Aku dah janji untuk kuat. Aku betul-betul fikir aku boleh jadi lebih kuat lepas dia tak ada.
Tapi aku tak mampu... wajah dia selalu terbayang depan mata, suara dia selalu terngiang di telinga, kata-kata dia selalu bermain di fikiran aku.
Dah berapa banyak kali surat dia aku baca dan ulang, dan setiap kali tu aku cuba yakinkan diri untuk jadi kuat dan terima pemergian dia.
Tapi kenapa... sampai sekarang aku langsung tak mampu untuk relakan pemergian dia?
Sebegitu besar ke tempat dia dalam hati aku? Apa dia tenang ke dekat alam sana dengan perangai aku yang macam ni?
Aku rasa... sunyi.
Aku tak tahu dah mana hala tuju hidup aku. Aku sedar salah aku sebab jadi lemah macam ni, tapi... aku tak tahu nak buat apa...
"Adik..."
Aku tersentak, pantas aku kesat air mata dan buka pintu bilik.
"Ya..."
Abang Bahzi tarik senyum kecil,
"Pakai tudung, pakai baju elok sikit. Ada suprise dekat bawah." kata dia lembut.
Hm? Suprise?
"Suprise apa?"
"Eh dah nama pun suprise mana boleh tahu! Dah siap okay!" kata abang Bahzi lagi, dia kesat air mata di tubir mata aku dan pergi.
Aku tutup pintu semula, terpinga-pinga aku dibuatnya. Suprise apa pula...
Tapi ikut kan je lah, aku sedaya upaya sibukkan diri dengan plan abang-abang aku dan Ilham, sekurang-kurangnya taklah aku sendirian selalu.
Aku tukar baju yang menutup aurat dan kenakan tudung sarung. Lepas tu aku keluar bilik dan turun ke bawah.
"Kakak Basyirah!!!"
Huh?
Tangan aku automatik terangkat ke atas saat adik-adik dari rumah Anak-anak Yatim Kasih mendakap kaki aku.
"Kakak!"
"Kakak sedih ya? Abang Ilham cakap!"
"Kakak kenapa sedih? Kitorang kan ada..."
"Kakak jangan lah sedih lagi..."
A...pa... ni?
Aku terbungkam.
Kenapa... semua adik-adik ada dekat rumah ni? Siapa yang bawa?
Aku lihat Ilham baru masuk sambil mendukung Insyirah. Saat Insyirah nampak wajah aku, terus tangan dia didepakan ke arah aku, seakan meminta aku untuk mendukungnya pula.
"Lah... dekat akak Basyirah juga dia nak... " kata Ilham sambil tersengih.
Dia serahkan Insyirah kepada abang Bahri dan aku ambil dengan kekok.
"Kakak sedih lagi tak? Kitorang dah sampai untuk pujuk kakak!" kata mereka.
Aku masih terkelu.
Aku melutut sambil mendukung Insyirah.
"Awak semua... datang untuk akak?" tanya aku bagai tidak percaya.
"Hm! Abang Ilham ajak! Abang Bahzi kata nak belanja makan sekali--opss! Tercakap pula!"
Pantas aku pandang Ilham, abang Bahzi dan abang Bahzi, meminta penjelasan.
"Jangan pandang abang, idea Ilham. Abang sponsor makan je, Bahri lah yang masak!" jawab abang Bahzi ceria, dia memukul bahu abang Bahri dan disambut dengan jelingan.
YOU ARE READING
Hidup Dalam Mati [Completed]
RandomKalau kau boleh senyum, kenapa perlu kau sorokkan? Kenapa kau berpura menahan diri untuk tersenyum ikhlas? Sedangkan aku di sini mahu tersenyum bebas seperti kau. Kalau kau boleh menangis dan mahu menangis, kenapa perlu kau tahan? Kenapa kau perlu p...