BAB 21

1K 93 7
                                    

FARRINE melangkah masuk ke dalam kafe lalu dia mencari kelibat Farren dan Farrel. Namun, bayangan kedua-dua abangnya itu tidak kelihatan.

Tiba-tiba dia terpandang akan seseorang yang sedang mengawang-gawangkan tangannya ke udara seakan memanggil seseorang. Farrine cuba untuk mengenal pasti gerangan itu kerana jarak mereka sedikit jauh. Meja itu juga sedikit tersembunyi.

Setelah dia kenal pasti yang orang itu merupakan Farrel, dia terus melangkah pergi ke arah meja itu kemudian melabuhkan punggungnya disebalah Farrel.

"Lambatnya."

"Sorry," ujar Farrine sepatah kepada Farren.

"It's okay." Farren berkata senada kepada adik bongsunya.

"Haaa, Rin. Kau dah cari Rien kat mana?" soal Farrel memecahkan kesunyian.

"Dah tapi tak jumpa." Farrine berkata senada kepada Farrel. Farrel hanya mengangguk sahaja.

"Elden ada dekat Italy." Farren menyampuk.

"Dia buat apa kat sini?" soal Farrel.

"Kerja la cerdik." Senada Farren berkata.

Farrel hanya mengangguk sahaja.

Farrine yang sedang makan itu seakan teringat sesuatu. Semasa dia ingin melangkah masuk ke dalam kafe, dia ternampak sebuah kedai manisan yang berada di seberang jalan.

"Arren, aku nak beli dessert kat kedai tu boleh?" soal Farrine sambil menudingkan jarinya pada kedai tersebut.

"Pergilah. Arrel pergi teman Rin. Aku tunggu sini je." Farren berkata kepada adiknya.

"Takpelah. Aku pergi sorang je. Dekat je, tak jauh pun."

Farren hanya mengangguk.

FARRINE yang baru sahaja melangkah keluar dari kedai itu tersentak apabila dia mendengar suara orang sedang bertekak tidak jauh dari kedai itu.

"Perché mi hai disturbato? (Why did you bother me?)" soal orang yang diserang itu kepada beberapa orang lelaki yang berbadan tegap di hadapannya.

"È semplice. Non vogliamo che tua sorella gemella ti trovi. Il mio capo ti vuole morto," balas salah seorang dari beberapa orang lelaki yang berbadan sasa. (Senang je. Kami tak mahu adik kembar kau jumpa kau. Boss aku nak kau mati.)

"Non toccare mia sorella gemella!" tengking lelaki itu kepada lelaki yang menyeranginya. (Jangan sentuh adik kembar aku!)

"Attacco!" arah lelaki itu kepada orang-orangnya. (Serang!)

Farrine yang mendengar ayat itu terus keluar dari tempat persembunyiannya.

"Fermare!" jerit Farrine dengan lantang. (Berhenti!)

Beberapa orang lelaki yang menyerang tadi berhenti apabila mendengar suara Farrine. Orang yang diserang oleh mereka itu telah lunyai.

Farrine hanya memandang lelaki yang sudah lunyai dikerjakan. Dia telah dengar semuanya.

"Who are you?" soal salah seorang lelaki yang berbadan tegap dan dikenali sebagai Vicky.

"Elvina." Beku sahaja suara Farrine.

"Farrine." Vicky berkata dengan nada yang terkejut.

Vicky terus mengarah anak-anak buahnya menyerang Farrine. Farrine yang telah lama bersedia itu membalas setiap serangan. Tetapi Farrine tidak dapat menangkis kesemua serangan mereka.

Farrine berharap pada ketika itu ada orang yang datang membantunya.

ELDEN melangkah keluar dari perut kereta. Dia membawa keluar telefon pintarnya dan dia ternampak notifikasi dari Farrine. Dia membuka lokasi yang dihantar oleh Farrine. Tempat Farrine dengannya hanya berjarak 1 meter sahaja. Dia dapat rasakan ada sesuatu yang buruk telah menimpa Farrine.

AMNEVARWhere stories live. Discover now