Aku dah kata semalam, tak payah datang sekolah, kaki tu masih tak elok.... tapi,
Muncul dah dia depan sekolah. Kaki dah lah tak baik lagi, paksa juga diri nak sekolah.
Haduh dia ni. Aku terus jalan ke sebelah Basyirah dan jalan sama-sama.
"Aku dah agak dah kau datang..." sindir aku, sambil melirik ke arah dia.
Wajah dia tak bersalah langsung!
"Abang Bahzi dengan abang Bahri tak halang ke?" tanya aku, pelik.
Takkan lah diorang tak halang?
"Halang. Tapi tadi bila Babah mencelah, diorang dah tak halang dah. Cuma banyak lah nasihatnya."
Ouh... Pakcik Bahar yang kasi sekolah. Dia... masih tak berubah ke? Haih.
Kami diam lepas tu
Biasanya aku suka datang sekolah, pagi-pagi confirm semangat semasa sarapan tu, tapi pagi ni rasa tak selesa pula.
Banyak mata yang memandang, bukan pandang aku, tapi Basyirah. Banyak bisikan yang dibisikkan. Entah mencemuh atau memuji, tak tahu lah...
"Sorry, Ilham."
Aku toleh,
"Eh? Kenapa?"
Dia pandang aku sekejap sebelum pandang depan semula,
"Sebab aku, kau pun terlibat sama. Kau mesti tak selesa dengan suasana sekolah hari ni kan?"
Aku... tersentak sedikit. Memang tak aku tak selesa, tapi yang terima semua tekanan ni dia... bukan aku. Ramai yang back-up aku, tapi macam... tak ada siapa nak pertahankan dia. Untuk apa maaf?
"Kau minta maaf banyak sangat, Basyirah. Bukan salah kau. Berhenti cakap sorry."
"Kalau boleh berhenti, aku berhenti."
Dia berhenti di hadapan kelas dia, aku turut terhenti, pandang dia dengan kening terangat, tak faham... kenapa tak boleh berhenti?
"Selagi aku tak ucap perkataan 'sorry' atau 'maaf' selagi tu aku rasa tak selesa sentiasa.
Dua perkataan tu bukan untuk kau saja, tapi untuk pujuk diri aku juga, i feel sorry for pathetic me."
Lepas dia kata macam tu, dia terus tarik senyum palsu dan masuk ke dalam kelas.
Aku... terkelu. Tapi cepat-cepat aku masuk ke dalam kelas aku. Ramai yang tegur aku, semua tanya keadaan aku, ramai yang nampak risau.
Untuk Basyirah... tadi dalam kelas dia, semua orang macam jauhkan diri daripada dia.
Tak adil. Langsung tak adil.
Seharian aku rasa tak selesa dekat sekolah, bila dapat layanan 'spesial' macam ni disebabkan aku mangsa.
Tapi macam mana dengan Basyirah? Dia pun mangsa, dia pun tak bersalah macam aku, tapi kenapa dia dilayan teruk? Dipalau sampai macam tu sekali?
Tak adil. Haris dan Faiz je yang faham, yang lain... langsung tak nak cuba fahamkan.
Aku tak suka semua ni.
.
.
.
.
Hari ni spesial sikit. Abang Bahzi ajak aku untuk makan luar.

YOU ARE READING
Hidup Dalam Mati [Completed]
RandomKalau kau boleh senyum, kenapa perlu kau sorokkan? Kenapa kau berpura menahan diri untuk tersenyum ikhlas? Sedangkan aku di sini mahu tersenyum bebas seperti kau. Kalau kau boleh menangis dan mahu menangis, kenapa perlu kau tahan? Kenapa kau perlu p...