"Jadi kau nak minta tolong apa? Terburu-buru tadi?" tanya dia selepas aku siap makan.
Aku teguk air tiga kali dengan perlahan, takut tersedak. Baru aku serius.
"Ajar aku cara nak senyum, boleh?" pinta aku tanpa silu.
Dia diam.
Wajah dia berubah, lama dia pandang aku. Kenapa? Dia tak setuju ke?
"Pftt!"
Dia... nampak sangat tengah tahan gelak.
"Sorry, ehem! Erm... macam mana nak senyum eh..."
Selepas berdehem, wajah dia berubah serius. Dia membuat gaya berfikir,
"Kejap aku fikir kejap."
Tapi tak lama reaksi tu bertahan, lepas dua saat, tawa dia terkeluar. Aku tak tahu apa yang lawak.
"AHAHAHAH! Sorry... bagi aku gelak sekejap AHAHAH!"
Dia... tengah permainkan aku ke? Mengejek aku? Kenapa dia gelak?
"Lawak ke?" soal aku dengan dahi berkerut.
"Aku pun tak tahu kenapa aku gelak."
Oh, menyesal aku tanya, aku patut faham yang sel-sel otak dia sentiasa berterabur. Baik, baik, aku akan ingat tu.
"Sorry sorry... pertama kali orang minta ajar senyum." kata dia lagi, dan sudahkan ketawa dia.
"Cepatlah ajar aku." desak aku, mahu cepat. Hari ni abang balik awal, tahu-tahu je nanti dia call aku ajak balik.
Aiman melunjurkan kaki, selimut putih milik dia dibalut ketat di badan,
"Asal kau nak belajar senyum?" soal dia terlebih dahulu.
Eee aku makin nak cepat, dia makin banyak tanya pula. Ketuk kepala dia nanti!
"Sebab nak buat Ilham dan abang Bahzi gembira."
"Oh selama ni diorang sengsara ke kau tak senyum?"
Wajah aku menoya, agak-agak kalau aku ikat dia dekat atas ni untuk semalaman, doktor dia perasan tak? Loyar buruk betul. Aku masih terfikir macam mana doktor dan nurse melayan dia sepanjang dia dekat sini.
"Bukan lah macam tu... tapi kind of lah... Diorang tak cakap dan tunjuk pun diorang sengsara, tapi diorang mestilah rasa tak selesa bila aku tiba-tiba berubah. Lepas tu kan..."
Aku berhenti bercerita seketika, telefon aku keluarkan, aku buka galeri dan menekan gambar yang Ilham hantar. Gambar aku tersenyum kecil sambil memegang Insyirah. Telefon itu aku letakkan di atas kakinya, biar dia ambil sendiri.
Sebaik sahaja Aiman lihat gambar tu, dia tersenyum lebar, reaksi dia nampak gembira dan teruja. Dia pandang aku dengan mata bersinar,
"WEH COMELNYA!"
"Nama dia Insyirah, adik baharu dekat rumah Umi." kata aku sekadar memberi tahu.
"Oh... Insyirah nama dia. Tapi yang ni pun comel lah. Ni, ni, yang pegang Insyirah ni. Siapa nama dia?"
Aku menayang wajah toya, dia nak puji atau nak mengejek ni?
"EH BASYIRAH LAH!"
Lepas tu dia gelak. SUMPAH, satu hari nanti memang aku nak ketuk dia pakai kayu baseball abang Bahzi! Tunggu lah dia sihat nanti! Suka kenakan aku!
Tajam saja aku pandang dia yang masih tergelak.
"Ahaha sorry sorry... betul lah, aku puji ikhlas... comel. Tak senyum comel, dah senyum makin tambah comel. Lawa." puji dia lembut.
YOU ARE READING
Hidup Dalam Mati [Completed]
CasualeKalau kau boleh senyum, kenapa perlu kau sorokkan? Kenapa kau berpura menahan diri untuk tersenyum ikhlas? Sedangkan aku di sini mahu tersenyum bebas seperti kau. Kalau kau boleh menangis dan mahu menangis, kenapa perlu kau tahan? Kenapa kau perlu p...