×4×

103 15 0
                                    

"Sedekah?"

Aku mengangguk laju. Babah mula angkat wajah, meninggalkan kerja di hadapannya sebentar, wajah tuanya berkerut pelik,

"Nak buat apa?"

Aku terdiam buat seketika... Kenapa Babah tanya macam tu?

"Adik ingat nak sedekah dekat anak-anak yatim, atau gelandangan setiap bulan, dekat daerah sini... " terang aku lagi.

"Sebab tu lah Babah tanya, nak buat apa bagi diorang?"

Nak buat apa? Salah ke aku nak bagi?

"Adik nak buat amal jariyah, dulu kita miskin, sekarang kita dah ada duit, kita kongsi lah dengan diorang." kata aku perlahan.

Lepas dengar nasihat Haiman tadi, aku terus utarakan ke Babah. Aku nak buat, tak salah kalau aku nak kongsi. Aku patut belajar untuk berkongsi, daripada sekarang.

"Adik tahu tak? Dulu kan, tak ada orang pun nak kongsi bagai ni dengan kita. Tak ada dik, Babah, arwah Ibu, abang-abang kamu tu susah untuk adik tau! Sekarang senang saja adik nak bagi dengan diorang?"

Aku menundukkan wajah selepas dengar apa yang Babah cakapkan. Kalau bab susahnya diorang... aku langsung tak dapat membantah, aku tak ada hak untuk menentang. Realitinya memang macam tu, diorang susah untuk aku.

Tapi... tetap juga...

"Adik tak kisah kalau Babah tak nak tolong, adik akan guna duit belanja bulanan yang Babah bagi adik, adik cuma nak minta izin Babah."

Aku nak buat. Aku dah penat terperangkap dengan masa lepas. Dulu aku miskin, dulu aku seorang gadis ceria yang penuh emosi, tersenyum ketawa macam dunia ni setiap milisaat terasa aman. Tapi tu dulu, sekarang, semuanya dah 360° berubah.

Babah mengeluh dan nampak tak senang dengan aku. Tangan dia dah dialihkan daripada key board.

"Kalau Babah tak izinkan?"

"Bagi adik sebab kenapa Babah tak izinkan." tegas aku lagi.

Wajah Babah makin bertambah tegang,

"Ramai lagi lah dik yang nak bagi sumbangan dekat anak-anak yatim tu. Ramai orang kasihan dekat diorang, dah tak payah risau dah kalau diorang lapar ke apa. Tu gelandangan, pengemis tu, kerja lah! Tahu nak tadah tangan minta makan je! Tak payah nak bazir duit dekat diorang!" marah Babah, nadanya naik sedikit tinggi, menandakan Babah menentang aku habis-habisan.

Aku tak faham... salah ke aku nak buat baik? Pengemis tu, kalau minta kerja, ingat ada orang nak ambil ke? Seorang dua boleh lah terima mereka, tapi berapa je peratusan 'seorang dua' peniaga yang dapat terima mereka dalam masyarakat kita ni? Siapa je nak bagi diorang kerja?

Kotor. Busuk. Tak ada rumah. Nanti diorang curi, ambil kesempatan.

Itu yang akan diorang fikir lah!

"Kalau arwah ibu ada, mesti ibu akan sokong adik... abang Bahzi pun kalau tahu, mesti abang akan setuju."

"Kenapa adik tak pernah nak faham Babah? Babah kerja keras cari duit semuanya untuk adik, anak-anak Babah, adik pula senang-senang nak bagi pada diorang!" tengking Babah lagi.

Wajah Babah sudah bertukar marah, benar-benar tidak setuju dengan aku.

Ha... betul. Babah dah kerja keras, keras sangat sampai boleh berjaya macam ni. Hebat. Kehidupan kami benar benar berubah, apa yang kami nak semua dapat. Tapi, kalau macam ni lah sikap Babah,

"Kalau macam tu, biar adik kerja sendiri, hasil duit kerja adik nak sedekah. Adik dah tak guna duit Babah kan?"

"Adik!"

Hidup Dalam Mati [Completed]Where stories live. Discover now