BAB 22

1.1K 82 14
                                    

Penthouse Elden

ELDEN melangkah turun ke ruang tamu rumah lalu mengambil tempat bersebelahan dengan Lean yang sedang menyiapkan kerja pejabat.

“Banyak kerja kau?” tegur Elden kepada Lean.

Lean hanya mengangguk sahaja.

“Bukan ke ni file Fadrel?” soal Elden sambil mencapai sebuah file yang dia berikan kepada Fadrel untuk di siapkan.

Yup, tapi budak tu tak buat lagi. Tengok dia macam ada masalah je. Kau tak tanya kenapa?” soal Lean kepada Elden. Dia sedari tadi memerhati tingkah laku Fadrel.

“Tak adalah pulak. Tadi aku tengok budak tu okay je.” Mendatar saja suara Elden.

“Aku tengok dah macam orang kena paksa kahwin.” Lean berkata kepada Elden.

“Mana dia?”

“Ada dekat swimming pool.”

Elden terus bangun dari duduknya lalu dia pergi tinggalkan Lean di situ. Dia ada perkara yang ingin diborakkan bersama Fadrel.

Elden melangkah menuju ke arah kolam renang. Dia dapat lihat dari jauh Fadrel sedang berbaring di atas rumput karpet sambil memandang dada langit yang terbentang luas.

Elden pergi ke arah Fadrel lalu berbaring di sebelah Fadrel. Matanya juga terarah ke atas memerhati bintang-bintang yang bertaburan cantik di atas sana.

“Kau okay?” soal Elden kepada Fadrel.

“Aku okay.” Fadrel hanya membalas seperti biasa. Akan tetapi, matanya tidak mahu memandang mata Elden. Dia hanya menipu Elden. Dia tidak okay setelah berfikir apa yang akan bakal berlaku nanti.

“Tipu. Aku kenal kau bukan seminggu. Aku dah lama kenal kau.”

“Aku okay je.”

Fadrel cuba untuk menyembunyikan rasanya. Dia tidak mahu membebankan Elden.

“Luah jelah.”

“Haih, entahlah. Aku terfikir apa yang aku kena buat if one day kau hilang tanpa jejak. Macam mana kalau Farrine pun hilang and family Farrine jadi target kena culik.” Luah Fadrel.

“Lah, fikir itu rupanya.” Elden berkata dengan nada yang biasa. Langsung tidak terfikir dek akal seorang Fadrel Edwin akan berfikir sebegitu.

Maybe perasaan aku je ni.”

Mungkin perasaannya sahaja berasa tidak enak. Dia bermimpi akan hal itu. Tidak mustahil jika itu berlaku. Mimpinya tidak pernah salah.

Setelah itu, mereka berdua hanya mendiamkan diri. Elden menutup matanya untuk mencari ketenangan dengan angin yang bertiup pada malam itu. Sejuk.

Bro, aku dengar Tengku Fazrel batalkan majlis tu.” Fadrel bersuara setelah sekian lama dia merasa mereka mendiamkan diri.

Yes sebab Farrine tak sembuh lagi.” Elden berkata kepada Fadrel. Fadrel hanya menganggukkan kepala sahaja.

“Aku dengar semua ahli Black Cruel Angels datang sini.”

“Ya. Farrine di Italy so diorang datanglah.”

Eagle Knight tak nak turun ke?”

“Tunggu Saphir balik Malaysia dulu. Nanti aku akan suruh diorang datang sini.”

“Yelah, Eld.”

Mereka terus diam melayan perasaan masing-masing.

FARRINE terjaga dari lenanya. Dia terasa lenanya begitu panjang. Matanya memandang setiap penjuru ruang bilik itu. Dia ingin bangun untuk duduk tetapi terbatal niatnya apabila merasa sakit di bahagian belakang akibat dari kecederaan tembakan. Dia baru perasan bahawa dia telah tidur secara mengiring agar tidak tertindih luka.

AMNEVARWhere stories live. Discover now