Kesian mereka. Tapi aku yakin mereka tak minta untuk dikasihankan, mereka minta untuk dipandang dan dilayan seperti budak biasa. Rizwan... tahu selama ni, orang- orang bagi mereka makanan dan minuman, tetapi kebanyakannya suka upload dekat media sosial dengan caption yang menampakkan diorang ni macam menyedihkan je.
Dia tak suka, dia tak nak semua tu, dia pun macam budak lain juga, nak perhatian, tapi bukan dari segi yang macam tu, dia nak dia dilayan, ada tempat bercerita dan sebagainya. Aku tahu sebab aku pernah jadi miskin, aku selalu dahagakan perhatian Ibu, Babah, abang-abang. Aku dulu memang tak suka sangat bila ada orang bagi kami makanan tapi record-record. Aku faham. Aku tahu apa yang dia cuba sampaikan.
Suasana mula terasa tegang apabila tiada yang bersuara. Aku rasa, aku patut cakap sesuatu. Aku pegang tangan abang Bahzi, dia nampak terkejut tapi dia relakan je. Untuk kali ni... adik minta kekuatan abang untuk adik bersuara.
"Sa-saya pun tak suka... dulu." kata aku mulakan bicara.
Rizwan pandang aku, semua pandang aku,
"Kami tiga-beradik pun miskin juga, jadi bila ada orang bagi makanan dan rakam kami, saya jadi menyampah. Bagi saya... boleh nak post dekat media sosial untuk kebaikan, untuk beri iktibar pada semua orang untuk berbuat baik sama, tapi dengan kebenaran orang yang dirakam lah... jadi... erm... kami berdua faham apa yang er Rizwan dan yang lain rasa. Kan, abang?" soal aku sambil menggoyangkan tangan abang Bahzi.
Abang Bahzi nampak tersentak, tapi dia terus angguk, tangan aku dia genggam erat,
"Ye, betul. Abang pun... tak suka bila ada orang pandang hina dan ejek adik abang sebab miskin. Siapa je suka kan?" sambung abang Bahzi.
Aku mengangguk, kemudian aku sambung cakap,
"Ilham mungkin tak sesusah kita semua, kehidupan Ilham sederhana, tak susah sangat, tak mewah sangat. Tapi dia... satu-satu manusia yang tak pernah cakap kisah pun tentang kehidupan saya, latar belakang saya, siapa saya... dia berkawan dengan saya, dia kawan yang sangat baik.
Memang betul dia terkenal dekat Instagram, tapi setiap kali dia review makanan, niat dia untuk membantu. Dia bukan terima makanan percuma daripada produk viral ke apa, tapi dia cari... dia cari gerai-gerai yang tak ramai pelanggan dan susah, dia beli dan dia buat review dia sendiri. Dia bantu mereka semampu dia."
Aku dapat rasakan Ilham tengah pandang aku, ahh aku tak nak toleh! Bagi aku habiskan cakap dulu!
"Dia... seorang lelaki yang tak pernah remehkan, hina atau ejek orang lain, tak kira siapa dia, miskin ke kaya, tua ke muda. Dia kawan saya daripada saya darjah satu lagi, dah hampir 11 tahun kami berkawan, jadi saya tahu dia macam mana.
Saya tak pernah nampak dia post gambar sesiapa dekat media sosial kecuali gambar dia, keluarga dia dan kawan-kawan dia. Saya yakin, dia tak ada niat langsung pun nak rakam video korang semua dan upload dekat mana-mana media. Kan Ilham?"
Kali ni baru aku pandang dia, dia tersenyum dan mengangguk.
"Handphone pun dekat kereta. Jangan risau, saya takkan rakam dan upload dekat Instagram."
Aku mengangguk yakin, wajah Rizwan dan yang lain nampak sedikit tersentak, mereka masih diam melihat kami. Aku menelan liur,
"Ada seorang kawan saya kata, ada banyak perkongsian dalam hidup kita, jadi kita pun kena berkongsi. Jadi... err... saya nak berkongsi apa yang saya ada dengan awak semua, Abang Bahzi memberi dengan berniatkan nama arwah Ibu, dia harap andai apa yang dia lakukan mendapat kebaikan, dia mahu hadiahkan kebaikan tu kepada arwah Ibu.
Ilham pula sekadar membantu, tapi dia gembira sangat bila saya cakap saya nak buat semua ni... "
Rizwan sudah mula duduk, semua orang sedang mendengar apa yang aku cakap... aku harap aku tak salah cakap lah.
YOU ARE READING
Hidup Dalam Mati [Completed]
RandomKalau kau boleh senyum, kenapa perlu kau sorokkan? Kenapa kau berpura menahan diri untuk tersenyum ikhlas? Sedangkan aku di sini mahu tersenyum bebas seperti kau. Kalau kau boleh menangis dan mahu menangis, kenapa perlu kau tahan? Kenapa kau perlu p...