"Ilham... "
"Hm? Ye, Ma?"
Aku angkat wajah, memandang wajah Mama, kunyahan masih diteruskan. Wei laparnya... tiga hari kot aku tak makan. Tidur aje kerja.
"Mama risau lah dengan Basyirah... kesian dia. Dia rasa bersalah sangat tu, bukan salah dia pun... "
Aku tersengih kelat. Itu lah...
"Dia mesti rasa salah dia kan? Kesian Mama tengok dia tadi."
Aku tak tahu lah apa yang buat dia rasa bersalah sampai macam tu sekali. Tadi... dia tak menangis pun, tapi dia seakan merayu untuk dimaafkan. Sampailah abang Bahzi cari dia.
Katanya Basyirah curi-curi keluar daripada bilik, padahal masih belum sihat lagi. Basyirah dibawa pergi oleh abang Bahzi. Mungkin sekarang dia tengah rehat.
"Ilham tengok lah luar tu, ramai wartawan yang nak masuk interview Ilham dengan Basyirah. Makin stress Basyirah nanti..."
Itu pun buat pening kepala je tu. Punya lah tak penat diorang nak ambil tahu kes ni daripada kami, sampaikan abang Bahri paksa Pakcik Bahar untuk upah bodyguard depan bilik aku dan bilik Basyirah.
Pening lah aku.
"Nanti Ilham slow-talk dengan dia. Ilham pun risau juga tengok dia macam tu. Jarang betul..."
"Dah buah hati, takkan tak risau! Ye dak?"
"ASTAGFIRULLAHALAZIM!" ucap aku terkejut!
Tajam je mata aku melihat ke arah pintu, hak alamak kakak sewel ni... wah seronok betul dia gelak!
"Ketuk lah pintu dulu! Akak ni!" marah aku.
Makin galak dia gelakkan aku. Abang pun ikut gelak tapi lepas tu dia dah tepuk-tepuk bahu kakak, sebab dia rasa kakak melebih-lebih.
Memang pun! Patut disekel je kepala kakak tu!
"Kak, dia bukan buah hati lah! Kawan tahu kawan?" bantah aku.
"Eleh... yeye je kau! Tak percaya aku!"
Aku golek mata, menyampah dengan kakak sewel ni!
"Wei Ilham, Basyirah okay?" tanya abang Ihdan.
Aku cuma tersengih dan menggeleng, nampak sangat tak okaynya. Abang Ihdan angguk kepala,
"Tak apa lah, nanti kau slow-talk dengan dia... lagi pula dengan media sosial dah kecoh."
Dahi aku berkerut, kecoh? Handphone aku dah hilang entah ke mana masa kena culik hari tu. Aku minta kakak aku belikan handphone baru semalam, tak dibelinya, padahal bukan guna duit dia pun! Tak apa, aku keluar wad aku terus beli nanti.
"Kecoh pasal apa?" tanya aku ingin tahu.
Abang Ihdan diam, dia pandang kakak, tapi kakak cuma angkat bahu.
"Alah apa ni, cakap je lah, bang, kak... " desak aku.
"Alah Ilham, nanti abang cakap kang kau makin risau pula. Kau fokus je lah untuk sembuhkan diri. Lagipun, SPM lagi 3 minggu kan? Tak apa, tak payah tahu. Nanti kau makin serabut."
Apanya?
"Nanti-nanti bila Ilham dah beli handphone, Ilham akan tahu juga kan? Cakap lah, bang, kak..." desak aku lagi.
Biasalah, anak bongsu, manja sikit. Tak, tapi aku serius curious. Apa benda tah yang kecoh sampai tak nak bagitahu aku. Lama-lama aku tahu juga.
"Kalau akak bagitahu, kau janji dengan aku untuk tak bagi reaction yang melebih eh? Relaks... dan hiraukan kalau boleh. Benda macam ni lama-lama dia cool down juga. Faham?"
YOU ARE READING
Hidup Dalam Mati [Completed]
DiversosKalau kau boleh senyum, kenapa perlu kau sorokkan? Kenapa kau berpura menahan diri untuk tersenyum ikhlas? Sedangkan aku di sini mahu tersenyum bebas seperti kau. Kalau kau boleh menangis dan mahu menangis, kenapa perlu kau tahan? Kenapa kau perlu p...