14

648 85 0
                                    

Radzif berdiri di hadapan cermin. Jacket leather yang disarung ke tubuhnya itu dikemaskan sedikit. Sengaja dia untuk mengenakan jacket leather pada malam ini.

Kerana dia tahu, itulah pakaian yang selalu dipakai oleh Zameera kemana sahaja Zameera pergi. Nak matching kononnya.

Dia menyembur sedikit minyak wangi ke leher dan bajunya lalu rambut disisip kemas. Dibiarkan rambutnya itu sedikit berserabut, ala-ala bad boy.

Setelah dia memastikan semuanya sempurna, dia terus melangkah keluar dari bilik. Kunci kereta audi a7 dicapai ditempat penggantung kunci lalu dia terus melangkah ke pintu keluar.

Sebaik sahaja menerobos masuk ke dalam perut kereta, tanpa menunggu masa dia terus menghidupkan enjin kereta. Dibiarkan enjin kereta itu dipanaskan seketika.

Location yang diberikan oleh Zameera petang tadi dibuka. Dengan secara automatik, aplikasi waze mula menunjukkan arah ke cafe tersebut. Radzif terus menurunkan brek tangan lalu gear kereta diubah ke gear D. Pedal kereta terus ditekan, meluru keluar meninggalkan perkarangan rumahnya.

-----------------------------------------------------------------

Tangan Zameera tidak henti dari terus mengacau jus oren menggunakan straw. Matanya dari tadi melilau memandang sekeliling ruang restoran, mencari kelibat Radzif. Jam tangan dipandang.

Sudah 5 minit berlalu, kelibat Radzif masih tidak kelihatan. Zameera mengeluh kecil. Telefon pintar ditarik keluar dari dalam poket jacket leather nya lalu ditekan butang on. Jus oren disedut kecil kemudian Zameera menyandarkan tubuhnya ke kerusi. Aplikasi social media dibuka.

Seketika kemudian, dapat dia dengar kerusi dihadapannya ditarik oleh seseorang. Zameera terus menjeling memandang hadapan.

Kelihatan Radzif sudah melabuhkan punggungnya dengan senyuman manis. Acah comel lah tu?

"Hi!" sapa Radzif teruja. Zameera hanya memandang tiada riak mahupun sedikit senyuman diwajahnya. Dingin sungguh!

Zameera menegakkan badannya lalu fail coklat di atas meja itu ditolak perlahan ke arah Radzif. Radzif terus menoleh memandang ke arah fail tersebut.

"Apa ni?" soal Radzif tidak mengerti. Namun Zameera hanya diam tidak membalas, matanya menurun ke arah jus oren itu lalu air itu disedut menerusi penyedut minuman.

Radzif mencebik kecil lalu fail itu diambil dan dibuka. Kertas di dalam fail itu dikeluarkan lalu dia membaca bait-bait tulisan itu satu persatu.

Perlahan-lahan matanya terbuka luas. Terkedu. Wajah Zameera yang sedang bersandar sambil berpeluk tubuh itu dipandang tidak percaya.

"Apa ni?" soal Radzif nada serius. Kertas itu dibaca sekali lagi. Jelas, tertera nama syarikat miliknya di dalam maklumat tersebut.

"Kau tanya aku? Sepatutnya aku yang tanya kau, apa semua ni?" soal Zameera dingin. Sedaya upaya dia menahan amarah yang kian meletus bila-bila masa sahaja. Geram bukan main kepalang lagi dia dibuatnya apabila Radzif seakan-akan 'tidak tahu' tentang perkara ini.

"Tak, tak mungkin. Takkanlah aku nak songlap duit kau pula? Kau fikir aku sanggup buat macam tu ke?" jelas Radzif jujur. Namun Zameera hanya tersenyum sinis seraya menggeleng.

"Kau tak percayakan aku ke Meera? Tolonglah Meera, aku takkan buat benda gila ni. Percayalah cakap aku!" pinta Radzif. Zameera mencerlung mata memandang Radzif tajam. Cuba mencari sinar kejujuran di wajah Radzif.

"Entahlah, aku tak tahu nak percaya kan kau ataupun tidak. Malaslah Zay, aku nak balik. Penat." ujar Zameera lalu dia terus bangkit dari duduknya berjalan keluar meninggalkan Radzif. Radzif bertindak mengejar Zameera. Pergelangan tangan Zameera ditangkap. Serta-merta tubuh Zameera berpaling ke arah Radzif.

"Weh, aku takkan berani buat macam tu weh sumpah! Untuk apa aku ambil duit kau? Aku dah kayalah aku ada banyak duit! Aku tak perlukan duit kau!" jelas Radzif lagi. Zameera mengeluh perlahan.

"Mungkin kau kaya disebabkan hasil duit yang kau curi." perlahan Zameera bersuara. Radzif bungkam. Perlahan-lahan tangannya jatuh dari terus mencengkam pergelangan tangan Zameera.

Matanya tidak berkelip memandang wajah Zameera. Bibirnya mula bergetar kecil.

Hatinya bagai dihiris belati tajam perlahan-lahan apabila mendengar ujaran Zameera. Tidak sangka, Zameera mula hilang kepercayaan terhadap dirinya.

Timbul rasa bersalah di dalam hati Zameera apabila dia terlepas kata. Zameera terus berpaling ke arah berlainan lalu menyambung langkahnya kembali.

Radzif masih kaku berdiri. Perlahan-lahan dia tertunduk menikus memandang lantai.

Seketika kemudian, telefon pintarnya bergetar kecil. Radzif terus menarik telefon pintarnya keluar dari poket seluar. Skrin telefon dipandang. Perlahan-lahan dia berkerut kening. Dia terus menoleh memandang Zameera yang juga sedang berdiri kaku tidak jauh dari dia. Dia terus meluru mendekati Zameera.

Kelihatan Zameera juga turut memandang ke arah skrin telefon.

"Meera," panggil Radzif. Zameera terus menoleh memandang Radzif di sebelahnya.

"Kau dapat juga ke?" soal Zameera. Tanpa banyak bicara, Radzif terus menghalakan skrin telefon ke arah Zameera. Ya, Radzif juga mendapat pesanan yang sama.

Mereka berpandangan sesama sendiri.

Bodyguard's Girl : Reunited Where stories live. Discover now