Alhamdulillah.
Aku dan Ilham saling pandang, Ilham tersenyum lebar dan halakan pen dia pada aku, aku dengan senang hatinya lagakan pen aku dan pen dia dengan kuat, dan secara serentak,
"Kita dah bebas!"
Kami terjerit.
Ada sesuatu yang hadir dalam hati aku, aku rasa lega. Lega tak terkata bila peperiksaan SPM dah tamat. Lega sangat! Aku akan keluar daripada sekolah ni.
Setiap hari, dah tak ada hinaan, cemuhan, gossip dan buli yang aku perlu hadap. Aku bebas.
Bebas sepenuhnya. Tak lama lagi, aku akan meningkat ke umur 18 tahun.
Aku akan buat apa aku nak. Aku akan datang hospital setiap hari untuk berbual dengan Aiman. Aku nak dia cepat sihat, supaya kami boleh capai impian sama-sama.
Aku dah fikir.
Aku dah fikir apa yang aku impikan.
"Fuhhh Ya Allah leganya! Aduhai tak sangkanya kita dah habis sekolah.
Baru semalam rasanya kita jumpa kan, Syirah? Macam baru semalam nampak kau jatuh, dengan lutut berdarah tapi masih senyum ketawa! Ahahah!"
Aku mempamer wajah tak puas hati, amboi, mengungkit nampak!
"Eleh kau dulu masa darjah satu pun muka kerek je... Ingat lagi kau tanya aku something tapi berlagak macho."
"Of course lah! Itu zaman baru nak up! Ahahaha!" ceria Ilham ketawa.
Aku hanya menggeleng.
Tapi... ye lah. Perjalanan ni terasa pendek, walaupun pada hakikatnya memang panjang. Aku tak sangka akan membesar dengan Ilham.
Dulu masa dia sekolah rendah, badan dia tak besar mana pun, tinggi lebih kurang dengan aku je pun, budak yang berlagak macho tapi sebenarnya malu-malu kucing.
Sekarang tengok lah dia... tingginya macam tiang, dah jadi inspirasi buat ramai anak-anak muda dekat luar sana. Dah berani bersuara untuk pertahankan diri dan aku.
Hebat. Ilham memang hebat.
"Basyirah jom ambil gambar." ajak Ilham.
Hm?
"Nak ke?"
"Nak! Jom lah, kali ni je." pinta dia nampak teruja.
Aku diam tapi mengangguk. Biarlah, kali ni je... lagipun, aku dengan dia tak banyak gambar, sebab aku tak suka ambil gambar.
Ilham suruh, eh tak, Ilham paksa Hariz dan Faiz ambilkan gambar kami berdua.
Adalah dua tiga gaya yang kami buat, tapi jarak masih jaga, ya aku kekok ambil gambar.
Tapi gaya yang paling aku suka, adalah gambar kami lagakan pen, aku pun tak tahu kenapa, tapi nampak cool.
Haris dan Faiz pun ambil gambar dengan aku, tapi bertiga, sebab Ilham tak kasi berdua.
Entah dia tu.
Lepas tu aku ambil gambar dengan budak kelas, walaupun terpaksa.
Tak apalah, sekali ni je, lepas ni entah jumpa diorang ke tidak.
Aku... maafkan semua salah silap diorang, dan aku harap diorang pun sama.
Zaman sekolah akan tetap jadi memori paling berharga buat aku. Siapa tahu, mungkin satu hari nanti, memori ni yang akan aku rindukan?
Sebelum SPM hari tu, aku dah jumpa semua cikgu yang pernah ajar aku, aku minta maaf dan ucap terima kasih. Mungkin, itu lah kali terakhir kami berjumpa.
YOU ARE READING
Hidup Dalam Mati [Completed]
RandomKalau kau boleh senyum, kenapa perlu kau sorokkan? Kenapa kau berpura menahan diri untuk tersenyum ikhlas? Sedangkan aku di sini mahu tersenyum bebas seperti kau. Kalau kau boleh menangis dan mahu menangis, kenapa perlu kau tahan? Kenapa kau perlu p...