"Hey Ilham."
"Apa kau? Nak gaduh ke?" jawab aku jengkel.
"Tak lah... aku nak cakap terima kasih dan maaf."
Aku pandang dia pelik, kening aku terjungkit,
"Sampaikan terima kasih dan maaf aku pada Basyirah juga. Betul, aku ikhlas."
Okay ni betul-betul serius terkejut. Aku hela nafas perlahan, tangan aku silangkan sambil pandang dia,
"Asal kau tiba-tiba minta maaf?"soal aku, ingin tahu.
Dia duduk mencangkung, dan bermain dengan daun kering,
"Sebab tadi lah, aku teremosi sikit. Ye lah... bila nampak kau dengan anak-anak Dato'Bahar, jutawan baru tu, aku terus fikir yang korang datang sini sebab saja nak tunjuk baik. Gila aku tak marah...." kata dia perlahan, masih dengan suara minta gaduh.
Aku diam sekejap, nak fikir kata-kata dia, tapi tadi pun... dia memang nampak marah. Nampak macam dah fed-up dengan semua benda. Mungkin juga sebab dia nak jaga adik-adik dia. Cool apa, baru 17 tahun dah berani cakap macam tu, langsung tak takut walaupun mereka hidup sederhana.
"Sebelum ni ramai ke yang datang sini sebab nak tunjuk baik je?" tanya aku lagi.
"Ramai tak lah, tapi kebanyakannya yang datang macam tu. Datang-datang dah rakam, lepas tu percakapan diorang macam kitorang ni menyedihkan sangat je, semua benda nak rakam, nak ambil gambar, diorang bagi barang dapur, bagi duit, interview kitorang lepas tu blah. Tak adanya nak buat macam korang bertiga buat, nak nyanyi nak main dengan kitorang ke... korang bertiga yang first."
Basyirah ada juga cakap sikit pasal diorang, kenapa dia nak buat, tak sangka dia fikir perkara yang betul-betul berlaku,
"Tapi tak semua lah, ada juga aku nampak pakcik makcik yang senyap-senyap datang lepas tu bagi duit dekat Umi dan pergi tanpa minta balasan. Ada yang tegur kami sekejap dan balik, aku respect orang-orang macam tu. Dia buat kebaikan besar tapi dia sembunyikan...
Memang lah tunjuk kebaikan tu baik, untuk buat orang rasa nak juga buat kebaikan, kalau niat dia macam tu dan ikhlas, aku tak kisah lah... tapi agak-agak lah. Dia buat video tapi kata-kata dia buat kitorang terasa kau tahu tak? Reaksi muka dia, kelakuan dia, cara dia bercakap.... Adik-adik mungkin tak faham, tapi satu hari bila diorang dah mencapai fasa matang, mestilah diorang ingat dan faham. Benda macam ni akan buat diorang rasa terhina. Aku tak nak lah diorang rasa perkara sama macam aku rasa. Kau faham tak?"
Aku sedikit terkejut sebenarnya bila dia luah semua ni, tapi aku memilih untuk diam dan mendengar. Mungkin dia tak ada tempat untuk meluah, mak aku selalu pesan untuk jadi pendengar yang baik. Jadi itu yang aku buat sampai sekarang. Aku okay je, aku bukannya jenis yang suka berkongsi cerita orang, kadang-kadang bila dengar masalah orang lain ni boleh buat kita rasa lebih bersyukur dengan apa yang kita ada sekarang. Mungkin dia dah anggap aku macam kawan, hm... baguslah. Dia dah tak marah dengan kami nampaknya.
"Kau kalau tanya aku faham ke tak, memang aku tak faham... Alhamdulillah hidup aku okay daripada aku lahir sampai sekarang, semua cukup, jadi aku kurang faham pasal susah atau diperlakukan teruk."
Muka dia berubah narah, dia berdiri dan pandang aku dengan mata tajam. Mesti dia ingat aku nak rendahkan dia ni...
"Tapi Rizwan, aku tak suka nak rendahkan hidup orang lain. Aku ada ramai kawan, dan kebanyakannya suka cerita masalah dia dengan aku, aku membesar dengan Basyirah, jadi aku banyak dengar dan nampak kesusahan orang lain. Mungkin aku tak dapat faham sepenuhnya, tapi at least, aku dapat jadi pendengar kau."
Wajah dia kembali mengendur,
"Aku faham yang setiap orang hidup dia lain-lain, membesar dengan persekitaran, orang, didikan dan gaya hidup yang berbeza. Kita berdua mungkin agak berbeza, tapi kita berpegang dengan satu perkara dan kita percaya benda tu." kata aku lagi, perlahan dan tenang.

YOU ARE READING
Hidup Dalam Mati [Completed]
RandomKalau kau boleh senyum, kenapa perlu kau sorokkan? Kenapa kau berpura menahan diri untuk tersenyum ikhlas? Sedangkan aku di sini mahu tersenyum bebas seperti kau. Kalau kau boleh menangis dan mahu menangis, kenapa perlu kau tahan? Kenapa kau perlu p...