Lucifer bangkit dari duduknya apabila melihat Radzif dan Zameera berjalan ke arah mereka. Nicole, Adrian dan Zayn turut bangun dari duduk mereka.
Zameera hanya memandang ke arah mereka sekilas lalu kaki diatur menuju ke ruang dimana mangsanya berada. Dapat dia dengar jeritan bingit Lina dari luar bilik tersebut. Tanpa menunggu masa, Zameera menolak daun pintu kasar lalu dihempas kuat.
Terhinjut bahu Lina dengan hempasan kuat tersebut. Air liurnya ditelan payah, menilik nasibnya ligat.
Lina hanya memerhati pantulan cermin besar dihadapannya, mencari sosok tubuh yang baru sahaja melangkah masuk ke dalam ruangan tersebut. Namun gelap sahaja. Silauan cahaya terang dibelakangnya menghalang dari mata Lina untuk melihat dengan jelas.
Nafas Lina menjadi laju. Lina cuba mengatur nafasnya kembali namun tersentak dia apabila ada seseorang menarik rambutnya dengan kasar. Kepala Lina terdongak kasar. Dapat dia lihat anak mata milik Zameera yang tajam sedang memandang ke arahnya dari pantulan cermin besar itu.
"Lama tunggu?" soal Zameera sinis. Lina mengetap giginya. Tanpa sedar, air matanya jatuh dek kerana rasa pedih akibat rambut yang ditarik kasar oleh Zameera.
"Kau dah bermain dengan orang yang tak sepatutnya Lina." sambung Zameera lagi lalu rambut Lina dilepas kasar. Dada Lina berombak laju apabila diperlakukan kejam.
"A-aku..., aku minta maaf, aku tak akan buat lagi...," ujar Lina dalam menahan sedu. Mahu saja dirinya meraung saat ini. Lina menjeling cermin besar dihadapannya, cuba mencari sosok Zameera.
Bushh!!
Terjerit Lina apabila cermin besar dihadapannya itu berkecai secara tiba-tiba. Cebisan cermin yang terkena pada wajah dan tubuh Lina itu mula mengalirkan darah. Lina menangis persis anak kecil. Dipandang tubuhnya dengan mata yang terbeliak.
"T-Tolong!!" teriak Lina kuat, cuba meminta bantuan. Sesekali Lina mengerang kesakitan apabila rasa pedih mula mencengkam kulitnya. Bawah mata yang mula kehitaman oleh kerana mascara miliknya cair akibat air mata yang jatuh melirih.
Radzif yang memerhati pintu bilik dari luar hanya menarik nafas dengan payah. Halkumnya naik turun apabila dia terdengar bunyi pecahan kaca kuat dari dalam bilik tersebut.
"Kalau kau nak balik, baliklah." ujar Lucifer kepada Radzif yang kelihatan tidak selesa. Dia faham akan perasaan Radzif yang pertama kali melalui situasi seperti ini.
Radzif hanya tersenyum nipis lalu matanya jatuh memandang lantai. Cuba menenangkan dirinya sendiri. Dia tidak mahu menampakkan dirinya lemah. Radzif bangun dari duduknya lalu langkah diatur ke luar balkoni. Sesak pula nafasnya jika dia terus duduk di dalam. Cahaya bulan terang itu ditenung, cuba mencari ketenangan dari sinar cahaya bulan yang indah.
Matanya terpejam rapat apabila jeritan Lina didengari dari dalam meminta bantuan. Digenggam tangannya kuat, cuba menghiraukan suara itu.
"Let it go Zay, Let it be. Kau tak ada kena mengena. Biarkan Meera settle hal dia, kau jangan masuk campur." gumam Radzif sendiri. Diatur nafasnya, menenangkan diri. Sungguh seram dia rasakan saat ini. Entah bagaimanalah keadaan Lina, dia yang berada di luar ini pun turut merasa tidak senang duduk.
Radzif menggeleng kecil.
Dah kenapa pula dia perlu memikirkan Lina?
Lina yang sedang menangis itu dipandang Zameera dari tepi tanpa riak. Dibiarkan wanita muda itu menangis sepuas hati. Shotgun pada tangan kanannya itu diletak di tepi lalu dia berpeluk tubuh.
"I'm sorry..., A-aku tak akan tuntut duit pada kau dah." ujar Lina dalam teresak-esak.
"It's not about money, aku tak kisah langsung tentang duit," jelas Zameera tanpa nada. Lina membisu, digigit bawah bibirnya kecil menahan esakan.
"Mike dah mati." sambung Zameera lagi membuatkan Lina bungkam. Terkebil-kebil matanya mendengar ujaran Zameera. Lina cuba mencari sosok tubuh Zameera.
Perlahan-lahan Zameera berjalan merapati Lina. Wajah Lina yang penuh dengan darah itu dipandang dingin.
Lina memandang Zameera tidak percaya.
"Kau masih nak jumpa dia? Aku boleh bawa kau jumpa dia." ujar Zameera selamba. Pandai pula dia bergurau ya.
Lina meneguk air liurnya kelat. Wajah Zameera yang tiada riak itu membuatkan Lina kecut perut. Lina menggeleng laju.
Zameera hanya tersenyum sinis. Botol kaca yang terisi air di atas meja bersebelahan Lina itu dicapai lalu dituang di atas kepala Lina. Terjerit kecil Lina apabila rasa pedih menyengat tubuhnya.
Botol kaca itu dicampak ke atas lantai lalu pecah berkecai.
"Apa masalah kau ni!" jerkah Lina berani. Zameera terus menampar wajah Lina kuat lalu pipi Lina dicengkam kasar.
"Kau masalah aku! Kau fikir aku akan lepaskan kau senang-senang je ke?" soal Zameera geram. Lina hanya mendengus kasar, cuba melawan cengkaman pipinya.
Zameera melepaskan cengkaman itu kasar lalu ditolak bahu Lina menggunakan kaki sehingga Lina jatuh ke belakang.
Lina mengerang kuat. Tangan yang tertindih oleh tubuhnya sendiri itu membuatkan dia menjerit kesakitan. Lina mengiring ke kanan namun sekali lagi dia menjerit kesakitan apabila kaca tebal tertusuk ke dalam lengannya. Darahnya mula mengalir hebat di atas lantai.
Lina hanya diam tidak melawan, melepaskan tangisan. Tusukan tajam itu hanya ditindih lemah kerana dia tidak mampu untuk melakukan apa-apa, dibiarkan saja tusukan itu memakan kulitnya.
Zameera hanya memandang Lina dalam kesakitan itu dingin. Perasaan geram apabila dijerkah Lina tadi mula beransur hilang.
Inilah balasan jika cuba mencari nahas dengannya.
Zameera melangkah menuju ke pintu keluar. Dibiarkan Lina yang sedang tersiksa di atas lantai.
Daun pintu ditarik lalu dia melangkah keluar meninggalkan Lina. Kakinya terus mengorak langkah ke bilik.
Radzif yang baru sahaja melangkah masuk dari luar balkoni itu memandang ke arah Zameera yang lalu dihadapan tanpa menghiraukan dirinya. Radzif hanya menghantar Zameera yang mula masuk ke dalam perut lif itu dengan mata.
Lucifer, Nicole, Adrian dan Zayn mula melangkah menuju ke bilik dimana Lina berada. Radzif juga turut mengikuti langkah mereka.
Mata mereka disapa dengan Lina yang terkulai lemah di atas lantai. Lucifer dan Nicole mendekati Lina lalu ikatan kaki dan tangan dilepaskan oleh mereka.
Terbuntang mata Radzif apabila melihat tubuh Lina penuh dengan darah.
"Damn...!" ujar Zayn lalu ditekup mulutnya sendiri tanda terkejut.
"Inilah kekejaman seorang ketua mafia. Kalau perempuan ni tak cari pasal, tak adanya dia kena macam ni." becok mulut Zayn menjelaskan kepada Radzif.
Adrian bertindak memukul tengkuk Zayn membuatkan Zayn mengadu sakit lalu dia melangkah masuk ke dalam untuk membersihkan ruang bilik tersebut.
Tubuh Lina dipapah oleh Nicole dan Lucifer lalu dibawa ke bilik rawatan bagi merawat luka-luka pada tubuh wanita ini. Sempat Lina mengerling ke arah Radzif dengan wajah yang lemah.
Radzif hanya membalas pandangan Lina sepi, memberi laluan buat mereka keluar dari bilik.
Radzif meraup wajahnya seraya menarik nafas panjang. Keadaan sekeliling ruang yang kucar-kacir itu diperhati.
Memang tak tidur malamlah dia malam ni.
YOU ARE READING
Bodyguard's Girl : Reunited
Action(Beautiful cover by @rinfrhnaaaa) Di sini, adalah kisah disebalik watak-watak yang ada. 'HUTANG DARAH, DIBAYAR DARAH.' Second version of Bodyguard's Girl. Start : 15/7/2021 End : ⚠️PLEASE, READ THE FIRST STORY THEN YOU WILL UND...