Di sebuah kafe indah, sudah dipenuhi ramai pelanggan, pelanggan-pelanggan yang menanti kedatangan seseorang. Di tangan mereka sudah tersedia sebuah novel dan ada yang membawa dua novel sekali! Sabar mereka menunggu sambil bercerita tentang kisah yang terdapat dalam novel-novel itu serta penulisnya!
Tidak menang tangan para pekerja untuk menyiapkan pesanan air dan makanan kecil yang dipesan mereka. Namun dalam kesibukan itu, mereka sempat bersyukur kerana rezeki mereka melimpah ruah pada hari itu!
"Maaf saya sedikit lambat!" sapa seorang gadis yang baru sahaja masuk ke dalam kafe itu.
Gadis itu bertudung bawal, dengan blouse panjang dan seluar palazzo hitam. Dia tersenyum kecil,
"Awak semua tak marah kan?" tanyanya lembut.
Kafe itu terdiam seketika, sebelum mereka bersorak hebat dengan kehadiran si penulis novel kegemaran mereka!
Basyirah sedikit terkejut dengan balasan yang dia terima, dia dikerumuni oleh mereka! Agak susah juga Basyirah mahu menyapa mereka seorang demi seseorang, dia tidak dapat bergerak!
Seorang lagi wanita yang baru masuk kafe itu membeliakkan mata, terkejut melihat penulis itu dikerumuni.
"Maaf! Boleh bagi penulis kita duduk dulu? Kesian dia!" teriak dia tegas.
Alia pantas menyelit di antara mereka sebelum menarik penulis baharu itu ke meja khas. Para peminat sudah mula memberi ruang untuk Basyirah ke meja khasnya.
Basyirah menghembus nafas lega, dia mengucap terima kasih perlahan pada pengurusnya. Sebaik sahaja duduk, dia tersenyum kecil sebelum mengeluarkan barang-barang kecilnya, pen, nota kecil, telefon...
"Okay... assalammualaikum semua..." ucap Basyirah perlahan, dia tersenyum kekok. Sedikit gugup melihat ramai orang di hadapannya.
"Maaf saya terlambat... jadi, boleh kita mulakan sesi kita?"
"Boleh!"
"Ye!"
Mendengar sahutan itu, Basyirah tersenyum teruja. Pengurusnya dan beberapa orang lagi pembantu memulakan kan sesi pertama, sesi autograf.
Satu per satu peminat akan beratur dan menunggu giliran mereka, apabila sudah sampai giliran mereka, Basyirah akan meminta novel mereka dan menanda tangan di tempat yang dipinta, Basyirah akan jawab sahaja pertanyaan mereka dan menegur sapa.
Meriah benar kafe itu! Wartawan tidak lupa!
Kemudian sesi kedua dimulakan. Sesi soal jawab! Sesi terakhir adalah kata-kata daripada penulis dan sesi bergambar.
Basyirah menarik nafas membuang lelah, baru sesi pertama sudah penat! Dia menghirup air kegemarannya sebelum memberi signal kepada Alia untuk memulakan sesi kedua itu.
Sesi soal jawab dimulakan dengan soalan ringkas sahaja. Ceria Basyirah menjawab.
"Cik Basyirah, kita sedia maklum bahawa cik baru menceburkan diri dalam dunia penulisan, tetapi sudah berjaya menerbitkan novel dan mendapat sambutan yang hangat, dua novel pula tu, kita nak tahulah... macam mana dapat inspirasi untuk menulis novel sehebat ini?"
"Cik Basyirah menjangkakan sambutan sehangat ini?" tanya para wartawan.
Basyirah tersengih kecil,
"Ermm... first, alhamdulillah, saya tak sangka akan dapat sambutan sehebat ini, Masya Allah, rezeki Allah besar...
Impian saya cuma mahu menerbitkan buku untuk memberi manfaat kepada sesiapa yang baca, walaupun yang membaca cuma golongan minoriti, tapi Ya Allah... saya betul-betul tak sangka ramai yang berminat dengan karya saya.
YOU ARE READING
Hidup Dalam Mati [Completed]
RandomKalau kau boleh senyum, kenapa perlu kau sorokkan? Kenapa kau berpura menahan diri untuk tersenyum ikhlas? Sedangkan aku di sini mahu tersenyum bebas seperti kau. Kalau kau boleh menangis dan mahu menangis, kenapa perlu kau tahan? Kenapa kau perlu p...