"Dr. Bahzi pun, terima kasih sebab selalu teman dia dan jadi seorang abang yang baik.
Dia rasa bertuah dan bersyukur sebab ada Dr. dan Ilham. Tapi saya tahu, dia tak nak cerita tentang masalah dia sebab dia rasa bersalah, dia fikir diri dia ialah beban."
Macam mana dia boleh cakap semua ni? Dia cakap perkara yang kami tak dapat sedar selama hampir 4 tahun ni... padahal dia jumpa Basyirah baru berapa bulan?
Akhir sekali dia pandang abang Bahri, dan dia senyum kelat,
"Saya tahu abang sedang dalam fasa berubah. Saya minta teruskan berubah, sebab saya yakin Basyirah mesti akan terima abang semula, sebab dia baik sangat.
Cuma pesanan saya...
Hati-hati dengan kata-kata, perbuatan dan reaksi wajah di hadapan dia."
"Hati dia tak mati, emosi dia tak hilang, walaupun dia masih tak rasa apa-apa, tapi apa yang dia lihat dan nampak akan beri kesan pada mentaliti dia. Kalau teruk, maka makin teruk lah kesihatan mental dia.
Dia diminta untuk jadi peguam, diminta untuk kekalkan gred yang sentiasa tip top, diminta terus hadap semua ni, disuruh buat itu, buat ini yang langsung bukan keinginan dia.
Saya tak suka. Minta maaf, saya tahu saya orang luar, tapi saya tak suka dia diperlakukan macam tu."
Wajah dia serius, dia menapak selangkah ke hadapan, memandang abang Bahri dan abang Bahzi.
" Saya nak dia hidup dengan keinginan dia, untuk diri dia. Sampai bila dia nak hidup untuk orang lain? Bila pula dia nak pentingkan diri dia?
Sampai satu tahap dia tak dapat pun privasi dan ketenangan. Tapi dia tetap diam.
Dia diam bukan sebab dia tak rasa semua tu, dia diam sebab dia dah penat. Dia penat berperang untuk orang lain, dan bukan untuk diri dia."
Dia diam seketika, tapi sambung berkata bila tak ada sesiapa yang menyampuk,
"Saya minta maaf, saya tahu apa yang saya katakan menyinggung hati semua, tapi saya pun tak dapat tahan diri saya daripada bercakap tentang ni.
Saya tak sanggup tengok dia terus macam tu. Saya cuma boleh bantu teman dia, keluarkan keinginan dia, beri dia nasihat, semangat dan motivasi dan tak lebih daripada itu sebab di antara saya dan dia ada batas yang perlu saya dan dia patuhi."
Dia mengeluh,
"Tapi... kalau saya dah tak ada nanti, siapa dia nak bergantung harap? Siapa nak sedarkan orang-orang sekeliling dia tentang ini?
Saya sampai pernah terfikir nak jumpa Dr. Bahzi secara personal. Saya tahu saya.... tak selamanya ada di sini.
Lepas saya keluar daripada sini, saya takkan boleh jumpa dia lagi."
Aku tersentak. Eh?
Dia nak tinggalkan Basyirah macam tu je?
"Kenapa tak boleh? Kau nak tinggalkan dia sedangkan dia dah anggap kau kawan baik dia?" cantas aku laju.
"Aku terpaksa, Ilham.
Saya terpaksa. Hidup saya terlalu suram untuk gadis sebaik dia. Saya tak mampu lindungi dia."
"Mengarut!
Kau tahu tak betapa terujanya Basyirah bila cerita tentang kau? Lepas apa yang kau cakap pada kitorang, kau nak tinggal dia?" marah aku, berang dengan dia!
Dia diam seketika. Haiman pandang bawah, mengeluh dan pandang aku semula, satu senyuman tawar dia ukir,
"Saya suka Basyirah."

YOU ARE READING
Hidup Dalam Mati [Completed]
De TodoKalau kau boleh senyum, kenapa perlu kau sorokkan? Kenapa kau berpura menahan diri untuk tersenyum ikhlas? Sedangkan aku di sini mahu tersenyum bebas seperti kau. Kalau kau boleh menangis dan mahu menangis, kenapa perlu kau tahan? Kenapa kau perlu p...