5

1.1K 115 8
                                    

Radzif memarkirkan kenderaannya di garaj. Enjin kereta dimatikan lalu badan disandar lemah. Keluhan berat dilepaskan.

Radzif membuka pintu kereta lalu dia keluar dari perut kereta. Pintu kereta ditutup kembali. Jarinya menekan butang kecil di alat kawalan kenderaan miliknya lalu langkah diatur ke pintu utama rumah.

Di saat dia berjalan menuju ke pintu rumah, langkahnya terhenti. Sebuah kotak sebesar kotak kasut di hadapan pintu rumah menyentakkan Radzif dari terus berjalan ke pintu.

Radzif bertindak mendekati kotak tersebut. Kaki menendang perlahan kotak itu. Cuping telinganya terdengar bunyi isi di dalam kotak itu berlanggar dengan sisi kotak tersebut.

Perlahan-lahan Radzif mengangkat kotak itu lalu dia memandang ke sekelilingnya. Tombol pintu dipulas lalu kaki melangkah masuk ke dalam rumah.

Langkah terus diatur menaiki anak tangga menuju ke biliknya.

Radzif yang sudah masuk ke dalam rumah itu dipandang dengan bibir tidak lekang dengan senyuman sinis.

Enjin motor berkuasa tinggi itu dihidupkan lalu terus dipandu meninggalkan perkarangan rumah tersebut.

-----------------------------------------------------------------

Radzif menolak daun pintu lalu ditutup kembali. Tombol pintu dikunci.

Kotak ditangannya itu diletakkan di atas meja. Tie ditarik ke bawah lalu dicabut dari leher. Kunci kereta diletakkan bersebelahan dengan kotak tersebut.

Dua butang baju atas dibuka lalu kotak itu diambil dan dibawa ke atas katil. Radzif melabuhkan punggung di birai katil. Kotak itu dibuka.

Terdapat satu kain hitam yang terbalut di dalam kotak tersebut. Radzif bertindak membuka kain tersebut.

Apabila kain tersebut dialihkan, Radzif berkerut kening.

Hanya sebuah jam digital yang terisi di dalam kotak tersebut.

"Menate mende ni?" soalnya kepada diri sendiri. Jam digital itu dibawa keluar dari dalam kotak lalu dihidupkan.

"Siapa pula yang baik hati bagi aku jam ni? Dah tak ada benda lain ke nak bagi?" matanya terkebil-kebil seraya membelek jam digital tersebut.

"Husnuzon je lah, maybe dia nak aku punctual kot lepas ni." ujarnya lalu jam digital itu diletakkan di tepi meja bersebelahan dengan katil. Kotak itu diambil lalu dibuang ke dalam tong sampah.

Langkah terus diatur ke bilik air bagi membersihkan diri.

Seketika kemudian, jam yang diletakkan oleh Radzif di atas meja bersebelahan dengan katil itu berkelip kecil.

*zoom in to the digital clock slowly*

Bibir tersenyum sinis. Ruang bilik Radzif diperhati.

"It works perfectly, I love it." jelasnya. Luther yang berdiri di sampingnya itu hanya tersenyum puas.

"Hast du alle meine Sachen gepackt?" soalnya tanpa menoleh. Matanya masih setia memandang ke arah skrin iPad tersebut.
(Barang aku semua kau dah pack?)

"Schon vermisse," jelas Luther.
(Sudah Miss,)

Dia terus bangkit dari duduknya. iPad dihulur ke arah Luther.

"Gut, wir ziehen jetzt um." ujarnya lalu langkah terus diatur ke pintu keluar.
(Good, kita gerak sekarang.)

Tubuh menerobos masuk ke dalam perut kereta lalu kereta dipandu oleh Mateen menuju ke lapangan terbang antarabangsa, Frankfurt.

Sebaik sahaja sampai ke lapangan terbang antarabangsa Frankfurt, dia dan beberapa bodyguard mengiringi dirinya berjalan masuk ke dalam lapangan terbang tersebut. Kaki laju melangkah ke jet peribadinya.

Dirinya disambut baik oleh anak kapal yang telah ditugaskan mengendali jet peribadinya. Sikap bongkak dan sombong diberikan kepada anak kapal yang menyambut kedatangannya.

Punggung terus dilabuh ke atas kerusi dengan penuh rasa bongkak. Kaki disilang cara diva.

Luther melabuhkan punggung berhadapan dengannya.

"Wie lange dauert die Fahrt von hier nach Malaysia?" soalnya seraya menghirup red wine kecil.
(Berapa lama masa perjalanan ke Malaysia?)

"14 Stunden vermissen." jelas Luther.
(14 hours Miss.)

Dia terus mengguling anak matanya ke atas seraya bersandar bosan.

"lange nicht gesehen!" ujarnya.
(Lama betul!)

Luther hanya memerhati.

"Gib mir das iPad." ujarnya lagi.
(Bagi aku iPad tu.)

Luther bertindak menghulurkan iPad itu kepadanya. iPad disambut olehnya. Rakaman cctv di dalam bilik Radzif dipandang.

Radzif yang baru sahaja selesai membersihkan diri itu dipandang menerusi kamera yang diletakkan di dalam jam digital.

-----------------------------------------------------------------

Radzif melangkah masuk ke dalam wardrobe room lalu seluar greypants disarung. Tuala disangkut dileher. Sudah menjadi tabiat Radzif tidak menyarung baju seusai membersihkan diri.

Langkah diatur ke arah katil seraya tangannya sibuk mengeringkan rambut yang lembab menggunakan tuala yang disangkut di tengkuknya.

Telefon pintar di atas katil dicapai lalu Radzif memanjat ke atas katil. Social media di scroll oleh Radzif.

-----------------------------------------------------------------

Setiap perbuatan Radzif diperhatikan olehnya menerusi jam digital tersebut. Wine merah dihirup perlahan lalu bibir mengukir senyuman sinis.

Bodyguard's Girl : Reunited Where stories live. Discover now