"Bintang malam ni cantik kan? Penuh langit dengan bintang." kata Ilham lagi.
Aku pandang langit, ya... cantik. Bulan terang, bintang-bintang di sekelilingnya juga berkelipan. Indahnya.
Agak-agaknya, Aiman nampak tak langit malam ni? Dia mesti suka langit indah macam ni. Apa dia sedang melihat langit? Apa lah agaknya dia bayangkan bentuk bintang tu...
"Syirah, kau..."
Pantas aku menoleh apabila Ilham mahu berkata sesuatu, tetapi dia nampak bersalah pula.
"Kau... kau okay? Tentang tadi..."
Tak mungkin lah tak okay, aku tak rasa apa-apa pun. Aku tahu perbuataan Babah dan aku itu salah, tapi tetap juga, aku tak rasa apa-apa.
"Aku tak rasa apa-apa... cuma abang Bahzi... mungkin terasa." jawab aku perlahan.
Ilham tersengih kelat sambil menggaru belakang kepala,
"Ouh... Boleh aku tanya lagi?"
Pelik, kenapa minta izin pula? Aku menaikkan kening tanda memberi izin,
"Abang Bahzi dengan abang Bahri... bergaduh ke?" soal dia perlahan dan berhati-hati.
Aku diam seketika, peka betul Ilham. Dia perasan saja banyak perkara buruk yang berlaku hari ni.
"Hm. Abang Bahri tak nak pergi, itu yang gaduh... sikit."
"Sikit?"
Tak, gaduh besar. Bukan sikit. Tapi Ilham cuma menarik sengih kelat saat aku tak menjawab lagi soalan dia.
Sudah tu kami diam. Aku sabar menanti abang Bahzi. Ah, lama pula... Babah tak beri izin balik ke? Tolonglah, aku nak balik.
"ILHAM! LARI!"
Pekikan tu membuatkan aku menoleh pantas. Mata aku sedikit membesar apabila ada lelaki di belakang aku.
Sejak bila dia... siapa dia?
"Syira--ark!"
Ilham kena pukul! Ilham kena pukul pada kepala dan pengsan! Kenapa... apa jadi?!
"Ilham!"
Itu... teriakan terakhir aku, sebelum aku jatuh pengsan. Aku terasa ada kain yang menekup mulut dan hidung aku, dan ada satu bau tak menyenangkan menusuk masuk hidung aku, aku... tak sedar apa-apa.
Aku terdengar teriakan abang... Faiz dan Hariz... tapi semuanya samar-samar...
Aku... tak tahu apa jadi pada aku.
.
.
.
.
(Selepas 2 jam 27 minit diculik)
"Assalammualaikum, Ibu!" sapa aku ceria. Ibu Basyirah baik dan lembut, sampai biarkan aku panggil dia dengan gelaran 'Ibu'. Sama seperti Basyirah.
"Lah Ilham ke... nak jumpa Basyirah?" tanya Ibu semula.
"Haah! Nak tanya kerja sekolah! Basyirah ada?"
Ibu menjemput aku masuk.
"Ada lah. Kejap lagi dia turun lah tu."
Aku cuma menangguk akur, sambil menunggu dia turun, aku keluarkan apa yang patut. Buku latihan, alat tulis, gula-gula...
Ibu datang semula dengan sedulang air sejuk dan roti. Aku tersenyum saja.
"Terima kasih, Ibu!"
Ibu duduk di sofa hadapan aku selepas meletak dulang tadi di atas meja.
YOU ARE READING
Hidup Dalam Mati [Completed]
RandomKalau kau boleh senyum, kenapa perlu kau sorokkan? Kenapa kau berpura menahan diri untuk tersenyum ikhlas? Sedangkan aku di sini mahu tersenyum bebas seperti kau. Kalau kau boleh menangis dan mahu menangis, kenapa perlu kau tahan? Kenapa kau perlu p...