Radzif membuka matanya perlahan. Sinaran cahaya matahari menucuk matanya itu membuatkan dia berdecit perlahan. Kepala yang terasa berat itu diurut nipis.
Mata Radzif melilau memandang sekeliling ruang. Selimut yang menutupi separuh tubuhnya disentuh lalu diangkat. Keluhan lega dilepaskan apabila dia masih elok mengenakan pakaian. (Apa kau fikir ni Zay -_-')
Radzif bangun dari duduknya lalu dia bersandar lemah di kepala katil. Rasa sakit kepala yang masih tidak berkurang itu membuatkan dia malas mahu turun dari birai katil. Berkerut dahinya saat menelan air liur sendiri yang terasa kelat.
Jam tangan yang masih di tangan kanannya itu dikerling sekilas menunjukkan pukul 9 pagi. Sepatutnya pada waktu begini dia sudah masuk ke dalam pejabat. Apa dia harus mengambil cuti sahaja harini?
Kepala digeleng laju bagi menyedarkan diri dari terus lemah dan tidak bermaya. Dalam keadaan lemah, Radzif gagahkan jua untuk turun dari birai katil. Sudah lama dia tidak rasa lemah begini.
Sejak dia mengalami koma pada 2 bulan lepas, dia sedar akan prestasi kesihatannya yang sedikit merosot. Syed berpesan padanya agar menjalani pemeriksaan kesihatan 3 minggu sekali untuk memastikan dirinya pulih sepenuhnya. Boleh dikatakan keadaan Radzif ini masih dalam pemantauan doktor.
Dia duduk sejenak di tepi birai katil, cuba mengumpul tenaga untuk melangkah ke kamar mandi bagi menyegarkan diri. Dia tidak boleh terus dalam keadaan begini. Jika dimanjakan, makin menjadi-jadi lah nanti.
Baru sahaja dia ingin bangun dari duduknya, pintu bilik diketuk dari luar. Radzif hanya memandang layu daun pintu itu, tiada semangat mahu melangkah untuk membuka pintu.
Zameera menanti sahutan Radzif dari dalam namun hanya senyap tidak berjawab.
'Tak bangun lagi ke?' getus Zameera. Diketuk lagi pintu bilik itu.
"Zay,"
Dapat Radzif dengar suara lunak dari luar pintu. Radzif bertindak menghempaskan tubuhnya kembali lalu selimut ditarik menutupi hampir seluruh tubuhnya. Matanya dipejam rapat apabila dia dengar pintu dikuak perlahan dari luar.
Zameera memandang ke arah Radzif yang masih lagi diselubung selimut. Zameera mengorak langkah mendekati Radzif. Dahi Radzif yang sedikit berkerut diikuti dengan mata yang masih terpejam itu dipandang tiada riak.
Melihat Radzif yang masih lena itu, Zameera melabuhkan punggung disisi Radzif. Wajah Radzif ditilik sejenak lalu pakaian yang dia bawa bersamanya itu diletakkan di meja sisi.
Zameera bangun dari duduknya menuju ke pintu luar. Dia tidak mahu menganggu Radzif yang masih dalam lenanya itu. Ditutup perlahan pintu lalu dia mencari sosok tubuh anak buah suruhannya.
Ada perkara penting yang dia harus bincangkan bersama anak buahnya itu.
Radzif membuka matanya perlahan apabila dia mendengar pintu bilik itu ditutup Zameera. Lantas dia bangun dari baringnya lalu meja di sisi itu dipandang.
Terukir senyuman di bibirnya apabila melihat sepasang pakaian yang elok terlipat di atas meja itu.
"Caring juga kau ni ya?" gumam Radzif sendiri lalu bantal disebelahnya itu ditarik dan disembam wajahnya pada bantal itu. Senyuman kecil itu terus berubah menjadi senyuman lebar. Serta merta rasa sakit kepalanya hilang. Mungkin dibawa bersama Zameera agaknya.
Dengan riang dia melompat turun dari birai katil berlari anak menuju ke bilik mandi. Pintu bilik mandi ditolak bahagia lalu ditutup perlahan. Namun seketika kemudian dia melangkah keluar kembali dari bilik mandi menuju ke birai katil.
"Lupa pula nak ambil baju kekasih buah hati kita sediakan." ujarnya seraya bibir yang tidak lekang menguntum senyuman lebar. Kakinya melangkah kembali ke bilik mandi bagi membersihkan diri.
YOU ARE READING
Bodyguard's Girl : Reunited
Action(Beautiful cover by @rinfrhnaaaa) Di sini, adalah kisah disebalik watak-watak yang ada. 'HUTANG DARAH, DIBAYAR DARAH.' Second version of Bodyguard's Girl. Start : 15/7/2021 End : ⚠️PLEASE, READ THE FIRST STORY THEN YOU WILL UND...