Dah sebulan Afi Haiman pergi, dan dua minggu ni juga, Basyirah murung. Dia jarang sangat bercakap. Bila aku chat, jarang dia balas, bila aku call, jarang dia nak jawab, bila aku jumpa, berat sungguh mulut dia nak buka.
Aku tak sangka sebegini besar kesan yang Haiman tinggalkan pada dia. Aku dah baca surat Haiman.
Dia dah tunaikan permintaan Abang Bahzi. Cuma, sekarang terpulang pada Basyirah untuk ikut kata arwah atau tidak.
Aku pun dah tunaikan permintaan Basyirah, aku dah cerita semua pasal Haiman, persis seperti yang Haiman ceritakan pada aku. Lepas aku cerita, dia semakin murung.
Air mata dia mudah sekali jatuh setiap kali berkaitan Haiman, dia tak lah merintih dan teresak, tapi air mata dia selalu keluar setitik demi setitik dan lepas tu dia kesat laju dan tahan diri daripada menangis.
Aku nampak dia sedang lawan diri dia, dia nak jadi kuat dan redha.
Sebegitu besar sayang dia pada arwah. Hebat kau, Haiman, berjaya buat seorang Basyirah jatuh hati pada kau, tapi lepas tahu segala perbuatan kau selama ni, aku tak hairan kenapa Basyirah sayang sangat pada dia.
Abang Bahzi dan abang Bahri sedaya upaya berusaha untuk ceriakan Basyirah semula, pergi berkelah, keluar makan, luangkan lebih banyak masa dengan Basyirah, aku nampak segala usaha mereka, lebih-lebih lagi abang Bahri yang betul-betul try hard untuk berubah.
Tapi Basyirah tak berubah banyak pun, ya dia bersyukur tetapi... hati dia masih terluka lagi.
Dan sekarang, dia masuk hospital pula.
Dia pengsan dekat rumah semalam, abang Bahri terus lah bawa ke hospital, rupanya badan dia mengalami dehidrasi. Badan dia pun lemah, dia tak makan pun dua hari ni.
Aku... sebenarnya dah buntu nak buat apa.
Aku tak pernah hilang orang yang aku betul-betul sayang sepenuh hati aku, jadi aku tak tahu nak buat apa, aku terkejut... bila Basyirah macam ni.
Apa yang aku mampu, cuma bagi semangat dan selalu ada dengan dia. Aku fikir mungkin dia perlukan masa, tapi dia pun tak boleh ditinggalkan sendiri.
Aku ketuk pintu bilik dia,
"Masuklah..." sahut dia lemah.
Aku tarik nafas, dengan bismillah, aku buka pintu bilik tu dengan senyuman ceria,
"Cakk!" sapa aku.
Basyirah angkat wajah, wajah dia pucat, bibir dia kering...
"Aku datang bawa roti kesukaan kau!" kata aku sambil tunjukkan beg plastik pada tangan. Aku masuk dan duduk di kerusi sebelah katil dia.
Aku hulur satu Roti Boy pada dia, dia sambut lemah.
"Terima kasih..."
Aku cuma senyum. Hati aku sedikit lega bila dia nak juga buka plastik balut roti tu, nampaklah yang dia nak makan.
Tapi dia nampak lemah betul.
"Sini aku bukakan."
Dia hulur semula, aku dengan pantas bukakan plastik balut roti tu dan hulur semula pada dia.
Dia sekali lagi sambut dan gigit perlahan.
"Aku beli dekat kedai sepupu aku tu. Bagi aku, sedap lah roti dia.
Macam mana, sedap?" soal aku ceria, cuba berbual seperti biasa.
Buat seketika, dia berhenti mengunyah, dan dia terdiam.
Hm?
Dan beberapa saat lepas tu, ada dua butir air mata yang mengalir keluar daripada mata dia.
YOU ARE READING
Hidup Dalam Mati [Completed]
AléatoireKalau kau boleh senyum, kenapa perlu kau sorokkan? Kenapa kau berpura menahan diri untuk tersenyum ikhlas? Sedangkan aku di sini mahu tersenyum bebas seperti kau. Kalau kau boleh menangis dan mahu menangis, kenapa perlu kau tahan? Kenapa kau perlu p...