11

806 84 17
                                    

Saidatul memarkirkan kenderaannya di hadapan sebuah villa. Pintu gerbang besar dipandang dengan mata yang terkebil-kebil.

Dia terus mendail nombor telefon seseorang.

"Hello, aku dah sampai ni. Ada dekat depan pagar." jelas Saidatul. Seketika kemudian, pintu gerbang itu terbuka.

Saidatul terus menamatkan panggilan lalu dia masuk kembali ke dalam kereta. Kereta dipandu melepasi gerbang besar itu.

Matanya melilau memandang sekeliling. Sebuah villa dihadapannya dipandang dengan mata yang kagum. Reka bentuk villa ini saling tak tumpah seperti istana.

Saat dia berhenti tepat di hadapan pintu, dia terus mematikan enjin kereta lalu keluar dari perut kereta. Beg tangan di seat penumpang dicapai sebelum pintu kereta ditutup perlahan. Terdapat pelbagai kereta mewah yang terparkir cantik di tepi villa itu.

Dia mengatur langkah mendekati pintu utama. Baru sahaja tangannya ingin mengetuk daun pintu, daun pintu itu terlebih dahulu dibuka dari dalam oleh seseorang.

Seorang lelaki yang lengkap mengenakan tuxedo hitam menghiasi retina mata Saidatul.

"Come in," ujar lelaki itu dingin. Saidatul menelan air liurnya kelat lalu melangkah masuk ke dalam.

Dia menunggu lelaki itu menutup daun pintu kembali lalu dia mengekori langkah lelaki itu. Tubuh lelaki itu dipandang sekilas lalu matanya melilau memandang sekeliling.

Reka bentuk dari luar sahaja sudah menarik perhatiannya, apatah lagi reka bentuk dari dalam yang lebih cantik dan elegan. Alangkah bagusnya jika dia menetap di sini.

Mereka menaiki anak tangga lalu bilik dihadapan tangga itu didekati.

Lelaki itu terus menolak daun pintu. Kelihatan lebih kurang 10 orang lelaki berbadan tegap yang sedang sibuk dengan senjata api mereka menyapa retina mata Saidatul.

Perhatian lelaki-lelaki itu teralih ke arah Saidatul. Ada yang memberi pandangan tajam, ada juga yang memberi pandangan nakal. Saidatul terus tertunduk menikus memandang lantai. Kaki tetap melangkah mengikuti lelaki dihadapannya.

Mereka melangkah ke satu ruang di dalam bilik yang sama.

Kelihatan wanita yang dia temui semalam sedang menikmati minuman haram. Ditangannya pula ada sebatang rokok yang sedang menyala.

"Fraulèin," sapa lelaki dihadapan Saidatul ini.
(Miss,)

Wanita itu terus menoleh memandang Saidatul. Kepulan asap ditiup keluar dari bibirnya.

"Ah! Sampai juga kau! Mari, duduk sini," arah wanita itu. Dalam ketakutan, Saidatul mengorak langkah mendekati kerusi dihadapan wanita ini lalu punggung dilabuh.

"Kau dah dapat apa yang aku nak?" soal wanita itu. Rokok yang sedang menyala itu disedut kecil lalu dilenyekkan di dalam satu bekas kaca.

"A-ada...," Saidatul terus membuka beg tangannya mengeluarkan sebuah fail coklat. Fail itu dihulur ke arah wanita dihadapannya ini.

Wanita itu menghembus asap dari bibirnya lalu fail coklat itu dicapai. Dia mula membuka fail coklat itu.

Beberapa kertas di dalam fail itu dikeluarkan lalu dibaca. Perlahan-lahan bibirnya tersenyum lebar.

"Goodjob!" ujarnya teruja. Saidatul juga turut tersenyum kecil.

"J-jadi, aku boleh balik kan? Aku nak lebihan bayaran aku." jelas Saidatul. Wanita itu terus memandang Saidatul tajam.

Fail coklat itu dihulurkan ke arah lelaki yang teguh berdiri di sebelahnya.

"Kau fikir, 5 juta tu aku bagi hanya sekadar untuk kerja mudah ni?" soal wanita itu dingin. Saidatul berkerut kening.

Bodyguard's Girl : Reunited Where stories live. Discover now