×1×

169 18 0
                                    

"Diorang pandang rendah pada kita."

"Apa masalah lah diorang ni... "

"Daripada tahun lepas kan?"

Aku yang mendengar hanya menoleh, sekejap menoleh memandang Safar, sekejap pandang Asri, sekejap pandang Afifah, dan akhir sekali mata aku terarah pada sekelompok pelajar, kelas 5 Sains 2, yang daripada tadi tunjuk muka tidak puas hati pada kami sekelas.

Rakan sekelas aku merungut, sebab perubahan jadual kelas yang baharu, dan waktu Pendidikan Jasmani dan Kesihatan kami digabungkan dengan kelas 5 Sains 2. Sekolah kami special sikit, kelas Sains tulen dan Prinsip Akaun ada 2 kelas setiap tingkatan. Aku berada di kelas 5 Sains 1.

Yang menjadi masalahnya, kelas 'sebelah' ni selalu tak puas hati dengan kami, daripada tingkatan 4 lagi. Entahlah. Budak kelas kata, sebab mereka terlalu bersaing soal akademik. Tak tahu lah kenapa, aku dan Ilham pun baru pindah sini tahun lepas, lebih baik diam.

"Baik lah kelas! Kita akan main bola beracun. Kelas awak akan bersaing! Haa setiap kelas ada 20 orang ni, cun dah ni!" kata Cikgu Hanani, cikgu yang bertanggungjawab untuk mata pelajaran PJPK untuk kedua-dua kelas ni.

Bola beracun... ouh. Tak silap aku, akan dibahagikan dua kumpulan. Satu penyerang, dan satu lagi mangsa. Penyerang akan berdiri membuat bulatan besar dan mangsa akan berada di dalam bulatan tu. Lepas tu, penyerang akan baling bola ke dalam, mangsa perlu mengelak, siapa yang terkena bola akan dikira 'mati' dan keluar bulatan.

Game ni... boleh jadi 'gila'. Makin lama kau dalam bulatan, kau akan makin stress. Kalau penyerang dalam tangkap bola dengan baik, kecepatan serangan akan bertambah, kau sebagai mangsa kena peka dengan bola dan elak selagi boleh.

Bagus betul cikgu buat game ni, nak buat kami lepaskan rasa tak puas hati ke apa?

"Setiap kelas yang menyerang akan diberi masa 20 minit untuk menyerang. Habis sahaja 20 minit, cikgu beri awak rehat selama 5 minit dan kelas seterusnya pula akan menyerang selama 20 minit. Pemenang akan ditentukan dengan seberapa banyak mangsa yang survive. Faham?" terang Cikgu Hanani lagi.

Aku angguk. Game je pun. Aku... tak berminat. Kalau pun menang, aku bukannya boleh rasa gembira macam yang lain.

"Cikgu! Macam mana kalau tak ada mangsa yang hidup untuk kedua-dua kelas?" tanya salah seorang daripada kelas sebelah sana.

"Eh yakinnya."

"Cikgu ni!"

Mereka ni rapat betul dengan Cikgu Hanani. Aku je tak. Entah lah.

"Kalau macam tu, kita akan tengok masa lah. Kelas mana yang mampu habiskan mangsa dalam masa tercepat, dia menang. Okay?"

"Okay!"

"Setuju!"

"Ayuh! Ayuh!"

Dan diorang nampak bersemangat... betul. Aku dan Ilham sempat berpandangan, dan dia tiba-tiba tersenyum licik sambil menjelir lidah. Ha? Dia dah kenapa? Dia pun suka juga ke kelas dia bersaing dengan kelas aku? Dia tak tahu le dengan game ni hubungan kelas boleh bertambah parah?

Haih. Entah lah.

"Basyirah! Sini sini! Kita serang dulu!"

Ha? Aku... malas nak main, game ni memenatkan. Tapi kaki aku tetap juga pergi ke arah mereka dan berdiri sebelah rakan aku. Tak, masalahnya sekarang... kenapa kena campur lelaki perempuan?

"Ready? Start!"

Budak kelas aku terus serang, tanpa belas. Ha, tanpa belas kasihan. Bersungguh diorang baling bola. Baling macam nak membalas dendam je. Ouh tak, diorang memang dah lama tak puas hati.

Hidup Dalam Mati [Completed]Where stories live. Discover now