"Kau nampak penat dan tak bersemangat hari ni." kata Aiman sambil pandang aku.
Tak, tak boleh ke dia duduk elok-elok? Gaya duduk dia sentiasa pelik. Kaki terlunjur gitu, dengan jari kaki dia digerak-gerakkan, aku terganggu betul!
"Pernah ke aku nampak bersemangat?" soal aku semula.
Aiman terus memetik jari, mata dia sengaja dibulatkan seperti tersedar sesuatu,
"WEH HAAH LAH! KAU MANA PERNAH BERSEMANGAT! AHAHAHA!"
Aku kan... dah try nak bawa kayu baseball abang Bahzi, tapi tu lah... kalau abang tanya, naya je nanti.
Masalahnya sekarang... kenapa dia cuba bulatkan mata dia sedangkan mata dia sepet? Tak nampak bulat pun! Sila ketawa kuat lagi, ada juga alasan aku untuk baling botol air ni nanti.
"Aduh lawak lah kau ni, tapi... BUKAN LAH! Kau memang selalu nampak tak ada semangat tapi hari ni kau dua kali ganda tak bersemangat!"
Eh eh? Dia tinggi suara pula... Dia yang gelak dulu, aku baling botol ni betul-betul karang...
"Kau marah aku?" soal aku dingin.
"Tak lah, aku tanya. Tanya dengan penuh semangat!
Heh, kalau boleh aku nak curi sikit energy dia. Biar sama-sama bersemangat. Dia berdrama pasal bersemangat lepas tu dia gelak sendiri.
Eh senang terhiburnya dia ni.
"Okay sorry sorry... sini lah cerita... aku dengar." kata dia lagi, cuba pujuk pula.
Aku menghela nafas berat. Kali ni aku letakkan dagu aku di lutut. Malas mahu bercakap banyak.
"Tak ada apa lah."
"Hm? Tapi kau nampak macam--"
"Macam apa? Macam orang yang perlukan seseorang untuk bercerita?" cantas aku, sedikit sinis. Dia yang pernah cakap macam ni dekat aku.
Aku tak rasa sekarang aku perlukan seseorang untuk bercerita. Aku penat. Aku nak sambung tidur saja.
"Okay sorry. Kalau macam tu... kau nak dengar kata-kata motivasi daripada aku?" tawar dia lagi.
Aku? Kata-kata motivasi? Tak tahu lah...
"Orang yang tak berguna, robot, heartless, pathetic, attention seeker, dingin, menyusahkan macam aku ni boleh ke terkesan dengan kata-kata motivasi? Banyak pakar motivasi yang sekolah jemput, tapi sikit pun aku tak rasa apa-apa dengan kata-kata diorang. Lupakan lah." luah aku jujur.
Kali ni dia diam, dan tak berkata apa-apa lagi.
Sunyi sekejap atas ni.
Ha, aku dah sedar siapa diri aku. Aku perlu hidup dengan diri aku yang sekarang ni sampai Malaikat Izrail datang dan cabut nyawa aku. Sampai saat tu, aku kena bertahan hidup dengan jasad ni. Tapi...
Aku dah penat. Sumpah penat.
"Wei Basyirah."
"Apa..." jawab aku separuh mengeluh. Bagi lah aku tidur dengan tenang...
"Aku mengandung weh, dah 2 bulan dah."
Oh.
Eh?
.
.
."HA?!" teriak aku.
TAK MUNGKIN LAH! DIA LELAKI! MENIPU
"Eh?"
Apa dia ni? Dia yang cakap dia yang pelik! Tak mungkin lah... dia... lelaki kan? Mana datang rahim dia! Dia tak pernah period kan? Dia transgender sekali pun dia takkan boleh mengandung! EH TRANSGENDER KAN HARAM!
YOU ARE READING
Hidup Dalam Mati [Completed]
RandomKalau kau boleh senyum, kenapa perlu kau sorokkan? Kenapa kau berpura menahan diri untuk tersenyum ikhlas? Sedangkan aku di sini mahu tersenyum bebas seperti kau. Kalau kau boleh menangis dan mahu menangis, kenapa perlu kau tahan? Kenapa kau perlu p...