Eksperimen. Cikgu gabungkan kelas aku dan kelas Ilham lagi. Sekarang huru-hara. Diorang berebut peralatan.
"Bagi lah kitorang guna dulu! Kitorang yang sampai dulu!"
"Tak masalahnya kitorang yang ambil dulu! Tak tahu sabar ke?!"
Masalahnya... pemetik api je pun. Ada lagi satu tadi dekat mana hah? Apahal diorang gaduh sampai macam ni sekali? Dah lah cikgu tak ada. Cikgu ni pun... dah tahu tengah buat eksperimen, boleh pula keluar. Makcik makmal pun dah tak tahu nak buat apa.
Tak memang ada satu je ke pemetik api dalam sekolah ni? Bingitlah...
"Wei guys... relaks lah. Bagilah diorang guna dulu..." kata Ilham cuba tenangkan keadaan.
"Ah tak ada tak ada! Asyik kita je yang mengalah!"
"Korang yang mengalah? Eh kitorang yang selalu mengalah lah!"
Aku menghela nafas. Aduh cepatlah... guna je lah.
"Siapa yang guna dulu, dia loser." kata aku, mencelah.
Terus kelas Ilham campak pemetik api tu atas meja dan tiada siapa nak sentuh. Masing-masing ego. Aku dengan yakinnya pergi ambil dan hidupkan penunu bunsen.
Kejap lagi mengamuklah ahli kumpulan aku.
"Woi Basyirah! Kau—"
"Aku yang ambil, maknanya aku seorang je loser. Dah? Ha nah guna." kata aku dingin, pemetik api aku letak semula di meja tengah.
Mungkin sebab perangai aku yang satu ni kut kawan-kawan aku tak berapa suka aku. Diorang mesra bila dah nak dekat exam atau kerja berkumpulan. Diorang sibuk nak bersaing, aku... malas. Bersaing cara sihat tak apa jugak, ini sampai bergaduh. Bingit.
Aku nampak Ilham tersenyum, kepala dia geleng perlahan sebelum pemetik api dia ambil dan hidupkan juga penunu bunsen.
Eksperimen je pun. Itu pun nak gaduh. Tak faham betul aku.
.
.
.
.
Hari ni abang Bahzi tak dapat jemput aku. Dia kena handle kes emergency. Jadi aku tunggu lah dekat sekolah ni. Sekarang dah hampir pukul 3, aku tak makan lagi.
Lapar.
Apa aku nak buat eh? Abang Bahzi mesti lama lagi... aku dah cuba telefon Babah dah, tapi... Babah tak angkat pun. Sibuk sangat agaknya.
Patut ke aku beli makanan dekat kedai makan depan sekolah ni? Tapi... jauh juga nak berjalan. Aku bosan. Kalau sekarang mesti dah ada dekat hospital, mungkin agaknya sekarang aku tengah bergaduh dengan Aiman.
Entah lah.
"Nur Basyirah binti Dato' Bahar! Seorang ke tu?"
Aku pantas menoleh, kening aku terangkat apabila melihat Ilham. Dia duduk di kerusi bertentangan aku. Tapi aku duduk jauh sikit. Aku tak selesa dekat-dekat dengan lelaki yang bukan mahram aku.
Ya, aku dan Ilham mungkin rapat, tapi kami sangat menjaga jarak, mungkin ikhtilat kami sedikit ke laut, tapi kami sedaya upaya menjaga jarak. 1 meter. Abang Bahzi dan arwah ibu ingatkan aku dulu, jadi sejak aku... 14 tahun, aku dah mula jaga jarak aku dengan Ilham.
Ilham faham pasal ni, dan dia cuma tersengih saja.
"Nah, makan. Kau tak makan lagi kan? Tak ada maknanya kau nak berjalan pergi kedai makan tu." kata Ilham lagi sambil meletakkan satu plastik merah jambu di atas meja.
YOU ARE READING
Hidup Dalam Mati [Completed]
RandomKalau kau boleh senyum, kenapa perlu kau sorokkan? Kenapa kau berpura menahan diri untuk tersenyum ikhlas? Sedangkan aku di sini mahu tersenyum bebas seperti kau. Kalau kau boleh menangis dan mahu menangis, kenapa perlu kau tahan? Kenapa kau perlu p...