Dia nak bunuh diri.
Dah kenapa mamat sengal ni? Nak bunuh diri, buat lah dekat tempat lain, buat masalah dekat tempat kerja abang aku, aku nak relaks-relaks dekat atap ni pun tak senang.
Dengan berdrama lagi, kau nak terjun, terjun je lah cepat-cepat, tolonglah bagi aku ketenangan!
"Tapi kalau aku terjun, tak mati ke aku nanti?" kata dia lagi, dah tak berdrama, tangan pun dia dah jatuhkan.
Eh?
Eh lah... dia tak nak mati... habis tu dia nak terjun buat apa? Suka-suka? Dia ingat bungee jumping ke apa?
"Uish ini kira-kira ada 30 meter ni, kalau aku terjun... uish boleh pecah kepala aku."
Wah, nampak menarik bang.
"Nak terjun ke tak nak? Tak nak? Nak? Nak ke tak nak?"
Halah serabutlah aku.
"Bang."
"WOI ANAK HARIMAU TERBANG?! ASTAGFIRULLAHALAZIM!"
Wajah aku tak berperasaan. Aku pandang dia dengan pandangan jengkel, dia... nampak panik.
"Kau-kau siapa?! Kau jangan cuba selamatkan aku eh?!"
Ceh. Lantak kau lah situ.
"Tak akan."
"Ha... ba-bagus! Diam! Pergi!" halau dia.
Eh dia ni. Ini tempat aku lah. Halah...
"Bang, cepat sikit eh terjun. Ni tempat saya, saya nak relaks dekat sini seorang, abang kacau lah." kata aku terus terang.
Terus dia terdiam. Wajah dia yang panik dah mula mengendur. Dia pandang aku dengan mata sepetnya,
"Kau ni kejam lah, budak. Sampai hati kau suruh aku terjun eh?"
Huh? Aku kenal dia ke? Apahal dia ni? Dia turun daripada tebing tu, muka dia nampak sedih pula dah... tapi bila dia makin mendekat, aku semakin mengundur ke belakang.
"Kau tak nak selamatkan aku? Aku nak bunuh diri ni?"
Ha? Buat apa? Dia yang nak mati.
"Tak nak. Abang yang nak mati, abang punya pasal lah. Boleh tolong terjun cepat sikit tak bang? Saya penat ni." keluh aku, penat lah diri lama lama.
"Sampai hati kau... macam ni lah manusia... tak pernah menghargai... mengabaikan jiwa yang sengsara!"
Lah dia mula berdrama pula. Aku mengeluh penat. Bila aku pandang dia semula, baru aku perasan, dia pakai baju hospital, dengan balutan dekat bahagian lengan dia. Nampak macam luka biasa yang besar dan dalam, tapi dia boleh lagi gerak-gerakkan lengan, tetapi ada kesan darah dekat balutan tu.
Ouh pesakit sini rupanya. Lah dia nak terjun lepastu menyusahkan orang ke?
"Tak jadi lah aku nak terjun. Nanti-nanti lah aku cari tempat lain."
Ouh ha, baguslah. Tiba-tiba dia pandang aku,
"Kau, siapa nama kau?"
"Basyirah."
Dia mengangguk dan sengih,
"Aku Afi Haiman. Umur aku baru 18, kau... nampak macam budak sekolah lagi, tak payah lah berabang-abang, saya awak, geli pula aku."
Aku menayang wajah toya, apa dia ingat lepas ni aku nak berkawan ke dengan dia?
"Jadi Basyirah, kau ni teruk ni."
...
Ha?
Apa masalah dia ni?
"Kau sanggup membiarkan seorang yang berjiwa kacau membunuh diri, ini di luar akal fikiran waras, maknanya kau tak waras... " kata dia lagi, sekarang gaya dia dah tukar macam orang yang profesional pula...
YOU ARE READING
Hidup Dalam Mati [Completed]
RandomKalau kau boleh senyum, kenapa perlu kau sorokkan? Kenapa kau berpura menahan diri untuk tersenyum ikhlas? Sedangkan aku di sini mahu tersenyum bebas seperti kau. Kalau kau boleh menangis dan mahu menangis, kenapa perlu kau tahan? Kenapa kau perlu p...