Prolog

267 20 0
                                    

Ayah kata, walau apapun jadi, ketawa lah, senyum lah. Meskipun aku marah, aku kecewa, aku sedih, takut, senyum dan ketawa lah, perasaan negatif itu akan perlahan-lahan pergi. Kami sekeluarga hidup susah, tetapi disebabkan aku satu-satunya anak perempuan di dalam keluarga, aku dijaga dengan penuh kasih sayang. Kedua abang kembar aku memang suka manjakan aku, mereka rela diri mereka lebih susah daripada aku.

Ayah melakukan banyak kerja demi menyara kami, duduk pula di bandar, kos sara hidup tinggi, tetapi ayah tidak pernah mengeluh di hadapan aku, aku selalu ternampak wajah lesu ayah. Ibu sanggup gunting bajunya sendiri, dan jahit semula dengan menggunakan tangan demi membuatkan baju raya baharu untuk aku. Abang Bahzi dan Abang Bahri seawal usia 13 tahun sudah mengambil upah bekerja sambilan di warung biasa, gaji pun tak seberapa, tetapi... duit tu banyak dihabiskan pada aku. Pernah mereka berdua mengumpul duit demi membelikan aku baju sekolah yang baharu, sedangkan mereka berdua memakai baju sekolah yang sudah hampir 3 tahun lamanya.

Mereka sayang sangat pada aku, aku nampak semua pengorbanan mereka. Jadi aku buat apa yang ayah katakan, apa yang ayah ajar,

Aku ketawa.

Apa pun situasi buruk, aku ketawa. Aku dihina, dimaki, disakiti, takut, sedih, kecewa, aku senyum dan aku ketawa, aku usir rasa negatif itu jauh, sebab aku tahu, ibu, ayah, dan abang-abang lega apabila aku mampu ketawa dan tersenyum walau apapun jadi, dan sebab aku pasti, mereka pasti akan ada saat aku hadapi situasi-situasi buruk.

Dan aku juga ada Ilham! Ahmad Ilham tu baik sangat, selalu ada dengan aku tak kira apa pun situasi aku. Sampai ayah dan abang-abang pun dah percayakan dia. Ilham selalu belanja aku ais krim Malaysia, yang 20 sen tu... tapi aku selalu tolak, aku malu.

Aku fikir aku dah cukup bahagia,

Tapi rupanya, ajaran ayah salah.

Perkara terburuk, berlaku dalam hidup aku.

.

.

.

.

Selepas ayah dan ibu cuba memulakan perniagaan kecil, kehidupan kami semakin membaik. Ayah dan Ibu nampak begitu bertungkus-lumus dalam perniagaan itu, hutang di mana-mana demi mendapatkan modal perniagaan. Ilmu perniagaan dipelajari sentiasa walaupun sedikit, mereka sibuk, siang dan malam.

Dengan hasil titik peluh mereka, perniagaan ayah semakin berkembang dan akhirnya berjaya dalam masa 5 tahun sahaja.

Abang Bahzi dan abang Bahri sudah tidak bekerja, mereka malah dapat menyambung pelajaran di universiti yang baik, universiti swasta tanpa membuat apa apa pinjaman. Kehidupan yang susah sudah berlalu pergi meninggalkan kami.

Ah, bukan hidup susah itu saja, kebahagiaan aku pun dah mulai menghilang. Aku... dah kurang ketawa.

Ilham selalu perasan diri aku yang dah tak seceria dulu. Tetapi setiap kali dia bertanya, aku cuma mampu senyum dan diam.

Ayah, Ibu dan abang-abang dah tak ada masa dengan aku, lebih-lebih lagi ayah dan abang Bahri. Ayah sibuk uruskan perniagaannya, terkadang dua tiga hari kami tidak bertegur, abang Bahri... dah berubah. Dia, selalu keluar malam, dan dah tak hiraukan aku, dia terlalu suka dengan kemewahan yang ada sekarang.

Tinggallah Ibu dan abang Bahzi yang masih sama, cuma ibu sedikit sibuk membantu ayah, tetapi ibu selalu ambil tahu masalah aku. Abang Bahzi pula, maklumlah, medical student, sibuk selalu, tapi sekurang-kurangnya, abang Bahzi masih orang yang sama seperti dulu, tidak berubah sedikit pun macam abang Bahri.

Perasaan aku... makin menghilang. Hari-hari yang aku lalui tak dapat buat aku selalu ketawa dan senyum seperti dulu.

Sampai lah satu tahap....

.

.

.

.

"Ibu... dah tak ada."

Aku terdiam. Terbungkam dengan kenyataan yang baru aku terima.

"Ibu pergi mana?" soal aku sedikit berasa takut. Senyuman masih mekar di bibir, membiarkan rasa yang tidak sedap di hati ini, meski aku sudah merasanya sejak daripada Subuh tadi lagi.

Wajah abang Bahzi nampak sugul. Langsung tak ada senyuman atau rasa nak senyum pada aku.

" Ibu... excident, dan meninggal dunia di tempat kejadian. Ibu dah tak ada, adik. Allah dah ambil ibu."

Ha, aku faham.

Aku faham sangat. Aku buat apa masa tu?

Dekat luar kelas tingkatan 2 Amanah, aku mula ketawa, tapi tak lama...

10 saat selepas aku ketawa, aku terduduk, entah kenapa badan aku terasa lembik sangat, dan aku menangis. Aku sangat jarang menangis, aku masih ingat kali terakhir aku menangis sewaktu aku tingkatan satu, tetapi hari tu, aku menangis semahu aku.

Abang Bahzi yang terkejut dengan aku cuma papah aku balik. Mungkin satu kelas pun bungkam dengan aksi aku.

Budak ceria yang selalu senyum dan ketawa tiba-tiba menangis kuat. Sehari suntuk aku menangis.

Betapa aku terkilan dengan pemergian ibu, Subuh hari itu baru saja ibu peluk cium aku, tahu tahu saja sekarang sudah tiada... aku dah tak dapat rasa peluk, cium ibu, tak dapat dengar suara ibu, tawa ibu, nasihat ibu.

Sumpah rasa sakit.

Sehari selepas tu, aku bangkit tanpa rasa apa apa pun.

Aku tak dapat nak rasa sedih macam semalam, takut macam semalam, kecewa, terkilan macam semalam. Bahagia, gembira jauh sekali.

Tanpa aku sedar...

Disebabkan tangisan yang panjang itu, hati aku mati.

Dan tanpa aku sedar, ajaran ayah selama ini yang menyuruh aku untuk ketawa dan senyum tak kira apa jadi... perlahan lahan menghakis perasaan aku.

Dan ini lah jadi, aku... hidup tanpa emosi.

Aku, heartless.




















Okay hye Assalammualaikum everibadi. Rindu saya tak!

Hidup Dalam Mati [Completed]Where stories live. Discover now