"Ilham! Teman kakak kejap!"
Aduh kakak aku ni... pagi-pagi buta dah minta teman. Pergi mana entah. Aku nak sambung tidur lah...
"Ilham! Cepatlah!"
"Orang nak tidur lah kak... "
"Mana elok tidur lepas Subuh... jomlah! Pergi pasar lepas tu beli sarapan. Temanlah lah akak kau ni... kau tak sayang kakak ke?"
Kenapa lah makhluk bernama perempuan cepat sangat beremosi dan bermain dengan drama ha? Hee tak faham lah aku.
"Ajaklah abang Ihdan." tolak aku lagi.
Abang Long ada nak juga ajak aku. Waktu cuti macam ni lah aku nak berehat! Dikacaunya aku juga!
"Kau ingat abang kau tu nak ke? Cepat lah Ilham...."
"Selalu kan akak pergi seorang?"
"Tak nak lah... akak takut!"
Takut apa pula dah... jangan lah tarik baju aku! Aje terlondeh juga kain pelikat ni! Kakak aku ni kenapa?!
"Kau ni tak tengok berita ke? Kan kecoh dah sekarang pasal pembunuh bersiri tu."
Aduh... yang mana eh? Malas lah nak fikir... Aku garu kepala, penatlah dapat kakak macam ni. Akhirnya aku terseret juga untuk ikut dia, itupun lepas dia desak-desak aku sampai Mama marah aku.
Aku juga yang kena marah...
Aku pun tak tahu salah aku dekat mana. Peninglah aku. Dah lah paksa aku drive, nasib baik baru dapat lesen.
"Wei kak, yang pasal pembunuh bersiri tu... betul ke?"
Macam tak percaya je ada pembunuh bersiri dekat negeri ni. Pelik tahu pelik? Macam drama Korea pula.
"Betul lah... team akak selalu cari tahu kes tu dari semasa ke semasa. Dengar cerita, pelaku tu Psychopath."
"Polis tak dapat tangkap lagi?"
Sebaik sahaja aku tanya macam tu, Kak Long terus tampar aku.
Kena tampar pula... tadi kena marah. Ish tak faham lah aku perempuan ni!
"Kalau polis dah tangkap tak ada lah aku takut nak keluar! Ish kau ni!" marah Kak Long.
Aku menarik muncung, eleh dia yang banyak cari pasal orang gila tu, dia yang takut, kata wartawan?
"Dah 3 orang dah dia bunuh dengan kejam. Kesian diorang... macam mana lah agaknya perasaan family diorang kan? Akak takut betul."
Aku cuma mendengar,
"Nasib baik ada kau teman akak. Kalau apa-apa jadi kau ada nak lawan diorang! Apa-apa hal kau yang kena dulu, akak tinggal lari dan call polis je."
Wajah aku serta-merta berubah masam, sempat wajah Kak Long aku kerling, kurang asam betul! Dia boleh cakap macam tu dengan senyuman di bibir? Jahat!
"Jahat gila... Kak Ngah memang tak sayang Ilham...."
"Eleh tak payah mengada sangat lah! Betul lah apa akak cakap! Kau boleh lindungi kakak kau ni? Kan? Kan? Apa orang kata... aaa ha! Dependable."
Aku menayang wajah toya. Menyampah aku!
"Aku budak sekolah lagi lah!" bantah aku lagi.
"Habis tu apa guna arwah atok ajar kau silat? Kau pengerusi Silat sekolah kan?"
Sekali lagi aku mencebik. Percayalah cakap aku, lawan perempuan memang takkan menang. Aku dah banyak kali dah kena. Pening aku ada kakak macam ni.
Aku berhentikan kereta di hadapan pasar awam.

YOU ARE READING
Hidup Dalam Mati [Completed]
LosoweKalau kau boleh senyum, kenapa perlu kau sorokkan? Kenapa kau berpura menahan diri untuk tersenyum ikhlas? Sedangkan aku di sini mahu tersenyum bebas seperti kau. Kalau kau boleh menangis dan mahu menangis, kenapa perlu kau tahan? Kenapa kau perlu p...