BAB 2

2.2K 193 154
                                    

ELDEN melangkah masuk ke dalam bilik mesyuarat yang pada awalnya kedengaran riuh-rendah dek kerana suara-suara sumbang daripada para pekerja Elden. Tiada seorang pun yang berani bersuara tatkala big boss mereka melangkah masuk.

Elden melangkah masuk ke dalam bilik itu diikuti oleh Fadrel dan Mike daripada belakang. Elden menghayunkan kakinya mendekati meja yang telah diduduki oleh para pekerjanya beserta dengan Mark.

Setelah itu, mereka melabuhkan punggung ke atas kerusi empuk yang tersedia khas secara serentak. Elden hanya mendiamkan diri sambil matanya ligat melihat riak wajah para pekerjanya. Manakala Mike dan Fadrel ralit meneliti wajah seorang demi seorang bagi memastikan pembelot syarikat itu menurut serta mesyuarat tergempar ini.

Sedang mereka meneliti wajah satu per satu pekerja disitu, iris mata mereka berdua menangkap wajah pembelot tersebut. Terbit sebuah senyuman sinis di wajah mereka.

Elden hanya memerhati perilaku Fadrel dan Mike. Kemudian, dia berdehem bagi menarik perhatian para penghuni bilik itu. Fadrel dan Mike yang mendengar deheman itu mula membetulkan duduk dan memandang tepat ke arah Elden.

"Mesti korang tertanya-tanya kenapa aku panggil korang semua ke sini kan?" soal Elden pada pekerja dengan nada suara yang kekal dingin.

"Ya," balas mereka serentak kecuali pembelot yang berada di dalam bilik itu.

Pembelot itu hanya memandang Elden dari sisi meja paling hujung. Rasa gementar bersarang di dalam hatinya memandangkan dia tahu apa yang bakal menimpanya tidak lama lagi.

'Janganlah aku kena tembak kat sini. Harap-harap umur aku panjang. Menyesal belot Tuan Elden,' getus hati lelaki itu.

Elden hanya melihat riak wajah lelaki itu dari jauh kemudian mengukirkan senyuman sinis. Senyuman yang hanya Mike dan Fadrel faham akan maksud disebaliknya.

'Matilah kau budak. Kau dah cari nahas dengan orang yang salah,' ujar Fadrel di dalam hati sambil memikirkan apa nasib yang bakal dilalui oleh pembelot tersebut.

'Salah orang la kau buat main. Kau yang serah diri untuk dibaham. Kau bersedialah untuk lalui neraka dunia,' getus hati Mike. Dia melakar sebuah senyuman sinis secara sembunyi. Tiada sesiapa yang perasan akan senyuman itu.

"Disebabkan korang tak tahu tujuan utama aku panggil semua berkumpul, biar aku bagitahu. Dalam bilik ini, pada waktu sekarang ni...ada seorang pembelot syarikat. Kalau kau rasa diri kau pembelot, baik kau mengaku sekarang," kata Elden dalam nada yang tegas sambil memandang tepat ke arah lelaki itu.

"Kami tahu siapa. Kau nak mengaku atau nak aku sebut nama kau?" soal Mike pula dengan nada yang mendatar. Matanya dihalakan ke arah lain. Tidak mahu mencemarkan matanya untuk memandang seorang pembelot.

"Dia taknak mengaku," ujar Fadrel pada Mike.

"Aku hanya suruh mengaku! Itu pun susah ke!" tengking Elden. Nada suaranya telah naik seoktaf.

Suasana bilik itu menjadi sunyi apabila Elden telah mengeluarkan suara yang maha kuat sehinggakan boleh didengar sejauh tiga bangunan.

BAM!

Meja itu ditampar oleh Elden. Fadrel yang berada di hadapan meja itu terangkat bahunya dek kerana terkejut dengan bunyi itu. Fadrel memandang meja itu lalu dia memandang wajah Elden semula.

Dua jejaka itu saling beradu mata sebelum Fadrel mengukirkan senyuman yang paling manis dan comel kepada Elden. Ingatkan Fadrel hanya senyum pada Elden, rupanya dia kerdipkan matanya bekali-kali pulak. Geram Elden dibuatnya. Mahu sahaja tangan yang masih melekap di permukaan meja itu singgah pada pipi Fadrel.

AMNEVARWhere stories live. Discover now