BAB 8

1.3K 138 21
                                    

FAWWAZ memandang ke arah Farrine yang berada dihujung meja makan itu. Sedari tadi dia hanya memandang Farrine yang langsung tidak memanggungkan kepalanya.

Dia berdehem sedikit untuk menarik perhatian penghuni meja itu. Kesemua jejaka yang berada di meja itu mula menumpukan pandangan pada Fawwaz.

"Asal kau dehem? Sakit tekak? Kau nak aku ubatkan?" soal Fadrel sarkastik. Fawwaz hanya tersenyum sinis. Dia faham apa maksud di sebalik ayat itu.

"Tak nak aku...kau buat dengan Elden jelah." Fawwaz membalas dengan senyuman sinis dihadiahkan kepada Fadrel.

"Alah. Elden ni kadang-kadang tak berperasaan. Bosan." Fadrel mengutuk Elden dengan selamba sahaja.

Elden yang mendengar itu hanya tersenyum kecil. Dia faham...Fadrel rindukan dia yang dahulu. Tetapi dia tidak mampu mengubah diri dia kepada yang dahulu. Dia masih mencari adik-adiknya. Dia baru sahaja tahu bahawa dia mempunyai dua orang adik kembar. Tetapi, keberadaan mereka tidak dapat dikenal pasti. Mereka terpisah sejak kejadian ibu bapanya dibunuh dengan kejam.

"Nanti kau kahwin...adalah tu yang layan kau. Takpun kau tunggu Elden kahwin. Konfem bini dia layan kau." Farrel yang sedang melantak bersama Farrine itu menyampuk perbualan di antara Fawwaz dan Fadrel.

"Harap-harap...begitulah." Fadrel berkata dengan nada biasa. Sebaliknya, dia amat berharap akan perkara itu menjadi nyata.

"Eh, nama adik kau apa? Aku lupalah." Fadrel menyoal Farrel.

"Tanyalah tuan badan," senada Farrel berkata sambil merampas kentang goreng yang berada di sudu adiknya.

Farrine memandang ke arah Farrel dengan perasaan yang sebal.

'Aku risau ada orang jatuh kerusi. Aku beli untuk aku makan. Tapi, ini orang lain yang makan. Aii...tak lama jantan ni hidup ngan aku. Abang tak abang. Aku lapar jangan buat main. Humban masuk loji pun aku sanggup,' getus Farrine di dalam hati.

"Ishh...yelah." Fadrel berkata dengan nada yang tidak puas hati.

"Woi pompuan...apa nama kau?" soal Fadrel dengan kasar. Peduli apa Farrine tu adik kepada Farren dan Farrel. Dia tetap perempuan. Menyusahkan.

"Stupido," carut Elden pada Fadrel. Hanya didengari dia dan Fadrel.

"Relax, bro." Fadrel berkata pada Elden.

"Nama aku Elvira." Farrine membalas senada pada Fadrel.

Farrine beralih ke arah kentangnya sebentar tadi. Dilihat pinggan kentang itu telah kosong. Kentangnya sudah habis dimakan oleh Farrel.

Farren yang memandang itu hanya menghantar isyarat mata pada Farrel mengatakan 'mati, mati.' Farrel yang sedar akan kesalahannya hanya tersenyum dan membuat 'peace' pada Farrine.

Geram Farrine dibuatnya apabila makanan yang dipesan habis dimakan oleh Farrel. Perempuan kalau lapar, jangan buat main dengan dia. Silap hari bulan, boleh bertukar jadi malaikat maut.

Tanpa sebarang isyarat...Farrine bangun berdiri lalu kerusi yang diduduki oleh Farrel itu ditendang sekuat hati. Terus Farrel yang duduk di atas kerusi itu jatuh bagai nangka busuk.

Semua jejaka yang berada di meja itu mula memandang ke arah Farrel dan Farrine. Farren yang sedari tadi hanya melihat mula bersuara sebelum Farrine bertindak.

"Adik! Sit down!" tegas nada suara Farren.

"Kau...pergi beli fries tiga pinggan. Aku bayar." Farren memberi arahan kepada Farrel.

Farrel bangun dari duduknya. Kaki bergerak ke arah kaunter dan tiga pinggan kentang goreng dipesan. Kemudian, dia mengatur semula langkah ke arah tempat duduknya sebentar tadi. Adiknya itu dipandang.

AMNEVARWhere stories live. Discover now