Zameera mencelikkan matanya perlahan-lahan. Bunyi muzik kuat kedengaran dari luar pintu biliknya itu menganggu dia dari terus melelapkan mata. Zameera terus duduk di atas katil.
Pintu biliknya yang tertutup itu dipandang pelik.
'Siapa pula yang memekak pagi-pagi ni?' getusnya. Dia terus turun dari katil menuju ke bilik air bagi membersihkan diri.
Seusai dia membersihkan diri, dia menyarung t-shirt hitam berlengan pendek. Seluar slack hitam disarung. Rambut diikat gaya ponytail. Dia mula melangkah ke pintu keluar lalu daun pintu ditarik.
Dia mendekati bunyi muzik kuat yang terletak di hujung ruang penjuru, di mana terletak bilik gym miliknya.
Lagu Rihanna berjudul Only Girl menyapa cuping telinga Zameera sebaik sahaja dia berdiri di hadapan pintu bilik itu.
Zameera terus menolak daun pintu itu tanpa diketuk dahulu. Kelihatan Adrian, Radzif, Zayn dan Zameer sedang melakukan senaman menggunakan alat senaman miliknya. Masing-masing tidak mengenakan baju mereka.
Mereka berempat terus menoleh ke arah Zameera yang sedang memandang mereka.
"Nah, ni air yang kau-" terhenti ujaran Lucifer yang baru sahaja keluar dari ruang yang merupakan dapur kecil apabila sosok tubuh Zameera kelihatan berdiri tegak di pintu masuk.
"M-Miss..., good morning Miss," sapa Lucifer gugup. Air liur ditelan payah.
"Apa kauorang buat dalam gym aku ni?" soal Zameera dingin. Zameer mencebik kecil lalu dia menyambung senamannya kembali.
"Kitaorang exercise lah, takkan gotong-royong pula. Nak sadokan badan tak boleh ke?" jelas Zameer sambil mengangkat dumbell itu menggunakan tangannya selang seli kiri dan kanan.
Zameera memincing mata memandang Zameer.
Adrian, Zayn dan Lucifer hanya diam tidak berkutik. Memandang Zameera sepi. Tidak berani mahu bersuara.
Zameera beralih memandang Zayn, Radzif, Adrian dan Lucifer dengan pandangan dingin.
"Kauorang buatlah apa yang kauorang nak buat. Tutup lagu tu, memekak." jelas Zameera lalu dia terus menutup daun pintu itu kembali.
Kepalanya tergeleng-geleng sebaik sahaja pintu itu ditutup. Baru sahaja dia ingin melangkah menuju tingkat tiga dimana terletak pejabat miliknya di dalam rumah ini, terhenti apabila Radzif memanggil namanya.
Zameera terus menoleh memandang Radzif.
"Kau nak apa? Aku fikir kau dah balik." ujar Zameera dengan wajah dingin tiada riak. Radzif yang sedang mengelap peluh di dahi dengan tuala yang tersangkut di lehernya itu hanya mencebik kecil.
"Sekejap lagi aku baliklah, kau nak kemana?" soal Radzif. Zameera terus berjalan meninggalkan Radzif.
"Oi aku tanya ni, nak kemana?" soal Radzif lagi lalu dia mengejar Zameera yang sedang mendaki anak tangga satu persatu. Radzif bertindak berdiri di hadapan Zameera menghalang Zameera dari terus berjalan.
Zameera mengeluh bosan.
"Suka hatilah aku nak kemana pun, yang kau sibuk sangat kenapa?" soal Zameera tanpa nada. Radzif menjuih bibir.
"Aku tahu, kau nak pergi office kau kan? Relax lah, hari ni hari ahad kut? Workaholic betullah kau ni." jelas Radzif. Zameera mengguling anak matanya ke atas.
"Suka hati akulah aku nak kerja hari ahad pun, yang kau concern sangat ni dah kenapa? Tepilah!" Zameera terus melanggar bahu Radzif perlahan lalu berjalan meninggalkan Radzif.
Radzif masih tidak berputus asa. Dia menyambung langkahnya mengejar Zameera.
"Alah tak payahlah kerja hari ni Meera." jelas Radzif sedikit merayu. Zameera terus berhenti melangkah, berpaling memandang Radzif dengan riak wajah pelik.
"Kau nak apa sebenarnya ni?" soal Zameera bengang. Radzif mengusap belakang tengkuknya perlahan. Kepala diteleng memandang ke kanan seraya lidah menolak dalam pipi.
"A-aku..., aku...," ujar Radzif gugup. Zameera berpeluk tubuh, menunggu Radzif menyambung ujarannya.
"Kau apa?" soal Zameera tiada nada. Radzif menggigit bawah bibir kecil.
"A-aku..., nak...," Radzif masih gugup. Zameera mengeluh bosan lalu dia terus berura-ura ingin menyambung langkahnya kembali.
"Eh! Aku nak ajak kau dating!" jelas Radzif senafas apabila dia melihat Zameera ingin menyambung langkahnya. Sekelip mata, Zameera berhenti melangkah. Matanya terkebil-kebil.
Perlahan-lahan dia menoleh memandang Radzif.
"Apa?" soal Zameera meminta Radzif mengulangi ayatnya kembali.
"A-aku nak ajak kau dating." jelas Radzif lagi. Muka sudah ditebalkan setebal-tebal dinding rumah.
"Dating? Kau dah kenapa ni? Demam ke? Buang tebiat?" soal Zameera bertubi-tubi. Dia melangkah mendekati Radzif lalu belakang tangannya melekap ke dahi Radzif. Radzif terpempan.
Wajah Zameera yang tidak terlalu jauh, tidak terlalu dekat dengan wajahnya itu dipandang dengan mata yang sedikit membulat.
"Tak demam pun, kau dah kenapa?" Zameera menurunkan tangannya kembali. Wajah Radzif dipandang penuh tanda tanya.
Jantung Radzif yang berdetak laju akibat kulit Zameera menyentuh dahinya itu tadi mula kembali normal.
"T-tak ada apa, aku saja je." jelas Radzif cuba beriak selamba. Zameera menggeleng perlahan.
"Ada-ada sahaja kau ni kan? Dah, jangan ganggu aku." jelas Zameera lalu dia terus meninggalkan Radzif yang masih statik berdiri di tangga.
Sebaik sahaja bayang Zameera hilang dari retina mata Radzif, Radzif melepaskan keluhan lega.
Dahi yang disentuh Zameera itu diusap perlahan. Perlahan-lahan bibirnya mengulum senyuman.
Mahu sahaja dia bersorak kuat ketika ini. Namun apabila difikirkan semula, kemungkinan Zameera akan mendengar dia berteriak gembira jadi dia batalkan sahaja.
Wajah diraup perlahan. Bibirnya tidak lekang dengan senyuman lebar.
Dengan penuh gembira di hati, dia menuruni anak tangga sambil terlompat persis kanak-kanak kecil.
YOU ARE READING
Bodyguard's Girl : Reunited
Action(Beautiful cover by @rinfrhnaaaa) Di sini, adalah kisah disebalik watak-watak yang ada. 'HUTANG DARAH, DIBAYAR DARAH.' Second version of Bodyguard's Girl. Start : 15/7/2021 End : ⚠️PLEASE, READ THE FIRST STORY THEN YOU WILL UND...