9

854 86 10
                                    

*sila mainkan lagu di atas agar anda dapat merasai detik ini dengan lebih mendalam*

Zameera dan Zameer melangkah masuk ke dalam bangunan milik mereka. Setibanya di tingkat 20, sosok tubuh Lucifer menyapa mata mereka sebaik sahaja pintu lif automatik terbuka.

"Morning Miss, Zam." sapa Lucifer. Zameera hanya menghiraukan sapaan Lucifer manakala Zameer berjabat tangan cara 'member' dengan Lucifer.

Mereka terus melangkah masuk ke dalam pejabat masing-masing.

Zameera seperti biasa, sibuk dengan kerjanya seperti tiada hari esok. Hanya kertas-kertas kerja dan fail-fail sahaja di atas meja. Matanya langsung tidak beralih dari mana-mana tempat.

Hanya di kertas kerja dan skrin komputer. Tangan lincah menekan papan kekunci.

Seketika kemudian, pintu biliknya diketuk oleh seseorang dari luar. Zameera membalas sahutan orang yang sedang mengetuk pintu dari luar itu, memberi kebenaran untuk masuk ke dalam tanpa menoleh.

"Good morning!" sapa Radzif ceria. Zameera terus menoleh ke arah Radzif yang sedang berjalan mendekatinya.

Dia terus memejamkan mata sesaat. Cuba menerima kenyataan bahawa Radzif sudahpun berdiri teguh di hadapannya.

"Apa, kau nak?" soal Zameera dingin. Sedaya upaya dia menahan sabar dan geram. Jika tidak, mungkin kerusi yang diduduki oleh Radzif itu sudah terbalik.

Bak kata kawan author, *flip chair*.

Radzif hanya memandang wajah Zameera kosong.

"Nothing, saja lepak sini." jelas Radzif selamba. Zameera terus menghiraukan Radzif lalu dia menyambung kerjanya kembali. Lantak kau lah nak buat apa pun aku tak kisah. Asal jangan ganggu aku sudah!

Radzif hanya memerhatikan Zameera yang tekun melakukan kerjanya. Dia mula menguap perlahan. Mengantuk pula. Matanya mula melilau ke sekeliling ruang.

Dapat dia lihat, ada sebuah Bluetooth speaker di atas meja. Radzif bertindak mendekati meja tersebut. Bluetooth speaker itu dihidupkan. Zameera menjeling Radzif yang sedang sibuk dengan speaker tersebut.

Dia terus menyambung bluetooth itu ke telefon pintarnya lalu aplikasi YouTube dibuka. Lagu Kugiran Masdo berjudul Teruna Dan Dara dipasang melalui speaker itu.

Kakinya mula digerakkan mengikuti tempo lagu tersebut. Zameera terus memejamkan matanya.

'Ya Tuhan, dugaan apa lagi ni?' getusnya di dalam hati. Sedaya upaya dia cuba menghiraukan Radzif yang mula menari mengikuti rentak lagu.

Elok sahaja dia menari gaya Pak Maun pada tahun 90-an.

"Bermula, satu cerita dulu kala, cerita tentang si Teruna, dan si Dara...," Radzif mula menyanyikan lirik lagu tersebut.

"Hidup mereka saling tak tumpah macam, si Romie, dan si Juli...," Radzif mula berjalan mendekati Zameera. Pen ditangan Zameera dirampas lalu dia menggunakan pen itu sebagai microphone.

"Oh bahgianya hidup mereka..., macam P.Ramlee dan Saloma...," wajah Zameera yang sedang memandang tajam ke arahnya dipandang seraya menyanyikan lirik lagu itu bersungguh-sungguh.

"Oh manisnya kucupan kali pertama, membuatkan si Dara, terpesona...," fail dihadapan Zameera itu terus ditutup oleh Radzif.

"Bertemasya hidup mereka riang ria, bagai dunia..., mereka yang punya la la la la la la...," Radzif mula menari gaya Pak Maun kembali. Zameera memicit dahi pelipisnya perlahan.

Bodyguard's Girl : Reunited Where stories live. Discover now