"Huh?! Adik nak kena culik?!"
Aku menundukkan wajah. Hari ni, aku tak ke sekolah, abang Bahzi tak kasi aku ke sekolah, abang Bahzi suruh aku rehat. Abang Bahri baru tahu... dan dia nampak marah. Hari ni... dia tak pergi mana.
"Kau biar betul Bahzi? Bak sini laporan polis tu!"
Abang Bahri ambil secara kasar kertas berisi laporan polis semalam, buat beberapa saat dia baca semua laporan. Aku pandang Babah, Babah nampak tenang saja, dia hirup kopi sambil baca berita-berita di Ipad dia.
"Kau fikir apa huh dik sampai berangan? Kau berangan apa?"
Aku tersentak, terhinjut bahu aku bila abang Bahri hempas kertas tu ke atas meja. Aku kemam bibir,
"Woi aku tanya kau ni!"
"Ta-tak... tak fikir apa..." jawab aku perlahan.
Kena marah lagi...
"Kau ni apahal? Jangan marah adik macam tu... bukan salah--"
"Salah dia! Kalau dia tak mengada nak duduk sekolah, benda ni tak jadi! Halah.. apalah! Kau duduk je lah hopital dengan Bahzi! Duduk rumah dah lah tak nak! Tak faham lah aku kau ni!"
Aku tahu salah aku... daripada semalam lagi aku dah tahu, yang tu salah aku... abang Bahri tak cakap pun aku dah tahu... Ah... aku buat abang Bahri pula marah...
"Dah lah Bahri! Benda dah jadi lah! Jangan lah marah adik lagi! Kau ingat dia tak terkejut ke? Dia pun tak nak lah semua ni jadi!"
Tak, abang Bahzi tak perlu pertahankan aku pun. Memang salah aku. Aku... memang selalu bawa masalah, sampai aku rasa, aku tiada nilai dalam dunia ni. Aku... tak layak terima layanan baik Ilham dan abang Bahzi.
"Basyirah lepas ni pakai tudung eh... kawan Babah bagitahu ada wartawan nak datang rumah kita, nak tanya tentang kes Basyirah."
Sampukan Babah membuatkan kami semua terdiam. Wartawan? Aku tak nak hadap mereka...
"Tapi Babah, Bahzi rasa tak perlu lah layan wartawan tu... adik kan--'
"Ha Bahzi, kamu tak ke hospital? Dah lambat ni. Baik pergi cepat, satu saat tu penting untuk seorang doktor, banyak nyawa boleh terselamat." cantas Babah.
Langsung tak nak dengar bantahan abang Bahzi. Abang Bahzi terus terdiam, aku perasan dia mengepal tangan di bawah meja, sebab aku masih menunduk. Dia berdiri, aku dapat rasa tangan dia di atas kepala aku,
"Rehat ya? Abang balik nanti kita makan luar." kata dia perlahan, nada dia ceria, tapi... kedengaran terpaksa. Sudah tu, dia terus beredar.
Abang jangan risaukan adik. Adik... okay.
"Tak payah lah layan wartawan tu, halau je lah balik. Semak lah..." kata abang Bahri, perlahan dan kasar.
"Alah kejap je..."
Tapi aku tak nak... tak boleh ke aku nak tidur je hari ni...?
"A-adik tak nak..." kata aku perlahan, cuba membantah.
Dan aku dengar Babah mengeluh berat,
"Adik, kan Babah kata kejap je? Kejap je lah, bukan berjam pun! Tunjuk muka, cakap-cakap sikit dah. Tolonglah keluar kejap, lagipun ni bagus untuk syarikat kita. Nama syarikat kita akan naik, ni lah peluang marketing yang kita kena ambil."
SREET!
Bahu aku terhinjut terkejut. Abang Bahri tiba-tiba tolak kerusi dengan kasar dan tinggalkan kami berdua. Bunyi tapak kai dia jelas menunjukkan yang dia naiki tangga ke bilik dia.
YOU ARE READING
Hidup Dalam Mati [Completed]
RandomKalau kau boleh senyum, kenapa perlu kau sorokkan? Kenapa kau berpura menahan diri untuk tersenyum ikhlas? Sedangkan aku di sini mahu tersenyum bebas seperti kau. Kalau kau boleh menangis dan mahu menangis, kenapa perlu kau tahan? Kenapa kau perlu p...