×26×

73 11 0
                                    

Aku tak tahu berapa lama aku terlelap, tapi yang aku ingat, abang Bahri bukakan telekung aku dan dukung aku naik ke atas katil, aku sambung tidur.

Sedar-sedar dah azan subuh. Terlepas Isyak aku.

Lepas selesai solat, aku hanya duduk di atas katil, dan aku termenung. Kedua-dua tapak tangan aku pandang, masih terbayang darah dia. Tangan kanan aku dah mula terasa sakit, terseliuh ke apa, aku tak tahu. Aku tak nak ambil tahu.

Dia dah pergi.

Berulang kali aku ingatkan diri aku tentang perkara ni. Beribu kali aku cuba sedarkan diri aku yang aku takkan mampu dan takkan boleh jumpa dia lagi. Tak akan.

Tapi aku asyik menepis semua tu. Aku tak rasa apa-apa, aku selalu terbayang senyuman dia, tawa dia dan  setiap kali itu aku tepis ingatan nasihat pada diri aku.

Aku tak sedar sudah berapa lama aku termenung, aku terbangun bila ada yang mengetuk pintu dan masuk ke dalam bilik aku.

"Adik... "

Aku pandang abang Bahri tanpa apa-apa reaksi.

"Adik siap eh... Bahzi kata... datuk arwah Haiman nak jumpa adik."

Aku terdiam. Hati aku sedikit terasa bila terdengar perkataan 'arwah Haiman'. Kenapa aku tak dapat terima perkataan tu?

Aku ikut apa yang abang Bahri cakap. Makanan pagi yang dia sediakan aku tak menjamah, Babah pun aku tak tegur. Aku cuma ikut sahaja abang Bahri ke hospital.

Entah apa yang datuk Aiman nakkan daripada aku? Apa dia... nak salahkan aku sebab tak berjaya selamatkan Aiman? Cih... daripada awal lagi aku memang tak berguna.

Ilham yang tolong tarik dia ke atas, Ilham yang berburu mencari doktor, aku tak buat apa pun. Macam orang bodoh basahkan tangan dengan darah dan menjerit, tapi tak bantu apa pun.

Saat tiba di hospital, aku dibawa sehingga ke hadapan satu bilik persendirian. Ada seorang lelaki berumur, serta beberapa orang lagi di sekeliling dia. Wajah aku tanpa perasaan pandang dia,

"Kamu... Basyirah?"

Aku angguk perlahan. Wajah tua itu tersenyum nipis,

"Cucu atuk nak beri sesuatu pada Basyirah, barangnya ada dalam bilik tu, atuk dah letak atas katil, ambil lah."

Aku diam tanpa membalas. Sekadar yang aku ingat, Aiman pun ada kata dia dah sediakan sesuatu untuk aku semalam, tapi...

Layak ke aku ambil?

Tak mungkin layak.

"Ini amanah arwah, ambil lah."

Sekali lagi datuk Aiman berkata. Aku genggam erat tangan dan mengemam bibir, sempat aku pandang abang Bahri.

Dia cuma angguk dan sengih, mahu aku masuk ke dalam bilik tu. Aku melangkah kecil dan buka pintu bilik tu.

Bilik yang agak luas, putih sepenuhnya, ada sebuah katil bujang, TV dan sebuah sofa. Ini lah bilik Haiman yang dia rahsiakan sangat tu?

Baru aku nak buka langkah, datuk Haiman berkata lagi,

"Terima kasih, Basyirah."

Untuk apa?

"Sebab ada dengan cucu atuk selalu... sehingga ke hembusan nafas terakhir dia."

Aku diam dan menunduk,

"Dia... happy sangat selepas jumpa Basyirah. Terima kasih sebab jadi kawan dia."

Aku diam.

Hidup Dalam Mati [Completed]Where stories live. Discover now