Abang Bahri? Kenapa dia ada dekat sini? Dia datang sebab nak jemput aku ke?
"Adik! Sini! Aku hantar kau balik."
Ouh. Pelik... aku terus bangun dan pergi ke kereta, daripada jauh , aku nampak Ilham tengah pandang aku dengan reaksi pelik, tapi tak lama lepas tu dia senyum dan lambai. Aku mengangguk dan terus masuk ke dalam kereta.
"Kau nak makan apa-apa tak? Ke nak singgah mana-mana? Hari ni aku nak belanja."
Kenapa hari ni dia baik sangat? Selama ni, selama hampir 4 tahun ni... dia tak kisah pun dengan aku. Dia buat hal dia sendiri je, kecuali... kecuali kalau,
"Abang nak adik buat apa?" soal aku terus.
Kalau dia nak aku buat sesuatu. Aku perhatikan reaksi wajah dia, tapi dia cuma tersenyum, dia berdehem dan membetulkan posisi memandu dia.
"Tak buat apa pun... cuma... erm... "
Tak buat apa? Kalau dah ada 'cuma' tu memang ada lah nak dibuatnya. Dia pandang aku sekilas.
"Cakap dengan Babah, aku nak pinjam kereta Audi dia, boleh?"
Aku... tak faham. Untuk apa?
"Abang nak buat apa dengan kereta tu?" soal aku pelik.
"Alah adalah aku ada nak pergi certain tempat dengan kawan-kawan aku. Assignment aku, kau mana tahu."
"Abang bawa je lah kereta abang... nanti Babah ma--"
"Tak ada maknanya Babah nak marah. Kau anak kesayangan dia, mesti dia bagi punya. Kau cipta lah alasan untuk naikkan imej dia, syarikat dia."
Abang Bahri pantas memotong kata-kata aku. Cih, patutlah dia baik semacam.
"Kalau kau yang cakap, Babah mesti okay punya. Kau kan anak perempuan kesayang semua. Tolong eh, ADIK."
Dia nak aku bohong Babah dan abang Bahzi. Dia... cuma gunakan aku untuk kepentingan diri dia. Dia nak gunakan kereta Babah untuk enjoy, tak pergi majlis tu, cih! Aku tahu benda ni salah, tapi kenapa... aku tak rasa marah atau benci? Kenapa masih rasa kosong?
Selalu macam ni... selalu dia buat baik, panggil aku dengan panggilan 'adik' bila dia nak gunakan aku... abang Bahri betul-betul dah berubah.
"Boleh eh? Kau dapatkan kunci pun dah okay dah. Yang lain pandai-pandai lah aku buat alasan. Yang penting kunci, kunci dia tau."
Aku diam.
"Wei boleh ke tak?"
Boleh ke aku cakap tak boleh?
"Ye lah... "
"Bagus! Macam tu adik aku!"
Adik? Abang masih anggap aku adik ke? Kalau ya kenapa dia abaikan aku?
"Hantar adik dekat hospital abang Bahzi." kata aku mendatar, wajah aku paling ke luar tingkap.
"Eh? Aku baru ingat nak belanja kau makan ke apa sebelum kau minta Babah."
Aku... tak nak duduk lama-lama dengan dia.
"Tak apa, adik makan dengan abang Bahzi."
"Ooo okay... makan lah sana dengan abang kesayangan kau tu."
Diorang kembar, tapi kenapa... perangai mereka jauh berbeza sekarang? Kenapa sekarang? Kenapa dengan kesenangan ni semua berubah?
Abang Bahri hantar aku di depan bangunan hospital. Aku minta dia telefonkan abang Bahzi, dia buat dengan terpaksa. Lepas tu, dia tinggal aku dengan senyuman palsu dia.
YOU ARE READING
Hidup Dalam Mati [Completed]
RandomKalau kau boleh senyum, kenapa perlu kau sorokkan? Kenapa kau berpura menahan diri untuk tersenyum ikhlas? Sedangkan aku di sini mahu tersenyum bebas seperti kau. Kalau kau boleh menangis dan mahu menangis, kenapa perlu kau tahan? Kenapa kau perlu p...