seketika apabila dia secara tiba-tiba perlu menjadi babysitter. Makanan ringan dicari lalu disuakan ke dalam mulut bagi mengalas perut sehingga hari esok. Malas pula dia ingin makan makanan berat pada lewat malam begini.

Usai sahaja dia habis menjamu makanan ringan itu, dibilas tangannya lalu kaki mula melangkah menuju ke biliknya kembali. Sempat dia mengerling ke arah pintu bilik dimana Radzif berada yang berhadapan dengan biliknya itu sekilas. Zameera melangkah masuk ke dalam biliknya sebelum daun pintu ditutup rapat. Kunci tombol pintu dipusingkan.

Memang jarang sangat dia mengunci pintu bilik pada waktu malam namun malam ini dia perlu mengunci pintu biliknya.

Tidak mahu kejadian itu berulang kembali.

Ya, dia memang tidak percayakan Radzif.

Panjang sahaja akal lelaki itu dalam menyakat dirinya. Dia perlu lebih berhati-hati dengan Radzif.

Mencegah lebih baik daripada mengubati, kan?

Tuala kecil yang berada di bahu kanan itu diambil lalu disidai di tempat sidaian. Kakinya diatur menuju ke birai katil lalu tubuh dihempas perlahan ke atas katil. Nafas dihela puas.

"It was a long night." gumam Zameera perlahan lalu lamp table di sebelah kanannya itu dimatikan. Tidak lama selepas itu, Zameera terus lena dibuai mimpi.

Bodyguard's Girl : Reunited Where stories live. Discover now