×21×

76 12 3
                                    

"Kaki kau tak okay lagi kan?" tanya dia sambil melirik sekilas melihat kaki aku.

Aku geleng,

"Tak."

"Memang lah, dah kau ke sana sini, mana nak baiknya? Apa lah dia ni."

Aku diam tak membalas, memang betul pun apa kata dia. Tak tahu lah nak balas apa dah...

"Kau tak sayang badan kau ek?"

Pertanyaan dia menarik perhatian aku.

Sayang badan?

"Macam mana aku nak sayang badan aku, kalau daripada dulu lagi aku dah benci diri aku? Hati aku kosong, aku ro---"

"AHHH BLAH BLAH BLAHH ADA ORANG MENGAKU ROBOT PADAHAL MANUSIA BLAH BLAH BLAH TAK SEDAR DIRI BLAH BLAH BLAH!"

Dia gila. Gila, tak betul, buang tabiat!

"Berapa banyak kali pun kau cakap aku manusia, aku tetap rasa aku ni ro---"

"AHH BLAH BLAH BLAHHHHHH, ADA MANUSIA TAK SEDAR DIRI BLAH BLAH BLAH!"

Aku jeling dia, menyampah! Selalu nak buat aku rasa annoyed! Lepas tu gelak sendiri!

"Bising lah... nanti orang dengar..." tegur aku separuh mengeluh.

"Siapa je nak dengar? Kita je tak betul naik atap ni, eh salah... bukan tak betul! Kita je terlebih bijak jumpa tempat seaman ni!"

Eleh. Aku yang jumpa dulu. Apa dia ingat suara kuat dia tak sampai ke tingkat bawah ke? Suara pun macam petir... hmph!

"Kenapa kau benci diri kau, Basyirah?" tanya dia selepas beberapa saat diam.

Aku yang mendengar sudah memgeluh lagi,

"Entah, aku benci life aku, aku benci diri aku, aku benci kewujudan aku, aku benci segala-galanya tentang aku."

Dia tak membalas lagi selepas tu. Dia diam sambil pandang langit.

Dia pandang awan lah kot, masih cuba nak bayangkan awan tu bentuk apa. Entah lah. Sekarang ni aku terfikir, agak-agaknya apa reaksi Ilham bila dapat tahu media sedang kecoh tentang kes ni?

Makin rasa bersalah pula bila netizen ada yang kecam dia. Lain lah aku, aku tak rasa apa-apa... kot. Aku... cuma benci bila diorang anggap polis cuma buat kerja bila ada anak orang kaya macam aku kena culik.

Polis pun lambat, kalau tak ada Ilham... dah lama dah aku mati. Agak-agaknya kalau aku mati, baru diorang tahu diam dan mula lah simpati, kesian lah, tak bernasib baik lah... tahu berpot pet pot pet je. Benci betul!

"Aku selalu sakit, tapi aku tak pernah benci diri aku."

Aku tersentak, wajah aku memandang sisi muka dia.
Wah, tenangnya dia.

"Aku cuma ada seorang je yang selalu ada saat susah senang aku, tapi aku tak pernah pun benci hidup aku."

Saat ni aku tersedar... aku tersilap cakap.

"Banyak je masalah dalam hidup aku. Tapi aku sembunyikan dengan senyuman. Nak kata tak mengeluh, tak lah juga, ada sekali sekala mengeluh, tapi aku tak pernah pun give-up dalam hidup aku. Tak pernah terlintas pun, apatah lagi nak bunuh diri."

Aku ada pernah terbaca, Saidina Ali bin Abi Talib RA pernah berpesan,

Jangan bercakap hal duit di hadapan orang miskin.
Jangan bercakap hal kesihatan di hadapan orang yang sedang sakit.
Jangan bercakap hal kuasa di hadapan orang yang yang lemah.
Jangan bercakap hal kegembiraan di hadapan orang yang sedang sedih.
Jangan bercakap hal kebebasan di hadapan orang yang sedang dipenjara.
Jangan bercakap hal ibu bapa mu di hadapan anak yatim.

Hidup Dalam Mati [Completed]Where stories live. Discover now