Aku diterima masuk ke Universiti Pertahanan Nasional Malaysia dalam pusat Asasi Pengurusan dan Strategi dengan biasiswa penuh sebagai pelajar kadet.
Alhamdulillah.
Aku tahu jalan yang aku akan tempuh ni tak mudah, tapi tak apa lah, dah berani ambil, berani lah hadap! Esok aku dah nak masuk asrama dah.
Cuak lah juga, first time berpisah dengan family, tapi tak apa lah, aku kan lelaki ahaha!
Disebabkan esok aku dah nak pergi, Basyirah ajak aku melawat pusara arwah Haiman dan arwah Ibu. Aku sampai sekarang tak tahu dia masuk jurusan apa, abang Bahzi dan abang Bahri pula tak nak bagitahu!
Esok, mulai esok, kami akan ikut haluan masing-masing dah. Kitorang akan berpisah. 11 tahun lebih kitorang bersama, daripada sekolah rendah, sampai sekolah menengah, tak pernah sehari pun tak berjumpa, kalau tak jumpa pun mesti ada chat atau calling-calling.
Tapi kali ni lain.
Aku sedar yang aku dan dia akan busy dengan haluan masing-masing. Pembelajaran di universiti memang berbeza dengan sekolah biasa. Aku pun tak tahu macam mana aku nanti... sunyi sikit agaknya?
Tapi aku tak risaukan diri aku, aku mesra, cepat buat kawan, lain lah si Basyirah tu! Dah lah diam! Macam mana lah dia nanti dekat universiti?
Kami tiba di tanah perkuburan dengan selamat. Aku yang bawa kereta, dia duduk sebelah je.
Masuk sahaja pagar tanah perkuburan tu, terus kami memberi salam. Kami mencari pusara Haiman, bila dah jumpa terus kami bentang tikar masing-masing dan duduk bertentangan antara satu sama lain, dipisahkan dengan pusara Haiman.
"Kita baca Yassin dulu lah." cadang aku.
Dia mengangguk.
Aku sengih, aku... gugup sebenarnya.
Aku tak lah jarang ke tanah perkuburan, selalu ikut Papa kalau ada yang meninggal dunia, tapi aku jarang melawat pusara orang lain, lebih-lebih lagi seorang kawan.
Aku jumpa dia baru sekali, tapi entah kenapa... bila dia meninggal dunia, aku pun terasa sedihnya. Jadi ini pertama kali ada asbab untuk aku melawat pusara seseorang sebagai seorang kawan.
Aku mulakan bacaan dengan al-Fatihah. Biarlah aku pimpin bacaan ni walaupun cuma dua orang.
Selesai baca, kami berdua terdiam buat seketika. Tiada sepatah pun yang keluar daripada mulut kami. Aku... tak tahu lah nak cakap apa.
Dia dah lama pergi tinggalkan kami, tapi entah kenapa, pemergian dia masih terasa. Lagipun, ini pertama kali kami datang berdua selepas lama arwah meninggal dunia. Aku faham kalau Basyirah masih belum kuat untuk ziarah dia. Aku pula... tak selalu datang.
"As-assalammualaikum, Haiman. Aku datang ni dengan Ilham."
Aku pandang Basyirah bila dia mula bersuara. Suara dia perlahan dan biasa, tidak kedengaran suara serak atau bergetar.
"Maaf lambat datang. Aku baru dapat kekuatan balik, kau tak marah kan?
Aku datang sebab nak bagitahu kau, aku dah jumpa impian aku."
Aku tersentak.
"Kau suruh aku cari impian aku kan? Aku dah jumpa dah. Aku dah tolak tawaran belajar jurusan undang-undang tu.
Aku hantar permohonan untuk ambil jurusan Psikologi Kanak-kanak dan keluarga."
Sekali lagi aku naikkan wajah pandang Basyirah, serius? Ambil bidang psikologi? Aku tak pernah terfikir Basyirah akan ambil bidang ni...
YOU ARE READING
Hidup Dalam Mati [Completed]
RandomKalau kau boleh senyum, kenapa perlu kau sorokkan? Kenapa kau berpura menahan diri untuk tersenyum ikhlas? Sedangkan aku di sini mahu tersenyum bebas seperti kau. Kalau kau boleh menangis dan mahu menangis, kenapa perlu kau tahan? Kenapa kau perlu p...