"Abang... Bahri?"
Langkah aku terhenti serta-merta, terkejut.
"Oh... Ilham..." sapa dia dengan suara seraknya.
Dia pantas kesat air mata dia dan menunduk, tidak mahu aku melihat dia menangis.
Aku terkejut... bila nampak dia nangis. Kenapa?
"So-sorry ganggu. Er... Ilham pergi dulu..."
"Ilham, sekejap."
Ah, sudah. Menyesal aku pergi dapur rumah Syirah... dah lah masuk dapur terus nampak abang Bahri tengah menangis, aduh... salah timing lah!
"Sini kejap, abang nak cakap."
Aku kaku sekejap, tapi tak lama lepas tu perlahan saja kaki aku pergi ke arah dia dan berdiri di hadapan dia.
Dia betul-betul menangis lah... dia putus cinta ke?
Abang Bahri berdehem dan mengukir senyum paksa,
"Erm... jangan beritahu Basyirah dan Bahzi pasal abang... kalau tak, abang pukul kau!"
Aku dah agak... abang Bahri kasar...
Aku mengangguk laju-laju. Tak! Takkan!
"Abang... tak kuat tengok Basyirah macam tu."
Aku tersentak. Waktu ni, Basyirah baru kehilangan emosi dia. Baru dua minggu. Aku pun terkejut dan... sedih.
"Dah dua minggu dah... dia tak ketawa, tak senyum, tak marah tak rasa apa-apa pun... abang tak boleh tengok dia macam tu. Abang sedih. Abang rindu senyum dia, tawa dia, muka marah dia... "
Aku diam mendengar. Kan? Aku pun... rindu.
"Abang tak sangka akan hilang dua orang perempuan yang paling abang sayang dalam satu masa. Mula-mula Ibu... lepas tu, Basyirah.
Abang ingat abang boleh jadi kuat macam Bahzi, macam Ilham, tapi... abang tak mampu. Abang... tak kuat." luah dia, perlahan dan sayu.
Buat kali kedua dia kesat air mata yang hampir mengalir. Abang Bahri memang kasar, tapi sebenarnya dia lembut dalam hati. Abang Bahzi pula... nampak je baik, lembut, tapi kalau dia dah marah, lagi-lagi berkenaan Basyirah, gajah pun tak berani lalu. Itu lah abang kembar seiras tapi berbeza.
"Ilham... janji dengan abang boleh?"
Hm?
"Janji apa?" tanya aku pelik.
Abang Bahri senyum dan pegang sebelah bahu aku,
"Ilham jauh lebih kuat berbanding abang. Jadi tolong... jagakan Basyirah selagi Ilham ada dengan dia, ya? Boleh? Janji?"
Permintaan yang sama dengan arwah Ibu... kenapa aku? Boleh ke aku? Dua janji ni... nampak berat.
Tapi, diorang percayakan aku...
"Hm! Janji!"
Hah... aku rasa mengantuk... kepala aku sakit... aku tak nak bangun...
"Ilham!"
Mata aku celik serta merta saat menangkap suara Basyirah.
Astagfirullahalazim, aku tertidur! Pantas aku menoleh ke sebelah,
"Kenapa--"
Bamm!!!!
Aku terus terdiam, mata aku sedikit membulat.
"Cepatlah pecahkan pintu ni! Budak-budak tu ada dalam ni!"
Sekejap! Sekejap!
Kitorang dah dijumpai?! Mustahil! Baru sekejap tadi aku lelapkan mata! Aku terlelap je kan tadi?
YOU ARE READING
Hidup Dalam Mati [Completed]
RandomKalau kau boleh senyum, kenapa perlu kau sorokkan? Kenapa kau berpura menahan diri untuk tersenyum ikhlas? Sedangkan aku di sini mahu tersenyum bebas seperti kau. Kalau kau boleh menangis dan mahu menangis, kenapa perlu kau tahan? Kenapa kau perlu p...