"Bahzi... kau cakap dengan aku... "
Suara aku dingin, aku angkat wajah, mata aku tajam menikam Bahzi. Dia pandang aku dengan pandangan kosong dia,
"Bukan ke kau selalu ada dengan dia? Mana kau waktu tu? Kenapa... kau biarkan dia kena culik? Huh?"
Bahzi menunduk, langsung tiada niat mahu buka mulut.
Cih! Tak guna! Aku berdiri dan meluru ke arah dia!Kolar baju dia aku tarik!
"Jawab lah Bahzi! Mana kau?! Kau tahu adik tak ada pengawasan daripada pihak polis atau SPY, kenapa kau biarkan dia seorang?! Aku percayakan kau untuk jaga adik malam ni! Mana kau?!" jerkah aku marah!
Tak guna! Kalau dia ada.... kalau diorang tak pergi majlis bodoh ni... benda ni takkan jadi!
Bahzi langsung tak nak cakap! Tapi wajah dia mula tegang sambil pandang aku,
"Daripada hari tu lagi aku dah cakap dengan kau kan?!Tak payah bawa adik datang majlis bodoh ni! 3 kali Bahzi!
3 kali aku ingatkan! Tapi kau sibuk dengan Babah kesayangan kau tu! Sekarang kau tengok! Kau tengok apa jadi!" tengking aku melepaskan amarah.
Aku tak kira siapa pun yang ada dekat sini, aku tak kira wartawan ke, orang tua kaya mana... polis ke, SPY ke apa jadah semua tu! Aku dah ingatkan... kenapa dia tak nak dengar?
"Hei kalau adik aku dan Ilham tak selamat... sampai mati aku takkan maafkan kau, Bahzi, sampai mati aku takkan maafkan Babah. Sampai mati... aku tak nak tengok muka korang lagi... "
Selama ni Bahzi biarkan saja Babah buat apa-apa pun dekat adik! Semua dia relakan! Dia sikit pun tak halang! Aku tak suka dia... aku tak suka bila dia biarkan semua tu jadi!
"Kau lupa ke kita pernah hilang adik DUA kali Bahzi... Baayah meninggal... kita tak dapat buat apa pun...
Waktu adik hilang diri dia, kita pun tak dapat buat apa... Dan sekarang kita akan hilang adik buat selama-lamanya ke? Lagi sekali?" soal aku penuh hampa dan marah.
Baayah, dia lahir selepas 4 tahun kami dilahirkan, mestilah kitorang suka, ada adik. Tapi... dia meninggal. Dia meninggal sebab demam panas. Waktu Basyirah baru berumur 1 tahun, Baayah meninggal dunia.
Dia sepatutnya perlu dibawa ke hospital, dibelikan ubat, tapi... kami tak ada duit. Kitorang kesal, kitorang sedih, adik kami meninggal dunia. Lepas tu kami bertekad untuk jaga Basyirah macam raja, aku tak nak hilang adik lagi.
Tapi sekarang... aku... bakal hilang dia lagi? Cukup sekali aku hilang dia... aku tak nak terseksa menanggung rasa sedih tu nanti.
"Kenapa Bahzi... kenapa kau tak jaga adik betul-betul?" lemah suara aku bertanya.
Kolar baju dia aku lepaskan perlahan.... Tolonglah, aku nak adik aku hidup!
"Kau... tak layak pun tanya aku macam tu Bahri."
Kata-kata dia menarik perhatian aku, wajah aku berkerut menahan marah. Mata kosong dia pandang aku tanpa riak,
"Selama ni kau tak hiraukan adik pun. Sekarang kau nak jadi 'abang' dia yang betul-betul pula?"
HAH?! Panas hati aku dengar dia merepek! Disebabkan marah, aku tarik kolar baju dia sekali lagi dan tolak ke dinding dengan kuat!
"Encik Bahri! Tolong bertenang!"
Pergi mati dengan bertenang! Bahzi masih pandang aku tanpa riak, seolah tak hairan pun apa aku buat pada dia! Kami bertikam mata!
"Tak hiraukan kau kata? Kau tahu tak selama ni aku perhatikan dia selalu? Kau tahu tak hampir SETIAP HARI aku mesej Ilham! Tanya tentang adik pasal keadaan dia dekat sekolah?!

YOU ARE READING
Hidup Dalam Mati [Completed]
RandomKalau kau boleh senyum, kenapa perlu kau sorokkan? Kenapa kau berpura menahan diri untuk tersenyum ikhlas? Sedangkan aku di sini mahu tersenyum bebas seperti kau. Kalau kau boleh menangis dan mahu menangis, kenapa perlu kau tahan? Kenapa kau perlu p...