Sekarang ni... apa masalah dia?
"Abang Bahzi?"
"Ye!"
Senyuman ceria dia aku pandang jengkel, dia ni... susah betul lah kalau dah bersemangat sangat.
"Abang buat apa?" tanya aku lagi.
Dia boleh lagi senyum lebar sampai tak nampak mata, mata dah lah sepet,
"Nak pujuk Babah lah!"
Aku rasa... abang aku dah tak betul. Betul doktor ke ni?
"Abang pakai kurta kenapa?"
Kurta putih. Dia ingat nak melawat orang meninggal ke? Dengan songkoknya tu... Ya Allah apa abang aku ni?
"Dengar adik, kita bila nak tunjuk seseorang betapa bagusnya berbuat kebaikan, kena mulakan dengan penampilan! Ini cara terbaik untuk pujuk Babah!"
Tak. Aku rasa Babah akan tambah marah. Dahi aku berkerut pelik, ye ye je dia ni?
"Dah jom!"
Aku ragu-ragu betul nak ikut dia ni. Haih...
"Mari adikku!"
Halah menyampah betul. Nak tak nak, aku terpaksa pergi juga. Sepanjang perjalanan, dia dah cakap dah apa yang dia nak buat masa sedekah tu nanti, punya banyak rancangan dia... macam Babah confirm bagi izin je.
Haih... kalau Babah tak bagi, hancur lah rancangan aku. Sampai saja sana, abang pegang tangan aku dan tarik aku masuk bangunan sampailah depan bilik Babah.
Ha ye, semua orang tengok, dengan pandangan pelik. Siapa tak pelik? Anak pemilik syarikat masuk pejabat dengan kurta. Dah lah pakai kurta, dengan senyuman cerianya, tanpa malu dia boleh tarik tangan aku macam ini taman permainan dia je. Kacau betul abang aku ni.
"Assalammualaikum Babah!"
"Waalaikumus--"
Kan aku dah kata. Muka Babah dah berubah, berkerut macam tak percaya dengan apa yang dia nampak.
"Dah kenapa kamu ni Bahzi?"
"Adik kata Babah tak kasi adik nak buat sedekah."
Macam mana dia boleh kata macam tu sambil tersenyum? Entah kenapa lah, perwatakan abang Bahzi ingatkan aku pada Afi Haiman pula.
"Haah memang pun. Buang masa, buang duit."
"Masa adik, duit adik." celah aku, langsung tak setuju dengan alasan Babah.
Tapi abang Bahzi goyangkan tangan aku, menyuruh aku diam. Tapi... Babah nampak tak puas hati. Mestilah, aku baru bantah dia kot?
"Bahzi ingat nak--"
"Kalau Bahzi datang sini nak pujuk Babah bagai, tak payah. Pergi balik. Daripada Basyirah buat semua tu, lebih baik dia belajar, SPM tahun ni kan? Kalau keputusan teruk, buat malu Babah je."
Kali ni aku diam, walaupun aku nak sangat balas, tapi disebabkan abang Bahzi suruh aku diam tadi, baik aku diam. Wajah ceria abang Bahzi dah memudar.
Ah sudah, jangan kata dia dah tak ada idea nak cakap apa... Aku pandang dia dengan kerutan di dahi, dia pula toleh ke belakang sesaat je sebelum dia pandang Babah semula! Eee jangan lah macam ni! Tadi yakin sangat tau abang Bahzi ni!
"Bagitahu Babah, Bahzi, nak buat apa sedekah dekat orang tak guna? Pengemis tu, kalau dia kerja mesti dia tak merempat. Anak-anak yatim tu, ramai lagi lah yang nak sedekah dekat diorang. Tak payah lah. Tak payah jadi baik sangat macam orang lain."
YOU ARE READING
Hidup Dalam Mati [Completed]
РазноеKalau kau boleh senyum, kenapa perlu kau sorokkan? Kenapa kau berpura menahan diri untuk tersenyum ikhlas? Sedangkan aku di sini mahu tersenyum bebas seperti kau. Kalau kau boleh menangis dan mahu menangis, kenapa perlu kau tahan? Kenapa kau perlu p...