+23+

63 12 0
                                    

"Yes, dia rakan karib saya, kami berkawan sejak Darjah 1 sampailah dah nak SPM ni. Saya kenal keluarga dia, dia kenal keluarga saya, saya tahu semua tentang dia, hati budi dia, dan dia juga sama."

Aku rasa aku faham dia nak buat apa.

Dia nak back-up aku ke?

Cukup Ilham... tak perlu lah nak back-up aku. Aku tak kisah pun lah dengan diorang. Aku tak nak kau makin stress nanti kalau ada yang kecam kau... kita dah nak SPM....

"Yang jadi isunya sekarang, dia terima kecaman melampau daripada netizen sebab dia kaya dan sebab dia selamat daripada pembunuh bersiri tu.

Tapi yang hairannya kan, saya yang juga mangsa penculikan dan selamat juga, ramai yang prihatin terhadap saya, saya terima banyak DM yang mendoakan saya, terima kasih banyak-banyak.

Tapi saya tak puas hati.

Tak adil. Langsung tak adil untuk Basyirah."

Aku menggeleng kepala, tak apa Ilham... cukup lah...

"Saya bercakap bukan sahaja sebab dia rakan baik saya, tapi dari sudut yang lain juga.

Awak semua boleh bayangkan sekejap? Dia dikecam teruk oleh semua orang, dengan kes polis yang tak selesai lagi, dah nak SPM lagi, dekat sekolah semua hina cemuh dia, salahkan dia sebab kes ni jadi. Itu belum cerita masalah lain, yang lebih personal.

Boleh awak bayangkan tak? Kalau awak? Sanggup tanggung semua tu?

Saya berani bersumpah, dia tak minta pun untuk jadi macam ni. Tapi dia anggap ni semua ujian, jadi dia terima dengan sabar.

Disebabkan status dia yang kaya, orang semua judge dia yang bukan-bukan. Masyarakat kita ni terlalu memandang status, bila kaya dipuji-puji untuk kesenangan, bila jadi kes macam ni, dihina dicemuh sebab fikir polis bertindak bila melibatkan orang kaya je.

How low-minded we are, Malaysian?"

Ilham serius... dia nampak sedikit marah, tapi dia mampu kawal. Aku baca ruangan komen, ada yang membantah, ada yang menyokong... Ilham...

"Basyirah tak pernah bersuara kan? Pertahankan diri pun tidak, marah pun tidak, tak keluarkan apa-apa statement pun.

Tahu kenapa?"

Ilham tersenyum,

"Sebab dia baik sangat. Sebab dia tak nak sakitkan hati sesiapa. Dia diam bukan sebab dia tak kisah, tapi sebab dia nak keluar daripada environment negative. Dia tetap salahkan diri dia walaupun dia tak bersalah. Awak semua tak tahu macam mana rasa bersalahnya dia, sampai dia rasa dia punca mangsa-mangsa sebelum ni tak dapat diselamatkan.

Saya pun tertanya-tanya, apa salah dia sampai satu Malaysia kecam dia? Saya tak faham. Sebab dia kaya? Atau sebab dia diam saja?

Jujur saya cakap, Basyirah kalau nak keluarkan saman kepada netizen yang jatuhkan maruah dia, dia boleh keluarkan, dan dia boleh menang.

Tapi dia tak buat pun, dia maafkan. Saya pun pelik macam mana dia boleh mudah maafkan mereka. Saya kagum dengan sikap dia.

Ya, saya marah. Saya marah sebab dia kawan saya, tapi saya lebih marah sebab netizen Malaysia macam terlalu toxic.

Maaf cakap, minta maaf banyak-banyak, tapi... cuba kita fikirkan balik.

Kenapa... kita perlu salahkan dia sedangkan dia sendiri mangsa keadaan?

Kenapa... kita perlu salahkan pihak berkuasa sedangkan selama ni mereka sedang berusaha sehabis baik yang mungkin untuk tangkap penjenayah, supaya tak ada lagi mangsa tak bersalah terkorban?

Hidup Dalam Mati [Completed]Where stories live. Discover now