BAB 10

1.1K 120 14
                                    

KALEENA terjaga dari tidurnya yang panjang apabila iPhone XR miliknya berbunyi. Kaleena mencapai telefon itu lalu menekan butang accept tanda menerima panggilan tersebut.

"Assalamualaikum Alexa. Akak nak maklumkan yang bekalan elektrik syarikat kena potong." Kaleena yang sedang mamai terkejut apabila pekerjanya berkata begitu. Kaleena terus bangun dari pembaringan setelah mendengar hal itu.

'Anak siapalah yang buat hal ni. Mohon kutip lempar masuk loji tahi,' getus hati Kaleena.

"Waalaikumussalam. Malaun mana yang handle bayaran tu? Berapa tunggakan yang kena bayar?"

Kak Lisa gelisah apabila hendak menyebut jumlah tunggakan itu.

"RM 620 650, Alexa." Kaleena membulat mata apabila jumlah tunggakan itu disebut.

"WHAT THE HELL! Tujuh bulan tertunggak? Takpe, nanti Alexa datang syarikat."

Kaleena Lelyana berjalan dengan malas menuju ke bilik air untuk mengambil tuala dan mandi. Sebelum itu, sempat juga Kaleena memandang ke arah muka jam yang tergantung pada dinding bilik tidur itu. Jam menunjukkan pukul 8:30 pagi.

Kaleena tertidur selepas menunaikan solat subuh pada awal pagi tadi. Disebabkan terlalu penat, dia terus tidak sedarkan diri dan terlajak tidur.

"Uish...lama betul aku tidur. Mesti sebab aku balik lewat semalam. Hurm, tulah kau...siapa suruh kau tak sharp time. Padan muka kau. Pukul 1 pagi baru boleh balik. Farrel dengan Farren dera aku agaknya. Haih...Kaleena, kau bukan adik diorang. Kalau adik diorang, memang sahlah boleh balik awal. Kau tu anak angkat jer. Tapi tak apa, aku akan rampas kebahagiaan Farrine." Kaleena mengomel sendirian.

Kaleena mengomel sorang-sorang sambil mengatur langkah ke arah dapur. Dia terlampau marah akan si pekerja yang telah membawa lari duit syarikatnya. Bukan sedikit, tetapi banyak. Sekiranya wang yang dibawa lari itu dalam kadar yang sederhana, Kaleena tidak berapa kisah. Tetapi, kadar yang dibawa lari itu sangatlah banyak dan boleh jatuh kerugian sekiranya berlaku untuk kali kedua.

"Ni dah kenapa bebel sorang-sorang? Tak pernah opah tengok Kaylie bebel sorang-sorang sambil jalan."

Kaleena menepuk dahi apabila dia baru sahaja tersedar bahawa dalam rumah tu ada orang lain selain dirinya. Opah yang dipanggil oleh Kaleena itu merupakan orang gaji di rumah agamnya tetapi Kaleena telah menganggapnya seperti opahnya sendiri.

"Maaf opah, Kaylie tengah geram dengan orang yang buat onar kat syarikat Kaylie. Opah, tengah hari nanti Kaylie nak opah masak nasi minyak boleh?"

Wanita tua yang digelar opah itu hanya tersenyum dan mengangguk. Wajah Kaleena dipandang. Wanita itu tahu yang Kaleena amat merindukan keluarga kandungnya.Wajah itu menyembunyikan kesedihan.

Kaleena menyalam tangan wanita itu. Kaleena mengeluh apabila dia mendapat berita bahawa anak kepada wanita itu telah menjual tanah milik wanita itu. Tapi, siapa sangka yang pembeli tanah itu ialah dirinya. Kaleena sudah buat keputusan untuk mengembalikan semula tanah itu. Tanah yang dibeli itu adalah untuk membina rumahnya.

Kaleena mahu tinggal di dalam suasana yang tenang tetapi dia kuburkan sahaja hasratnya itu dan dia berjanji akan memulangkan balik harta pusaka wanita itu .

KS' Alexa Holdings

KEDENGARAN bunyi motor berkuasa tinggi milik Kaleena masuk ke perkarangan KS' Alexa Holdings itu membuatkan kesemua pekerja kecut perut. Siapa sahaja tidak kenal satu-satunya anak angkat Tengku Nik Fazrel Elvis.

Boleh dikatakan seluruh dunia tahu bahawa Tengku Fazrel mempunyai seorang anak angkat perempuan. Mereka kagum dengan anak-anak Tengku Fazrel kerana telah berjaya menjadi jutawan pada usia yang muda. Mereka hanya ingat Tengku Fazrel mempunyai seorang anak perempuan iaitu anak angkatnya sahaja. Akan tetapi, mereka tidak mengetahui bahawa Tengku Fazrel mempunyai seorang anak perempuan yang jauh lagi hebat daripada Kaleena.

AMNEVARWhere stories live. Discover now